Program Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Ini merupakan sebuah inisiatif kerajaan untuk meningkat kan golongan bumiputera menyertai bidang profesional. Banyak program yang diadakan, dan pengambilan adalah sepanjang tahun, dan setiap program mempunyai tarikh bermula yang berbeza. Yang paling penting, tiada yuran pendaftaran dikenankan untuk setiap program.  Jadi jangan lupa untuk setiasa mengikuti perkembangan semasa di website dan FB Yayasan Peneraju.. Gunakan lah peluang yang sebaiknya untuk mengikuti kursus disini jika diberi peluang.

Website : http://www.yayasanpeneraju.com.my/?data-yayasan-peneraju=98

FB : https://www.facebook.com/yayasanpeneraju/

Antara program yang diadakan. *Maklumat lanjut di website Yayasan Peneraju.

Peneraju Tunas
Program pembiayaan pendidikan untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi yang berpotensi, berpendapatan isi rumah rendah (RM 4,000 ke bawah) dan dari latar belakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan yang berkualiti

Peneraju Skil
Program latihan pembangunan kemahiran mengikut permintaan industri bagi meningkatkan skil vokasional dan teknikal ke peringkat pengiktirafan industri dan antarabangsa. Program ini mempunyai dua segmen iaitu Peneraju Skil Iltizam (pelajar keciciran/pelajar yang lebih cenderung ke arah vokasional dan teknikal) dan Peneraju Skil (pekerja mahir) yang meliputi pelbagai industri.


Peneraju Skil Iltizam
Program Pembangunan Kemahiran bagi meningkatkan skil vokasional dan teknikal ke peringkat pengiktirafan antarabangsa. Peningkatan kemahiran bagi kerjaya berpendapatan tinggi seperti sektor minyak & gas, elektrik & elektronik, komunikasi, bidang kandungan kreatif & infrastruktur dan lain-lain.


Peneraju Profesional
Program Pembangunan bagi pensijilan profesional dan program spesialis. Peningkatan kepakaran dalam bidang-bidang profesional seperti perakaunan, kewangan, kejuruteraan dan lain-lain.


Jangan lepaskan peluang ini. Mohon lah sekarang, untuk program-program yang telah dibuka. Berjumpa lagi pada masa akan datang....

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment