Untuk sesiapa yang berminat belajar kemahiran untuk meningkatkan peluang kerja di industri, anda boleh memohon kursus-kursus percuma di ABM * Akedmi Binaan Malaysia .

Kursus yang disediakan adalah dalam bidang :

  1. Building
  2. Crane Operation
  3. Plant Operation
  4. Industrilised Building System
  5. Civil
  6. Blasting & Painting
  7. Mechanical & Electrical
  8. Non Destructive Testing
  9. Drafting

Syarat umum untuk sertai adalah ( Dari website ABM )
  1. Warganegara Malaysia. 
  2. Sihat tubuh badan. 
  3. Boleh membaca, menulis & mengira. 
  4. Kelayakan umur:
    - Program Belia 18-35 tahun.
    - Program Personel 19-55 tahun. 
  5. Program Personel perlu mempunyai kad hijau yang masih sah tempohnya dan pengalaman kerja 6 bulan dalam bidang berkaitan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari website ABM http://www.akademibinaan.com.my/web/


Untuk maklumat lanjut kursus kad hijau, lihat post sebelum ini. 

Kepada sesiapa yang berminat untuk sertai Oil & Gas, sudah boleh grab peluang untuk join kursus yang disediakan oleh pihak CIDB under Akademi Binaan Malaysia. Kursus ini adalah percuma sekiranya anda ada green card/kad hijau. Kad hijau akan disediakan apabila anda menghadiri kursus 1 hari cidb. Harga untuk kursus kad hijau adalah RM50. Kemudian anda boleh sertai kursus kemahiran lain secara percuma. Banyak kursus yang boleh dipilih, dan di atas adalah kursus yang disediakan Akademi Binaan Malaysia Johor, (https://www.facebook.com/Abm.Twi/timeline )


Dengan menhadiri kursus kad hijau, anda berpeluang untuk menyertai kursus lain yang disediakan secara percuma. Kursus kemahiran disediakan untuk menigkatkan kemampuan/kemahiran pekerja ke tahap yang diperlukan oleh industri. Yang penting ada kad hijau, untuk memohon kursus lain. CIDB ada beberapa pejabat, yang anda boleh call/jumpa untuk pertanyaan. 

Website *( Untuk Kad Hijau dan kursus berkaitan)

Website *( Untuk kursus percuma )



Hubungi pihak CIDB dan Akademi Binaan Malaysia untuk maklumat lanjut tentang kursus yang disediakan. 

Kepada graduan yang akan menamatkan pengajian dalam bidang teknikal, adalah lebih baik anda menghadiri kursus Kad Hijau CIDB ini. Anda boleh memohon kepada universiti yang anda belajar untuk menyertai kursus ini. Banyak kebaikan yang anda dapat apabila anda mendapat kad hijau terutamanya dalam safety.  






Pada umurku menginjak ke 24 tahun, akhirnya aku secara rasminya berjaya menamatkan pengajian ku disini. Tarikh 27 October 2013 merupakan tarikh yang menjadi saksi tamatnya aku belajar di sini. Dari situ jugak lah, ibu bapa ku melihat aku memegang segulung ijazah yang telah menjadi harapan mereka. Bagi aku, menuntut ilmu adalah fardhu kifayah yang perlu dilakukan dan mengembirakan ibu bapa ku adalah tanggungjawab yang aku pegang. Alhamdulilah, pada hari itu jugak, aku dapat melihat muka ibu bapa ku yang gembira melihat kejayaan aku menamatkan pengajian disini..


Pelbagai dugaan yang aku hadapi semasa belajar disini, dan segala rintangan yang aku hadapi disini lebih mematangkan aku dalam membuat keputusan hidup ku. Banyak yang terjadi, dan aku masih ingati pengalaman itu sampai sekarang Betullah orang kata, dugaan itu mematangkan kita, dari biji benih yang disiram air, pasti tumbuh akarnya.


Sekiranya diberikan air, maka akan hidup subur lah benih itu menjadi sepohon pokok. Namun, sekiranya masih diberikan air, tanpa membiarkan pokok itu mengengam tanah mencari air, lemahlah pegangannya. Sekiranya ada angin bertiup kuat, tumbanglah pokok itu ditanah. Alhamdulilah dengan dugaan yang aku hadapi ini, telah banyak mengubah diriku.  disini lah tempat aku belajar erti hidup, erti persahabatan, erti kepimpinan, erti setia, erti kegembiraan, erti kesedihan, dan juga erti akhirat.  Disinilah tempat aku gembira dan disnilah jugak tempat aku pernah bersedih. Ditempat ini jugaklah, aku dapat melihat rakan-rakan ku yang tidak dapat menamatkan pengajian, dan berpindah untuk belajar di universiti lain, di tempat ini jugaklah aku melihat pelbagai ragam sifat manusia yang terpaksa aku hadapi, disini jugaklah aku melihat rakan-rakanku yang gembira dengan kejayaan dan rakan-rakanku yang bersedih dengan kegagalan.,  Segalanya menjadi asam garam dalam hidupku pada masa sekarang.


Disini, pensyarah ku pernah berkata yang masih berbekas dihatiku.
" apa yang kami ajar kamu disini hanyalah asas ilmu untuk kamu bekerja nanti, kamu tidak akan gunakan semua ilmu tapi sebahagian sahaja, atau mungkin tidak digunakan langsung, namun tempat ini akan mengajar kamu erti masa dan hidup"
Pada waktu aku mendengar kata-kata ini pada waktu aku tahun pertama, dan aku tidak faham erti sebenar maksud yang disampaikan. Tapi sekarang, aku sangat faham maksudnya. Ilmu yang kita cari untuk segulung ijazah bukan untuk mencari pekerjaan, tapi lebih untuk survival hidup waktu sekarang. Dengan ilmu, kita dapat berdikari, dengan ilmu kita dapat mengajar orang, dan dengan ilmu jugak kita dapat mencari rezeki. Tanpa ilmu, tidak pasti dimanakah kedudukan kita sekarang. Ilmu itu umpama pelita hidup yang memberi cahaya kepada orang yang ingin mencarinya dan kepada orang ramai yang didatanginya. Cuma cara kita menggunakan ilmu yang ada itulah yang membezakan antara satu sama lain.


Tidak semestinya kita keluar dari universiti dengan ijazah , kita akan bekerja sebagai executive. Segala bidang kita boleh ceburi, kerana asas ilmu telah ada, bidang yang diceburi adalah berdasarkan minat diri kita sendiri. Terdapat jugak rakan ku yang bekerja jauh dari bidang yang dia belajar, seperti "Penasihat Kewangan Bank" namun masih terpancar kegembiraan mereka apabila berjumpa melalui alam maya.

Seperti aku, setelah aku graduate dari universiti, aku menunggu tawaran bekerja dari syarikat yang aku inginkan. Tapi setelah tiada rezeki, aku mohon kerja di kilang sekitar kawasan perumahan ku, banyak resume yang aku hantar, sama ada melalui emel, surat pos, by hand, dan banyak perbelanjaan yang aku terpaksa tanggung untuk mencari pekerjaan pertama. Alhamdulilah, tidak sampai seminggu aku graduate, aku ditawarkan satu pekerjaan sebagai R&D Engineer. Namun, aku sedar, bukan lah jawatan ini yang aku cari. Aku menolak walaupun tiada pekerjaan lain yang menanti aku.


Aku menggangur selama beberapa bulan lagi, sambil menghantar salinan resume dikawasan bandar aku tinggal dengan harapan jawatan yang aku inginkan akan muncul. Namun aku sedar, agak susah bagi company untuk mengambil seseorang yang tiada pengalaman kerja/fresh graduate yang baru keluar dari universiti. Anggapan bahawa fresh graduate tidak mahir dalam bekerja dan hanya mengetahu teori semata-mata telah menjadi ingatan kekal bagi HR.

Aku tidak berharap untuk bekerja jauh dari sini. Kemudian, aku berhenti berharap untuk terus menjadi engineer dalam manufacturing. Aku berhasrat mulakan dari bawah, mencari pekerjaan sebagai technician, dan aku mengubah resume ku untuk mencari jawatan technician, alhamdulilah, terdapat 2-3 kilang yang memerlukan khidmat aku sebagai technician, dan aku ditawarkan pekerjaan di kilang-kilang ini. Akhirnya aku memilih bekerja dengan sebuah kilang yang merupakan anak syarikat dari Singapura yang berdekatan dengan kawasan perumahanku...

dan dari situ lah, pekerjaan pertama aku sebagai seorang QA technician bermula .... dan aku tidak kisah jawatan itu untuk mencari secebis pengalaman kerja dalam perjalanan hidupku untuk mencapai cita-cita...

dan dari situlah blog ini bermula........
Asalamualaikum semua.

Kadang-kadang teringat lagi masa bekerja dulu sebagai QA technician. Kira-kira setahun jugak la bekerja di kilang, menimba sedikit pengalaman tentang QA, berkenalan dengan ramai kawan-kawan dan tujuan paling utama mengenal cara kerja sebagai Quality assurance Tech.

Dari sini lah, aku mengenali cara menggunakan ilmu yang aku pelajari di universiti sebelum ini, iaitu, ISO9001, QMS, TQM, SPC, Metrology, Inspection, Sampling, CAR, FMEA, FAI, Process capability dan banyak lagi secara praktikal. Kalau tidak, mungkin semua ilmu yang aku pelajari hanyalah teori semata-mata, dan disni, aku dapat melihat bagaimana ilmu ini dipraktikkan dengan betul. Dari tunjuk ajar manager, engineer dan technician lain, ia menjadi mudah untuk aku memahami cara kerja disini.

Sengaja aku memilih untuk bekerja dalam deparment QA, jauh dari knowledge ku dalam mechanical engineering, kerana sudah lama aku ingin mengetahu gerak kerja dalam bidang quality. Dari sini jugaklah, aku mengenal erti sebenar quality assurance dari pandangan seorang technician.

Untuk menjadi QA tech ni, diploma dan sijil kemahiran sudah mencukupi untuk memohon jawatan ini. Dikilang ini, lepasan SPM pun boleh mohon. QA tech ni sebenarnya banyak terlibat dalam menyiapkan document dan result untuk semua jenis product yang dihasilkan di kilang. Lebih kepada inspect, check condition, measure critical dimension dan siapkan report untuk engineer buat analysis. Jadi banyak masa digunakan di situ, hanya kadang-kadang engineer akan minta pandangan tentang kualiti product tertentu, baru la kita terlibat sekali dalam analysis untuk menyiapkan CAR. Tapi jarang-jarang sekali. Sebagai contoh, aku banyak terlibat dalam check critical dimension, kalau product tu fail critical dimension, report to engineer dan kita sendiri sediakan Non Conformance Report(NCR) tuk production imporve kan dimension product tu. Kemudian kita sendiri kena inform technician yang terlibat tuk improve kan product tu. Begitulah rutin sepanjang bekerja disitu. Secara ringkasnya macam ni

Check Product > Measure Critical Dimension > Inform kepada QA Engineer atau supervisor sekiranya ada defect > Buka Non Conformance Report > Hantar NCR dan Inform production technician tentang masalah tersebut. > Masukkan nilai critical dimension untuk setiap product ke dalam sistem untuk buat analisis Statistical Process Control (SPC)


 Jadi kepada sesiapa yang berminat nak jadi QA tech ni, jangan risau, sebab semua nya boleh belajar dari senior-senior QA yang ada di kilang walaupun zero knowledge dalam bidang ni.. Machine yang digunakan dlm QA metrology department adalah seperti dibawah

Machine to measure contour and roughness
Quickscope Machine to measure size of product in 4 decimal
Smart Scope. Able to draw based on size of product . Use to measure size small object
Disebabkan, rutin kerja yang sama setiap hari, jadi kerja ini agak mudah dan sedikit bosan, namun disebabkan keinginanaku untuk belajar tentang QA, aku kuatkan jugak semangat untuk bekerja disini. Banyak pengetahuan yang aku dapat dan melalui pembelajaran sendiri mengenai QA ni, dan ada juga sedikit bantuan dari engineer yang turut menerangkan kepada aku quality tools qa seperti MSA, APQP, 7QC Tools. Sejak itulah, aku melakukan self study untuk mengetahui lebih mendalam tentang quality tools ini, Banyak ilmu yang aku perolehi, dan sekarang, aku lebih faham, mengapa quality tools sangat diperlukan dalam manufacturing.

Yang aku respect adalah engineer di sini iaitu Mr Rajen dan Mr Thina yang bekerja sebagai engineer disini.. Bayangkan, Mr Rajen adalah kelulusan diploma dalam bidang computer tapi akhirnya berjaya menjadi quality engineer berkat mengikuti kursus yang di kilang lama dia bekerja. Tak sangka ilmu seperti SPC yang banyak berkait dengan calculation pun dapat difahaminya. Mr Thina pula adalah bekas pelajar sijil dan diploma di KISMEC Sg Petani, yang belajar dalam bidang injection moulding, kini bergelar production engineer. Macam orang kata, rezeki memang tidak dapat dijangka tapi kesungguhan yang mereka tunjukkan untuk bergelar sebagai engineer kilang mmg patut dipuji.. Bermula dari bawah iaitu technician dan bekerja dalam sesuatu yang berlainan dari apa yang dipelajari di kolej memang agak susah bagi mereka.. Apabila aku bertanya apa rahsia kejayaan diorang, satu je jawapan diorang iaitu ikuti kursus yang berkaitan dan pastikan berminat dalam bidang tersebut.. Seperti Mr Rajen sendiri, dia mengikuti lebih dari 20 short course mengenai kualiti untuk berjaya menjadi quality engineer di kilang sekarang.

Team mate di QA department
Pengalaman bekerja disini sebagai technician memang tidak dapat dilupakan.. Bermula dari bawah, untuk mengenali ISO9001 documentation, QA, production system dan pekerja disini memberi aku lebih kefahaman untuk menjadi engineer pada masa hadapan.
( Teringat lagi, waktu orang sudah berehat selepas menyiapkan kerja pada shift malam, aku masih lagi membaca document2 mengenai QA yang terletak di rak )

Salam dan semoga gembira selalu...

Untuk mencari resume template percuma :
Resume Template Fresh Graduate



Telah hampir sebulan aku bekerja dikilang baru, mendapat tawaran bekerja di kilang yang berada berdekatan dengan rumahku. Jawatan yang aku pegang, adalah jawatan yang aku inginkan selama ini. Tidak sangka masih ada kekosongan dalam jawatan dalam production department, jika tidak mungkin aku akan memilih QA department.

Syukur, rasa mudah untuk bekerja disini, sesuai dengan bidang semasa aku belajar di universiti dahulu. Ilmu yang aku perolehi disana, dapat aku gunakan sebaik-baiknya disini, dengan harapan, aku dapat menaikkan taraf kilang ini ke tempat yang sepatutnya.

Aku tidak mengejar tangga gaji buat masa sekarang, tapi lebih kepada pencapaian, yang aku inginkan. Itulah yang menjadi pembakar semangat aku, apabila hasil kerja yang kita lakukan dapat digunakan untuk memudahkan kerja orang lain.  Apa yang aku harapkan, adalah segala idea, ilmu yang aku perolehi sebelum ini dapat digunakan sepenuhnya disini.. Dari lean system, six sigma, 5S, assembly system, reliability, maintenance, dan banyak lagi, mungkin akan aku apply untuk menjadikan kilang ini berdaya maju. Aku rasa, inilah tujuan sebenar pensyarah mengajar ilmu-ilmu ini di universiti dan MQA menentukan standard pendidikan kita, iaitu untuk mengubah sistem syarikat di Malaysia ke arah yang lebih baik.

Bila diingatkan, prinsip aku selepas graduate untuk bekerja dari bawah, aku belajar banyak pekara yang aku tidak sedar sebelum ini. Aku sedar bagaimana perasaan seseorang apabila memegang jawatan sebagai technician. Aku juga sedar bagaimana susahnya untuk menyampaikan ilmu yang sesuai untuk diguna disyarikat sebelum ini apabila bekerja sebagai technician, kepada engineer atau orang atasan. Dari situ, aku faham, mengapa technician akan mengejar OT yang banyak kerana tangga gaji adalah rendah berbanding seorang engineer yang mempunyai tangga gaji yang besar dan jumlah waktu kerja yang pendek.

Tapi kerja sebagai technician adalah mudah, kerana hanya mengikut arahan dan WI yang diberikan. Apabila pulang ke rumah, segala masalah akan dilupakan, berbanding seseorang yang bekerja sebagai engineer, yang terpaksa membawa masalah itu ke rumah secara tidak sedar. Disebabkan itu, walaupun dilihat kerja engineer adalah mudah, tapi jumlah masa berfikir untuk menyelesaikan masalah adalah panjang.

Dari situ aku sedar, betapa pentingnya menghargai orang yang bekerja bersama-sama kita. Idea satu kepala tidak dapat menyamai idea dari 3 orang kepala. Jadi kerjasama adalah caranya untuk memastikan kerja yang kita lakukan dapat dilaksanakan dengan mudah.


Gambar inilah yang aku gunakan untuk menyampaikan maksud aku dikilang.Semoga proses mencari kerjasama yang sedang aku lakukan sekarang dengan rakan sekerja laian akan membuahkan hasil dalam masa 2 minggu ini..


Kisah ni dah lama aku nak ceritakan kepada sesiapa yang mula nak cari kerja selepas graduate dari universiti. Diharap kisah ini boleh menjadi satu jalan kepada sesiapa yang masih mencari kerja dan satu pembuka minda kepada sesiapa yang membacanya.

Pada zaman sekarang, terdapat lambakan graduan yang keluar dari kolej/universiti/pusat kemahiran yang menyebabkan peluang kerja yang sebelum ini banyak menjadi lebih kecil. Pengumuman kerajaan untuk menigkatkan umur persaraan ke 60 tahun turut menjadi faktor utama lambakan ini terjadi. Disebalik semua itu, industri di Malaysia yang banyak tertumpu kepada elektronik telah mengalami penurunan dari segi keuntungan. Kos margin yang lebih besar menyebabkan banyak pihak industri mengalihkan pusat operasi mereka ke negara yang lebih murah seperti Vietnam. Kos upah/gaji pekerja selalunya merangkumi 60% dari operasi syarikat, maka dengan kos sara hidup di Malaysia yang semakin tinggi, ini menyebabkan gaji pekerja perlu dinaikkan untuk menyamai atau mengimbangi inflasi yang bakal meningkat sekiranya gaji pekerja di takuk lama.

Kita boleh bandingkan dengan Singapura, taraf hidup disana lebih tinggi, dan gaji pekerja adalah tinggi bagi kita. Namun bagi sesiapa yang tinggal di Singapura, gaji yang diterima adalah berpatutan dengan kadar taraf hidup yang tinggi disitu. Jadi disebabkan itu, banyak rakyat Malaysia bekerja di Singapura dan tinggal di Johor, berbanding menyewa di Singapura. Ini kerana tukaran matawang adalah pada masa kini 1 singapura bersamaan RM3. Gaji minumum di singapura adalah 1000 Singapore dollar, bersamaan dengan RM3000 bila dibawa balik ke Malaysia. Sebab itu, ramai orang berminat untuk bekerja disana, namun bila ditambah tolak dengan kos pengangkutan dari Johor ke Singapura dan kos tempat tinggal di Johor yang tinggi, jumlahnya lebih kurang seperti bekerja di Kuala Lumpur. Rakyat Singapura sendiri menghadapi kos taraf hidup yang tinggi, namun kecelikan ilmu di Singapura adalah tinggi, dan ini dapat mengimbangi kembali taraf hidup yang tinggi kerana mereka mampu mendapat pekerjaan yang sesuai dengan tahap ilmu yang mereka perolehi.  Walaupun Singapura mempunya taraf hidup tinggi, masih banyak pelabur yang melabur di Singapura untuk kilang/industri. Ini kerana, di Singapura, mereka menfokuskan kepada penghasilan teknologi/research/service dan perbankan. Sebagai contoh, syarikat bertapak di Singapura mengeluarkan teknologi/research yang dapat digunakan penghasilan produk oleh kilang. Kilang-kilang ini dibina di sekitar Johor untuk menghasilkan produk secara mass production, dan syarikat utama berada di Singapura. Tujuan dibina syarikat di Singapura adalah kerana terdapat banyak talent yang boleh membangunkan syarikat mengikut kemahian CEO syarikat. Talent-talent ini terdapat banyak di Singapura kerana disana, kerajaan mengamalkan untuk menarik bakat-bakat ini ke Singapura dan di beri kerakyatan berdasarkan merit yang telah ditentukan. Namun begitu, banyak rakyat singapura memilih bekerja di Australia kerana faktor eknomi dan peluang kerja yang lebih banyak. Situasi yang sama berlaku di Malaysia, taraf kecelikan ilmu dikalangan rakyat adalah tinggi, dengan fokus untuk mencapai taraf hidup maju sebagaimana dicapai di Singapura. Namun, kecelikan ilmu yang kita lahirkan lebih banyak menjurus kepada pemikiran untuk bekerja dibawah orang, dan bukan untuk menghasilkan produk sendiri atau scientist usahawan. Kita bukan mengfokuskan kepada penghasilan produk makanan ataupun kosmetik yang telah banyak terdapat di Malaysia, namun lebih kepada teknologi yang boleh diguna kan untuk penghasilan produk yang mampu menembusi pasaran dunia.

Sebagai contoh, tidak perlu fokus kepada eksport durian ke luar negara, sekiranya lambakan durian di pasaran tempatan masih belum dihadapi.Harga durian pada waktu lambakan amat rendah yang menyebabkan petani yang mengusahakan durian tidak mencapai taraf ekonomi yang sepatutnya.  Masih belum ada teknolgi yang boleh menghasilkan durian yang tahan lama tanpa disimpan ke dalam peti sejuk. Jadi kearah manakah kita, menjual hasil durian/ pertanian, atau menghasilkan teknologi yang boleh digunakan untuk kemajuan negara kita. Sekiranya kita mampu mempunyai teknologi pengawet durian/menghapuskan bau durian, Sudah lama pasaran durian dapat ditembusi ke pasaran yang lain. Jika tidak, setiap tahun, isu lambakan durian tetap tidak akan diselesaikan.

Apabila menuju ke arah negara maju, adakah pemikiran kita selari dengan kehendak industri inginkan. Sebagai mahasiswa yang mempunyai diploma atau ijazah, apa yang patut terdapat dipemikiran setiap orang. " Cipta teknologi dari ilmu yang anda ada dan gunakan untuk kebaikan bersama " . Apabila anda mempunyai diploma/ijazah, ini bermakna, anda mempunyai ilmu yang orang lain tidak ada. Sebagai contoh, anda mempunyai diploma dalam jurusan bisnes, pasti anda tahu bagaimana hendak membuat kertas kerja bisnes berbanding orang yang mengambil jurusan elektrik. Apa yang anda boleh buat dari ilmu yang anda ada soalanya... Jawapannya, "cipta cara untuk memudahkan orang membuat kertas kerja bagi bisnes walaupun orang itu tidak ada ilmu dalam bidang ini" Cipta menggunakan software seperti excel/word/visual basic/microsoft access/ dan banyak lagi. Nama yang anda biasa dengar adalah template. Itu yang anda perlu buat. Sudah pasti, ciptaan anda itu, tidak boleh dijual, tapi ia boleh digunakan untuk mencari kerja yang anda inginkan. Masukkan dalam resume anda, anda mampu menghasilkan template kerja yang boleh memudahkan kerja orang lain apabila mengunakan komputer sebagai contoh untuk bisnes.

Sebagai contoh apa yang saya buat dari pengetahuan saya dalam engineering. Data yang saya masukkan hanya lah satu contoh. Dibuat dalam masa  kira kira <15 minit. Dari sini, kita dapat melihat dengan jelas bagaimana data yang diperolehi diasingkan mengikut graf dan kesannya, kita dapat melihat dengan lebih jelas tools mana yang mempunyai masalah. Dari situ, root cause analysis (pencarian punca ) dilakukan, dan action untuk menghapuskan failure itu dilistkan... Jadi untuk masa depan, orang hanya perlu fill in data, kerana , graf akan automatik keluar, kerana telah diset begitu. Dari situ, analisis boleh dilakukan dengan lebih mudah. Untuk improve lagi , perlu gunakan software visual basic, dan microsoft access yang memerlukan masa yang lebih lama untuk dihasilkan.


Itulah cara yang boleh anda gunakan ilmu yang anda perolehi. Sebagai generasi gen Y, anda terdedah kepada teknologi komputer, yang memudahkan kerja dilakukan dengan menggunkan keyboard sahaja. Data dapat disampai kan dalam sekelip mata. Jadi gunakan kelebihan ini untuk memastikan anda tidak tertinggal diarus pembagunan. Kebanyakka industri masih lagi menggunakan proses tulis dan simpan, berdasarkan sistem ISO, jadi siapkan diri anda sebelum masuk ke industri untuk menghasilkan sesuatu yang mampu membuat kerja anda mudah dan memudahkan orang lain mendapatkan maklumat. Tidak kira sama ada anda seorang doktor, engineer, technician, atau pun pekerja biasa, kemahiran komputer adalah satu kelebihan yang tidak terdapat pada semua orang.. Caranya, belajar secara sendiri dan pengalaman itulah menjadikan anda seorang expert.. Itulah jalan yang terbaik untuk menjadikan diri anda berbeza dengan graduan yang lain di dunia.

Think > Create, create and create .... dari situ anda akan faham erti seorang usahawan .

Terima kasih kerana membaca.....Semoga berjumpa lagi...



GEMS 2.0 is one of initiative done by government to ensure graduate equip with all necessary skill before entering the workforce. There are many training available based on company that participated. Duration around 8 months till 1 year.

Purpose of this programme are :

  1. Exposed to domain-specific training to enable effective exposure to industry requirement
  2. Develop skill sets required by the industry
  3. Experiential learning
  4. Enhance marketability

Details about the program can be referred here.
http://www.mygemsportal.com.my/v2/graduate-employability/gems-2-0

Sector covered

If you still unemployed, this is the programme you should go.... 
Call them to register your place. . take action before its too late. 



Calling All Malaysian fresh Graduates!

Register now for an employability boot camp with TalentCorp!

The residential boot camp provides an intensive, fun and invaluable series of workshops covering CV Tailoring, Grooming Etiquette and Interview Skills as well as looking at the impact and effect of social media, with inspirational speakers, and Q&As with industry practitioners.
At the end of the boot camp, participants will be interviewed by prospective employers. Successful applicants will undergo placement at employers whilst attending training, supported by TalentCorp.
Target Group : Malaysian degree holders in various fields including FMCG, ICT, science, engineering, oil and gas, SME and entrepreneurship, others.

Eligibility Requirements :
1. Degree from local public/private universities
2. Below 27 years old
3. Fresh graduates (unemployed <12 months at point of enrolment into the boot camp)
4. Non-JPA scholar
5. Have not participated in any government-funded programmes (e.g. SL1M, SL1M-GREEN, Bank Negara Graduates Programme, etc.)

1. Johor Bahru: 11 to 14 Nov 2015
3. Penang: 16 to 19 Nov 2015
4. Kuala Lumpur: 23 to 26 Nov 2015
o Employability boot camp – Johor Bahru: https://www.eventbrite.com/e/talentcorp-employability-boot-… - Suria City Hotel JB
o Employability boot camp – Penang: https://www.eventbrite.com/e/talentcorp-employability-boot-… - The Light Hotel, Seberang Jaya, Penang
o Employability boot camp – Kuala Lumpur: https://www.eventbrite.com/e/talentcorp-employability-boot-… - Arenaa Star Hotel KL

• Please bring your laptop, resume, transcripts and supporting documents
• Accommodation and food/beverages will be provided
• Transportation to reach to the bootcamp will be borne by the participant
• Dress code: Formal (day-time and interview session) and smart casual (evening)
• Attendance is on first-come, first served basis. So hurry!
Date & Venue :
* We will email all confirmed participants on the venue closer to the date
Important reminder :

For more information, email bootcamp@talentcorp.com.my

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home