Sudah setahun aku meninggalkan Terengganu, teringat lagi zaman semasa menuntut ilmu di TATiUC, Walau apa pun yang terjadi, persahabatan masih kekal terjalin. Alhamdulilah....










Things end, but memories last forever.





INSEP PUSPATRI intake ke-2 telah dibuka untuk tahun ini. Walaubagaimanapun, hanya 3 kursus yang ditawarkan.
1) Safety Health Officer
2) Welding Inspection
3 ) Steam Plant Engineer

Kepada calon yang berminat,  boleh memohon di laman web atau emailkan borang permohonan ke email PUSPATRI

Semoga Berjaya..

[PERMOHONAN PROGRAM INSEP SESI 2/2016 KINI DIBUKA]

๐ŸŒŸ Yuran dibiayai KERAJAAN
๐ŸŒŸ Elaun RM 500/Bulan.
๐ŸŒŸ Yuran pendaftaran hanya RM 200.00
๐ŸŒŸ Asrama & Pengangkutan disediakan bagi yang memerlukan. (Dengan bayaran minima)

๐ŸŽ“CARA MEMOHON :
1) ONLINE : www.puspatri.edu.my
2) EMAIL : Emailkan borang permohonan ke intake@puspatri.edu.my✅

Mohon Sekarang!!! TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 26 OKTOBER 2016 ✔


Rujukan dari : FB PUSPATRI  ( https://www.facebook.com/johorskills/ )


Alhamdulilah, diberi kesempatan untuk menulis terbaru untuk bulan ini. Boleh dikatatakn, tidak sempat untuk membuat post kerana kesibukan dalam mengendalikan urusan harian.  3 bulan sudah berlalu sejak aku memegang jawatan engineer dan bekerja di kilang ini. Memang tidak ku sangka, tugas sebagai engineer memerlukan kretiviti, kesabaran dan kecepatan dalam membuat keputusan. Jika tidak, pasti segala urusan akan tergendala, kerana apabila berlaku sebarang masalah, engineer yang akan dirujuk terlebih dahulu untuk pandangan teknikal. Buat masa ini, agak banyak masalah yang aku hadapi dan telah aku selesaikan. Dari masalah sekecil-kecil contaminated cap jari pada produk yang dihantar sehinggalah product tidak fit dipasang apabila sampai ke customer. Memang semua ini memerlukan tindakan cepat, dimana, testing, rework, application perlu dibuat dengan segera kerana customer menunggu produk yang dikhendaki. Dalam engineering, tiada benda yang sempurna, jadi penyelesaian secara verbal adalah perlu kerana tidak semua produk boleh mendapat kesempurnaan dari cosmetic dan dimension. Cuma kesungguhan berjumpa dengan customer dan berbincang untuk menyelesaikan masalah tersebut secara berdepan memang perlu.

Check radius of the part using cmm
Sudah beberapa kali, aku berjumpa dengan pihak customer yang terdiri dari production team, quality team dan assembly team secara berseorangan, untuk menyelesaikan masalah fitting/dimension/cosmetic produk. Memang penyediaan perlu supaya masalah dapat dijawab dengan yakin. Bukan lah tugas mudah untuk meyakinkan orang lain, tapi dengan konsep engineering yang pernah dipelajari di universiti sebelum ini, memudahkan untuk menerangkan secara teliti tanpa menggunakan istilah yang sukar difahami. Tidak semua orang tahu mengenai engineering, dan cara untuk control manufacturing dari awal sehingga produk sampai ke customer, dengan pengalaman inilah, aku belajar untuk menerangkan dengan asas tanpa masuk secara details.

Checking part using CMM

Buat masa ini, memang agak penat apabila difikirkan dengan tugas yang aku lakukan. Sebuah company yang tidak besar, akan mempunyai jumlah engineer yang sedikit, tapi jumlah operator yang banyak. Kadang-kadang perbincangan sukar dilakukan kerana asas engineering yang tiada, jadi akhirnya terpaksa la berfikir sendiri cara untuk menyelesaikannya. Cuma dari situlah, orang lain akan belajar untuk menyelesaikan masalah yang sama pada masa depan.

Bending Setting 

Kepenatan pada masa sekarang hanyalah sementara, kerana kadang-kadang aku tidak sedar seminggu sudah berlalu. Bila tengok kalendar, sudah sampai hujung bulan. Memang betullah, masa berlalu dengan cepat pada masa sekarang.

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam keadaan merugi (celaka), kecuali orang-orang yang beriman, beramal shalih, saling menasehati dalam kebenaran, dan saling menasehati dalam kesabaran.” (Al ‘Ashr: 1-3)

Kadang-kadang aku sendiri lalai dalam melakukan ibadah, kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja.  Namun, aku bersyukur kerana mempunyai ibu bapa dan rakan-rakan kilang yang sentiasa memperigatkan aku tentang kehidupan dunia dan akhirat. Alhamdulilah...

Untuk para pembaca, sekiranya ingin bertanya tentang sesuatu, boleh comment dibawah, saya akan cuba menjawab. Untuk para graduan/pelajar yang ingin tahu menjadi engineer satu hari nanti, boleh email dengan soalan yang spesifik. Sekiranya berkesempatan, saya akan menjawab dengan cepat.. InsyaAllah. ( Sekiranya ada soalan yang saya tak jawab dulu walaupun dah email, boleh email sekali lagi, kadang2 tak sedar ada soalan tu dalam email)

Apapun, semoga para pembaca mendapat mafaat dari blog ini.
Syukur, jumlah page review di blog ini sudah mencapat 100,000... Terima kasih kerana singgah disini.... 



Sebenarnya tugas sebagai engineer lebih banyak kepada menyelesaikan masalah. Apabila ada masalah timbul, engineer la yang perlu cuba menyelesaikan berdasarkan pengetahuan yang ada. Disebabkan itulah, apabila seseorang mengambil jurusan engineering, banyak penyelesaian masalah berbentuk kiraan, teori didalam assingment ataupun peperiksaan. Fokus utama adalah untuk menguatkan kemampaun berfikir dalam menyelesaikan masalah. Jadi, dalam 4 tahun jurusan pengajian degree, beribu-ribu soalan assignement/test/exam, akan menjadikan seseorang lebih cepat dalam menganalisis dan memahami masalah serta cuba menyelesaikannya.

Apabila bekerja, masalah yang timbul, kebanyakkan datang berserta dengan emosi, jadi disinilah yang membezakan dari zaman belajar di universiti. Setiap kerja yang dilakukan perlu sempurna dan mengelakkan dari kesilapan. Kesilapan biasa terjadi, namun elakkannya sehingga ia tidak menjadi terlalu besar. Namun dari kesilapan itulah, yang mematangkan seseorang dalam membuat keputusan yang lebih tepat pada masa depan.


Tugas quality engineer adalah lebih fokus kepada kualiti barang/produk yang dihasilkan. Setiap ketidaksempurnaan dari cosmetic view ( gambaran visual ) dan dimension metrology, boleh menyebabkan produk diklasifikasikan sebagai reject. Namun, perlu difikirkan dari segi kos untuk menhasilkan produk tersebut dan kemampuan mesin untuk menjalankannya. Ini kerana, setiap reject adalah kos, dan melibatkan masa untuk menghasilkannya kembali. Tidak semestinya reject adalah reject, kerana mungkin bagi customer, reject itu dibolehkan. Jadi interaction between customer dan supplier adalah perlu.

Untuk Quality Engineer, antara asas ilmu yang perlu difahami adalah
1 ) Acceptance sampling / Sampling Limit
2 ) FMEA/8D/ 5 Why
3 ) SPC, MSA,
4 ) Metrology/Measurement
5 ) Quality Managment
6 ) Audit- Internal or External ( ISO/TS/ etc )
7 ) FAI / Buy-Off /
8 ) Drawing ( G,D & T )

Banyak teori yang perlu dipelajari On-The-Spot, ini kerana setiap industri adalah berbeza. Ada industri CNC turning dan miling, stamping, sheet metal, etc. Jadi asas dari penyelesaian masalah semasa pengajian di Universiti lah yang akan membantu dalam memahami setiap kerja yang dilakukan. Kebanyakkan, asas ilmu yang saya sebutkan diatas boleh dipelajari semasa bekerja.


Untuk fresh graduate engineer, tidak perlu terlalu risau dengan job scope yang diberikan. Sekiranya job scope yang diberikan terlalu besar, berbincanglah dengan bos untuk fokus dari satu ke satu. Sepanjang saya bekerja, terlalu banyak konflik yang telah saya lalui, dari sekecil2 isu kebersihan sehinggalah yang besar. Namun, cara yang saya lakukan adalah dengan berbincang kembali dengan bos, sekiranya ada jalan penyelesaian yang mudah.

Untuk menjadi engineer, cara mudah adalah dengan mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan/sains. Namun, diploma holder pun boleh menjadi engineer sekiranya berusaha dari bawah dan setia dengan company. Banyak rakan saya,  lulusan diploma telah bekerja sebagai engineer, tapi persamaannya adalah mereka setia dengan company yang sama dari awal lagi. Dari kepercayaan itulah, menyebabkan mereka diangkat sebagai Engineer dikilang tersebut.

Menjadi Engineer bukan lah mudah, namun, keseronokan menyelesaikan masalah itulah yang menjadikan hari itu bermakna.


Kursus INSEP di PSDC, Penang telah dibuka sejak bulan lepas. Pemohon boleh memohon secara percuma di www.psdc.org.my. Buat masa sekarang, beberapa kursus telah penuh, namun calon boleh memohon, dan ia bergantung jika ada kekosongan pada saat akhir. 

Disebabkan tarikh orientation akan bermula sekitar 30 June ini, calon dikhendaki call dahulu pihak PSDC untuk bertanya tentang kekosongan. 

1. Enterprise Resource Planning (ERP –SAP) (Penang)Orientation: 30 June 2016
Training: 11 July 2016
Industrial Attachment: 11 October 2016
2. Manufacturing Process (Penang)Orientation: 30 June 2016
Training: 11 July 2016
Industrial Attachment: 11 October 2016
3. Financial Accounting in SAP (Penang)Orientation: 30 June 2016
Training: 11 July 2016
Industrial Attachment: 11 October 2016
4. Manufacturing Process (Kuala Lumpur)Orientation: 14 June 2016
Training: 12 July 2016
Industrial Attachment: 11 October 2016
Pemohon yang mempunyai diploma dan degree boleh memohon.



Alhamdulilah, telah hampir sebulan berlalu, dari tarikh aku bekerja dikilang ini. Tidak ku sangka, masih ada lagi, peluang untuk aku bekerja di sekitar kawasan perumahan ku. Jika aku tidak bekerja disini, mungkin aku telah berhijrah ke Penang atau Selangor. Namun, syukur, diberi kepercayaan untuk bekerja dan membantu rakan2 di dalam kilang ini untuk mencapai target yang diberikan.

Jawatan yang aku pegang adalah sebagai QA Engineer. Nampak mudah, tapi sebarang masalah berkaitan quality, perlu aku ketahui dan kendalikan. Quality adalah last defence sebelum product yang dikeluarkan dari kilang dihantar kepada customer. Jadi apabila, ada masalah kualiti, aku lah orang pertama yang akan dicari untuk cuba membantu menyelesaikannya. Disebabkan itu, aku selalu pulang lewat ke rumah, dan banyak menghabiskan masa dikilang ini.

Sepanjang bekerja disini, aku bersyukur dan seronok dengan tugas yang diberikan. Walaupun, kadang-kadang diwaktu malam, aku tidak nyenyak tidur memikirkan quality barang yang akan dihantar keluar pada keesokkan harinya. Jadi apabila awal pagi, aku bergegas ke kilang untuk menyelesaikan perkara yang membelengu fikiranku, kemudian barulah aku berasa tenang...

Di sini, aku banyak belajar dari bos kilang ini, yang kadang-kadang menegur kesalahan yang aku lakukan. Namun, dari kesalahan itulah, aku belajar untuk lebih berhati-hati dari melakukan kesilapan yang sama. Hidup manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan, tapi dari pengalamanlah yang mematangkan kita untuk membuat keputusan yang tepat.

Bila dah bekerja dibahagian QA, banyak ilmu tambahan yang aku perolehi seperti Acceptance Sampling Plan, datum reference, CMM, etc. Aku berharap pada tahun 2020, aku akan berjaya melepasi exam Certified Quality Engineer (CQE). Itulah impian yang ingn aku gapai dalam masa beberapa tahun lagi. InsyaAllah.

Perjalananku masih lagi jauh...... dan bila aku terbaca artikel dari blog : http://jmbelog.blogspot.my/2016/05/dunia-hanya-persinggahan.html baru aku tersedar erti kehidupan ini, ..

Ya Allah, ampunilah dosaku, Jadikanlah aku dikalangan orang yang bersyukur dengan nikmat-Mu.

Learning curve adalah satu yang dipandang ringan oleh kebanyakkan orang. Apabila seseorang tamat pengajian universiti, kebanyakkan ilmu yang diketahui akan dilupakan sedikit demi sedikit. Semua pasti tahu, di universiti anda dinilai dari segi markah dalam menjawab soalan exam, dan lebih berunsurkan teori, berbanding praktikal. Diakhir pengajian, penilaian dalam bentuk cgpa akan dikeluarkan kepada setiap pelajar. Kebanyakkan pelajar akan fokus untuk berjaya dalam exam berbanding memahami bagaimana teori itu diaplikasi.

Namun, apabila memasuki sektor pekerjaan perkilangan, kebanyakkan fresh graduate tidak semestinya pakar dalam bidang yang dipelajari. Ini kerana di Universiti, pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis teori dan banyak yang tidak diaplikasi di industri kerana kekangan kos. Disini lah, dimana individu dapat belajar untuk menyesuaikan diri dan cuba mengaplikasi teori yang dipelajari untuk industri tempat anda bekerja. Dari situ, anda akan faham bagaimana ilmu tersebut dapat digunakan melalui perbincangan, dan pengalaman.



Jadi pada waktu bekerja inilah, pengembangan karier anda berlaku.

Semoga anda berjaya mencapai impian yang diingini.



Setelah lebih dari 2 bulan setengah menggangur, akhirnya berjaya juga mendapat kerja. Tidak sangka, walaupun terdapat pelbagai dugaan dalam interview, lekat jugak untuk mendapat kerja. Semuanya bermula dengan aku melihat iklan jawatan kosong di papan jobsmalaysia depan Pejabat Buruh Sg Petani. Dari situ, aku menghantar surat bersetem RM1 yang diisi cover letter dan resume.

Dalam masa 2 hari, pihak kilang menghubungi aku untuk sesi interview pada petang itu jugak. Interview adalah lebih kurang 1 jam 30 minit, dimana aku terus dioffer dengan job diakhir interview. Interview yang paling pantas mendapat job offer. Cuma tak sign apa2 agreement lagi, cuma tak sangka begitu cepat. Jawatan yang aku pegang sebenarnya tidak pernah wujud, tapi company percaya aku boleh melakukan tugas tersebut. Alhamdulilah, diberi perhargaan oleh interviewer dalam sesi temuduga. Jawatan aku banyak berkaitan kepada QA tapi tidak specifik kerana perlu terlibat dengan projek-projek pada masa depan.

Berdasarkan pengalaman aku, apabila berkomunikasi dengan interviewer, jujur dengan jawapan yang diberikan. Tidak perlu membangakan diri dengan kebolehan yang kita, tapi insist kepada apa yang kita boleh offer kepada syarikat jika diambil bekerja disitu. Jika tidak tahu kemahiran seperti menggunakan software seperti mastercam, solidwork,-- jujur dengan memberitahu boleh belajar sambil bekerja.

Cuma satu pengajaran yang aku pegang sekarang, jika ada masalah dengan managment syarikat, berkomunikasi sehingga berjaya mencari penyelesaian. Jangan niat untuk berhenti kerja kerana sikap bos kita, tapi sebolehnya bertahan ditempat kerja asal sehingga berjaya mendapat kerja lain.  Itu sahaja caranya, kerana pada waktu ini, untuk mencari pekerjaan yang kita minati, adalah amat sukar sekali. Ingat usaha untuk mencari rezeki... 


Apa pun, aku berdoa semoga aku berjaya membina career ku disini disamping membantu company berkembang dengan lebih besar pada masa hadapan. InsyaAllah. 

Semasa tempoh menggangur ini, apa yang aku lalui banyak mengajar aku erti kesusahan, kesabaran, dan berfikiran positif. Dalam tempoh 2 bulan, tanpa kerja, banyak yang aku fikirkan, dan banyak masa aku dihabiskan dengan membaca artikel-artikel, news, dan menonton dokumentari Youtube. Sebelum ini, aku tidak sedar betapa susah nya mencari kerja, namun selepas apa yang aku lalui, aku sedar, mencari pekerjaan seperti memancing ikan di lautan. Sekiranya, bernasib baik, maka anda akan diinterviewer.

Disini, penulis nukilkan pengalaman diinterviewer di kilang area Sg Petani.

Untuk memohon pekerjaan, penulis banyak menggunakan maklumat dari Internet. Membaca perihal company dan apply berdasarkan kelayakan. Kebanyakkan, menggunakan surat A4 dan setem RM1. Daripada lebih 30 resume yang dihantar ke pelbagai company, hanya 5 company yang memanggil untuk diinterviewer. Kebanyakkannya adalah dari SME company. ( Small Medium Enterprise ).

Jadi ada satu company yang call untuk interview, yang mana penulis tiba tepat pada waktunya. Jawatan yang diiklankan adalah untuk mencari Engineer dan Assistant Engineer. Semasa tiba, penulis diperkenalkan dengan HR dan menuggu dibilik mesyuarat. Sewaktu menunggu, selalunya, HR akan memberikan anda helaian kertas permohonan kerja untuk diisi. Masa akan diberikan selama 10 minit sebelum pihak penemuduga tiba.

Setelah menuggu kira-kira 15 minit akrhirnya pihak penemuduga tiba. Sambil menghulurkan resume, dan file sijil, bermula la proses memperkenalkan diri secara ringkas sebelum sesi soal tanya berlangsung.

Seperti biasa, penulis menerangkan kelebihan dan kemahiran yang ada. Tapi jawatan yang perlu diisi memerlukan seseorang yang familiar dengan MasterCam CNC, dimana penulis tidak belajar secara formal menggunakan software ini. Jadi penulis hanya katakan boleh belajar sambil bekerja, kerana konsepnya masih sama dengan software seperti AutoCAD dan Solidworks, cuma diakhir tugasan, lukisan yang dilukis perlu di interpret ke G-Code untuk kegunaan CNC machine.

Disamping itu, terang jugak lah sebab penulis memohon kerja disini dan mengapa meninggalkan company lama. Sewaktu menerangkan sebab-sebab penulis meninggalkan company lama, terus penemuduga mengatakan " Anda tidak layak bekerja disini untuk jawatan tersebut". . Alasannya, ini adalah SME company, dan kebanyakkan kami melakukan multiskill work. Jadi kemahiran dalam menggunakan software MasterCam adalah sangat penting, dan kami memerlukan seseorang yang terus boleh bekerja untuk menggunakan software tersebut. .

Kalau dah dengar macam tu, nak wat macam mana. Just masa tu, interview pun stop  Bila dah tahu keputusan macam tu, face to face, kira dah tak dak harapan lagi la nampaknya. Just penulis ucap terima kasih dan memohon pertimbangan untuk jawatan yang berkaitan. Itu je lah. Interview pun dalam 45 minit je, tak la lama sangat.

First time, dapat keputusan interview paling pantas. Cuma, kita redha je lah, bukan rezeki disini.. insyaAllah, rezeki ada dimana-mana.



This is  Pineng power bank. I have bought this power bank from pasar malam, around RM50.
Just, to show you, what inside this fake Pineng power bank.

The disassembly process started


Inside Power Bank






From the picture above, only pink colour is real battery. Others, just sand. ( You can hear sound when shaking the battery )

A way to buy or check power bank,

1. Shake the power bank
2. If you hear any sound, i think there will be sand inside.
3. Just buy power bank that have warranty card, and from authorized person only.

Thanks for reading...and. don't waste your money for cheap power bank.

Today, I have lost my power bank, .. Haha... Lepas ni, kena berhati-hati lagi.... Rugi RM50... Dugaan terkena powerbank tipu / palsu. 


Nampaknya, dengan kos sara hidup yang agak tinggi sekarang, gaji asas (minumum wage) turut dinaikkan dari RM900 sebelum ini ke RM1000 bermula Julai ini. Walaupun jumlah kenaikan ini kecil, tapi bila dikira dengan OT, ia lebih banyak dari sebelum ini.

Ini bermaksud, operator pengeluaran kilang dapat memperolehi RM920 untuk setiap bulan tanpa OT ( RM80 dimasukkan dalam KWSP - 8% ). Untuk satu hari bersamaan RM 43.48, satu jam RM4.35. (OT 1 jam bersamaan RM6.52 ). Untuk membawa pulang RM1,500 setiap bulan, sebanyak 90 jam OT(1.5) diperlukan.

Diharapkan, dengan kenaikkan gaji minimum ini, gred gaji bagi jawatan lain turut dinaikkan. Teringat, pada first time kerja, masa interview tahun 2014, mintak gaji rendah sebab bermula sebagai technician, tapi tak sangka dapat lagi rendah dari sepatutnya. Tapi dah masa tu, memang perlu cari kerja, terima je lah.  Jadi dengan mengharapkan OT lah, boleh mengumpul duit lebih. Kalu tanpa OT, tolak kereta, bil, minyak etc, memang tak cukup.

Gaji gred bagi diploma dengan pengalaman kurang 2 tahun di industri perkilangan masih lagi rendah, antara RM1200- RM1800. Gred gaji ijazah adalah antara RM1500 - RM 2400. Walaupun Malaysia telah berkembang pesat sejak tahun 1990, namun tangga gred gaji masih lagi rendah di sektor swasta terutama di utara semenanjung. Diharapkan, situasi pengganguran di Malaysia tidak menjadi terlalu teruk seperti di US dan Canada.

Buat masa sekarang, aku telah menghadiri 4 interview, yang mana setiap interview mengambil masa kira-kira 2 jam, namun tiada jawapan yang aku terima sehingga kini,


Nampaknya, Dilema Melayu yang diceritakan oleh Dr Mahathir akan kembali semula....
Lama kelamaan, aku sedar bahawa sektor perkilangan di utara bukanlah tempat sesuai untuk mulakan kerjaya .




Walaupun industri minyak dan gas terjejas pada waktu ini, namun, terdapat juga industri yang berkembang dengan harga minyak yang rendah. Industri yang akan berkembang dengan pesat adalah industri yang berkaitan Shipping/Transportation, Construction, Chemical & Service ( hotel, restaurant, pasaraya ). Manufacturing (based product ) turut berkembang namun di Malaysia, ia akan sedikit terjejas kerana pasaran eknomi dunia lemah dan persaingan yang kuat oleh industri yang terdapat di China, Vietnam dan Thailand, ini kerana negara ini dapat menawarkan harga product yang lebih eknomi/murah tetapi berkualiti. 

Apabila melihat iklan kekosongan jawatan, caranya bukan lah dengan terus menghantar resume melalui emel atau pos, kemudian menunggu jawapan. Sekiranya anda berbuat begitu, pasti anda akan menunggu kira-kira 2-3 bulan untuk mendapatkan pekerjaan. Ini kerana, bukan anda seorang yang akan memohon, tapi beratus ratus permohonan akan tiba ke HR setiap hari. Berdasarkan pengalaman penulis semasa bekerja sebelum ini, boleh dikatakan setiap hari akan kelihatan individu menghantar surat permohonan kerja/resume di guard kilang. Jadi komunikasi dengan HR adalah cara paling sesuai untuk menonjolkan diri anda dari orang lain.

Cara yang paling berkesan setakat ini bagi penulis adalah

1. Call company tersebut dan minta disambungkan ke HR untuk pertanyaan tentang jawatan kosong yang diiklankan.
2. Apabila panggilan ke HR telah disambungkan, perkenalkan diri dan terangkan sebab anda call HR tersebut. kemudian tanya tentang requirement kerja kosong tersebut, dan mintak e-mel HR untuk menghantar resume. Ataupun, post resume anda jika kerja berdekatan dengan kawasan tempat tinggal anda.
3.  Sebelum menamatkan panggilan, pastikan anda mengatakan anda akan menghantar resume anda pada tarikh dan waktu tertentu.

Itu lah caranya. Call dan berkomunikasi dengan HR secara terus, dan selalunya penggunaan Bahasa Inggeris adalah digalakkan.



Semoga berjaya...

Usaha, Doa & Tawakkal
Program intake INSEP di KISMEC telah dibuka ; program Electrical Maintenance Management dan Network Security Professional. Sekiranya baru graduate dan masih mencari pekerjaan yang sesuai, apa kata join program sebegini, dan dapatkan ilmu pembelajaran secara praktikal.

Untuk maklumat lanjut tentang tempoh kursus, sijil yang dikeluarkan dan praktikal , sila hubungi KISMEC.

Maklumat ttg insep, sila klik link dibawah

1. INSEP menjamin peluang pekerjaan ?
http://nurmuhamad89.blogspot.my/2016/02/pandangan-peribadi-insep-menjamin.html

2. Syarat sertai INSEP
http://nurmuhamad89.blogspot.my/2015/04/syarat-syarat-menyertai-insep.html

Semoga berjumpa lagi...

Berjalan sekitar bandar Sg Petani pada waktu malam...... Penuh dengan lampu-lampu menerangi bandar ini. Kelihatan kurang penduduk yang menjalankan aktiviti perniagaan, dimana, kebanyakkan menutup kedai masing-masing apabila tiba 10 malam........

Jadi, sambil tu, sempat la ambil beberapa gambar sebagai kenangan..... Tenang tanpa stress.... 





Semoga berjumpa lagi.....


Bagi sesetengah orang, mendapat panggilan interview adalah satu perkara yang mengembirakan. Ini kerana kita telah satu langkah untuk mendapat pekerjaan. Interview selalunya bertujuan untuk mengenali individu itu dengan lebih dekat dan melihat sekiranya seseorang itu berkebolehan untuk mengalas tanggungjawab yang akan diberikan. Jadi apabila aku, mendapat panggilan untuk interview, aku akan persiapkan diriku dengan maklumat company, job description dan dokumen-dokumen yang diperlukan. Latihan rehearsal akan dilakukan beberapa kali untuk memastikan kelancaran semasa bercakap.

Namun, kali ini, first time aku kecewa dengan interview kerja yang dilakukan. Walaupun aku telah menghadiri beberapa interview sebelum ini, kebanyakkan berjalan lancar, cuma bukan rezeki ku untuk bekerja disana. Tapi kali ini, dengan persiapan yang telah dilakukan, cover letter dan resume yang dikarang dengan baik sekali, aku terkelu apabila interview dijalankan.

Segalanya bermula dengan lancar, dengan resume, kertas permohonan kerja yg telah diisi, dan salinan original sijil-sijil dihulurkan kepada interviewer. Interview mengambil resume, dan minta aku bermula.

Jadi aku bermula dengan sesi memperkenalkan diri, dimana semasa aku menerangkan perihal tentang diriku secara ringkas, tiba-tiba aku diminta berhenti dan menerangkan tentang qualification yang aku ada. Aku terus menerangkan tentang qualification di universiti yang aku perolehi dan expertise dalam bidang-bidang tertentu, dan beberapa kejayaan yang aku perolehi, dan aku kaitkan dengan bidang kerja yang aku lalui dan kaitan kerja yang aku pohon.

Dan sekali lagi, semasa aku sedang menerangkan tiba-tiba, aku diminta menerangkan tentang persekolahan ku pulak. Aku mengikut dan menerangkan zaman persekolahan ku secara ringkas sebelum aku mintak keizinan untuk menerangkan tentang pekerjaan ku sebelum ini, setelah senyap sepi buat seketika selepas aku habis menerangkan tentang sekolahku. Aku sedar bahawa, interviewer ku telah menguap buat beberapa kali sewaktu aku menjawab soalan yang ditanya.

Jadi aku menerangkan kerja latest yang aku lakukan dan tugas-tugas yang aku pegang, tapi aku diminta berhenti meminta menerangkan tentang kerja pertamaku dahulu, kerana ia mengatakan aku memeningkan kepala dengan menerangkan dengan tidak mengikut aturan. Jadi aku mengikut dan menerangkan kembali dengan ringkas kerja ku sebagai technician sebelum ini, dan kerja-kerja yang dilakukan. Lebih kepada membaca kembali helaian resume yang telah aku ingati. Beberapa soalan ditanya , seperti apa maksud ISO, tugasku, sebab berhenti, gaji disini. Seperti biasa aku menjawab dengan apa yang aku ketahu. Jadi aku menerangkan pula tentang kerja latest yang aku lakukan, dan tugas-tugas yang aku lakukan. Soalan ditanya, tetapi lebih kepada apa yang aku lakukan. Jadi aku menjawab seperti mana yang aku tulis dalam resume ku.

Tiba-tiba, apabila interviewer menyelak helaian kedua resume, tersedar bahawa aku tidak menerangkan tentang pengalaman praktikal aku. Aku berhenti dan terus menerangkan praktikal ku, dan dimana aku praktikal, dari tugasku yang aku lakukan sebagai seorang praktikal. Pada masa itu, aku seperti merasakan bahawa interview tidak membaca helain resume ku sebelum ini, walaupun diatas cover letter yang dihantar minggu lepas telah diconteng sesuatu diatasnya.

Kemudian kembali kepada soalan , kenapa aku berhenti dari kerja sebelum ini, dan kira-kira 5 minit aku menerangkan sebab-sebab aku berhenti, walaupun aku melihat interviewer telah menguap beberapa kali didepan aku. Soalan terakhir yang ditanya adalah kelemahan aku ?

Soalan ini aku menjawab dengan agak kurang yakin, kerana aku tidak pernah ditanya soalan ini sebelum ini. Jadi aku cuba menerangkan dan interviewer tidak faham apa yang aku cuba katakan.

Kemudian dia masuk ke bilik nya buat seketika. Setelah kira-kira 3 minit, kembali dan menyuruh aku kembali menerangkan apa yang terhenti semasa ia masuk kebilik. Jadi aku menerangkan secara ringkas sahaja perbualan yang terhenti sebelum ini.

Setelah selesai, barulah perbincangan tentang gaji yang aku pohon, jawatan yang ada pada waktu sekarang dan tarikh melapor diri sekiranya dipanggil bekerja.

Kekecewaan ku bukan dengan soalan yang interviewer tanyakan, tapi lebih kepada sikap ancuh tak ancuh, seperti menguap beberapa kali , beralih kerusi, memperbetulkan suhu air cond 3-4 kali dan yang paling aku kesalkan apabila mengatakan jawatan sebagai production executive tidak ada pada waktu ini. Aku perlu tunggu 2 bulan lagi untuk jawatan ini ada, kerana budget constraint. Jadi sekiranya aku layak dan aku telah dikatakan sebagai 1st priority, aku perlu menunggu lagi 2 bulan untuk mendapat panggilan telefon, kerana tidak pasti bila projek itu akan berjalan.

Kemudian, aku kembali bertanya, sekiranya aku ingin memohon kerja sebagai technician di kilang ini sekiranya tiada jawatan itu. Ini aku mengatakan bahawa aku memerlukan pekerjaan buat masa sekarang, dan aku mengatakan aku mampu bekerja sebagai technician dengan gaji sebagai technician. Jadi sekiranya aku layak, aku boleh dipromote ke jawatan yang aku pohon apabila tempoh menunggu 2 bulan selesai. Namun, jawapan yang diberikan adalah lebih kepada tidak sesuai seorang degree holder memegang jawatan sebagai technician, dan dia tidak boleh menjamin aku akan mendapat kerja sebagai production executive kelak. Selain itu, dia mengatakan bahawa ini adalah company Chinese, jadi dia perlu meyakinkan pada board director sekiranya aku layak memegang jawatan itu.

Pada masa itu, baru aku sedar, interview 1 jam 15 minit ini tiada hasil.  Aku tunduk melihat kertas yang aku catatkan, dan mendiamkan diri sebentar. Aku seperti hilang motivasi, Bila aku mengatakan aku boleh bekerja sebagai technician buat masa sekarang kerana aku perlukan pekerjaan, permohonan ku ditolak, walaupun aku sedar jawatan kosong sebagai technician ada diiklankan di pejabat buruh.

Interviewer sedar dengan apa yang berlaku, dan aku rasakan dia turut tidak menjangka aku aku memohon jawatan technician pada waktu itu. Aku melihat dia seperti tidak pasti untuk menjawab. Kemudian, dia turut mengatakan bahawa dia ingin mencari seorang yang bukan chinesse untuk memegang jawatan production executive ini kerana memerlukan seseorang itu berinteraksi dengan operator, technician dan supervisor, dimana dia telah menolak permohonan chinese applicant yang ingin bekerja disitu. Dia seperti ingin menegaskan bukan memilih calon kerana bangsa.

Aku hanya berdiam diri, dan mengatakan aku faham apa yang hendak dia katakan. Kemudian, interview kelihatan tamat, dan aku bersalaman dan meninggalkan bilik interview dengan mengucapkan terima kasih. Aku sedar, aku bukanlah calon yang layak untuk jawatan ini, dari jawapan yang aku perolehi. Diluar, aku disapa dengan guard, dan bertanya bagaimana, bila masuk kerja. Aku hanya senyum dan mengatakan mungkin ada panggilan telefon kelak.

Guard itu tersenyum dan aku pun turut tersenyum.....................................

Aku berharap selepas ini, tiada lagi aku lalui interviewer seperti ini.. Sepatutnya, individu yang interviewer kita perlu membaca tentang resume dahulu, sebelum memanggil calon-calon. 

Semoga berjumpa lagi...............


Semasa sedang melayari internet, tiba-tiba tersedar apabila melihatkan kursus Kolej Komuniti telah keluar. Jadi, terus melihat kursus-kursus yang berminat. Tak sangka, salah satu kursus yang telah lama dicari sebelum ini terdapat di Kolej Komuniti Sg Petani. Apa lagi, terus pergi mendaftar untuk kursus tersebut. Yuran tidak perlu dibayar lagi, cuma hanya menulis nama dan no phone dan pihak kolej komuniti akan menelefon kembali sekiranya kursus tersebut akan diadakan.

Selalunya, kursus di Kolej Komuniti akan dijalankan apabila terdapat bilangan minimum peserta yang diperlukan. Sebagai contoh, kursus boleh dibatalkan apabila bilangan peserta  kurang dari 20 orang, dan apa pun, ia mengikut budi bicara pihak kolej komuniti sendiri.

Kali ini, kursus fotografi dijalankan, dengan kehadiran peserta kira-kira 14 orang, yang mana kelas bermula pada pukul 9 pagi. Yuran dikenakan sebanyak RM20.  Setiap peserta perlu membawa camera dslr sendiri untuk mempelajari teknik mengambil gambar yang sempurna. Didalam kelas diterangkan teori mengambil gambar untuk group, perseorangan, perkawinan, model, haiwan dan panorama. Setiap teknik adalah berbeza dan penggunaan apenture, flash, timing, adalah memainkan peranan penting untuk memastikan gambar yang diambil hidup dan istimewa. Semasa itu, penulis tak sangka banyak teknik mengambil gambar, dan kebanyakkannya adalah mudah dipelajari... Kreativiti adalah perkara paling penting apabila mengambil gambar.

Camera DSLR yang digunakan

Pengajar kali ini adalah seorang guru sekolah rendah yang memang meminati dunia fotografi. Belia telah terlibat dalam fotografi secara komersial lebih 10 tahun, dan mempunyai banyak pelanggan untuk majlis-majlis tertentu. Boleh dikatakan, dunia fotografi ni sesuai untuk seseorang yang berjiwa seni........ hm.... Apa pun, kelas yang diajarkan memang betul-betul bermafaat dan memberi keyakinan kepada peserta untuk mengambil gambar tanpa segan dan malu. Teknik-teknik yang diajarkan adalah sempurna apabila aktiviti praktikal dijalankan. Jadi kami beramai-ramai keluar bersama pengajar untuk mengaplikasi kan ilmu dengan mengambil gambar persekitaran.

Boleh dikatakan kelas adalah menarik dengan sesi soal tanya berlarutan hingga waktu tengah hari. Tak sangka, pengajar yang kolej komunit carikan antara yang terbaik. Antara contoh gambar yang penulis ambil, konsepnya adalah "arah aliran" yang menuju ke patung. Salah satu teknik yang banyak digunakan di jalan raya dan dalam gambar perkawinan. Terdapat banyak teknik lagi, dan setiap teknik memerlukan penggunaan setting manual yang berbeza, untuk memastikan gambar tersebut istimewa. Teknik mengambil gambar beberapa kali digalakkan oleh pengajar untuk membiasakan dengan subject, object dan background.

 Gambar amateur seperti dibawah.. hehe.. Setting pun pakai tekan je..... huhu



Kursus ini memang sangat bermafaat dan memberi satu dimensi baru pada penulis untuk mengambil gambar secara sempurna. Sebelum ini, hanya agak-agak apabila mengambil gambar, tapi kali ini, berdasarkan teknik yang diajar, telah menambah kan lagi kemahiran yang sedia ada.. Apa pun, seperti pesan pengajar kepada peserta adalah :

Practice make perfect, Try, try and try until you satisfied

Seperti biasa, selepas habis kursus, setiap peserta diberikan sijil penyertaan. Semoga kursus seperti ini akan dijalankan lagi pada masa depan.....


Semoga berjumpa lagi..... 

Bila disebut tentang ekonomi semasa, pasti yang ramai faham situasi sekarang. Tahun 2016, adalah tahun paling susah kepada graduan-graduan untuk mendapatkan pekerjaan, kerana jumlah pekerjaan yang setaraf dengan pengajian masing-masing berkurangan. Ditambah dengan harga minyak yang rendah, menyebabkan industri oil & gas mengurangkan perbelanjaan capex dan pekerja, jadi ia mewujudkan kesan berantai kepada industri yang lain. Masih ingat lagi penulis, pada bulan September yang lalu, semasa memohon kerja di sekitar Kemaman, semasa menghantar resume di guard post, tiba-tiba salah seorang pekerja disitu mengatakan service company ini akan ditutup tahun ini. Terkesima sebentar apabila mengenangkan peristiwa tersebut.

Kesan dari pengganguran yang meningkat, menyebabkan permohonan untuk jawatan yang memerlukan degree/diploma meningkat. Hanya untuk 1 jawatan kosong, terdapat kira-kira 300 yang memohon, dan dikalangan yang memohon adalah berpengalaman berbelas tahun, mempunyai master dan sebagainya.  ( Rujuk gambar dibawah ).

Persaingan untuk jawatan dan jumlah calon

Bagi penulis, persaingan untuk mencari kerja adalah agak sengit apabila menggunakan Jobstreet berbanding apabila menghantar sendiri permohonan ke syarikat melalui tangan atau pos. Kebanyakkan interview yang penulis dapat sebelum ini pun adalah dari permohonan secara tangan, phone call dan pos, jarang sekali dari email ataupun Jobstreet. Selalunya, penulis akan melihat iklan kekosongan jawatan yang diletakkan di Pejabat Buruh, Jobstreet, JobsMalaysia ataupun dari website company sendiri. Kemudian, barulah menghantar permohonan menggunakan pos, dan sekiranya rajin, penulis akan call dahulu dan minta disambungkan ke HR untuk mendapat maklumat lanjut tentang kerja yang ditawarkan.


Berdasarkan pengalaman penulis, permohonan terus ke syarikat masih lagi berkesan. Cuma tidak perlu spesifik kerja dan gaji yang ingin diperolehi, kerana melalui interview, anda boleh memohon kerja yang ada dan negotiate gaji yang anda inginkan. Jadi apabila meletakkan expectation gaji, pastikan anda turut quote "Negotiation". Buat masa sekarang, jumlah graduan yang mencari kerja adalah mencapai ratusan ribu, jadi kesabaran dan keyakinan adalah perlu semasa mencari kerja. Dengan stigma majikan yang enggan mengambil pekerja yang tiada pengalaman/kemahiran, menyebabkan pengganguran meningkat dari semasa ke semasa.

Kembali ke cara tradisional ( melalui pos )
Walaupun tiada jalan singkat untuk mendapatkan pekerjaan, tapi dengan memohon melalui kenalan adalah cara yang mungkin membantu bagi graduan yang belum ada pengalaman dalam industri yang dipohon.  Program kerajaan seperti INSEP, SL1M, mungkin membantu anda, tapi yang penting, harapan dan usaha.
"There are other ways to make a living," "There is hope."


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home