Skim Latihan 1Malaysia telah bermula sejak beberapa tahun lalu, dan pengambilan dilakukan melalui temuduga. Jadi hadirkan diri anda untuk mendapat peluang mendapat pengalaman bekerja di Malaysia Airline. Hanya untuk pemegang ijazah sahaja. ( Rujuk poster diatas )

Maklumat dari Facebook SL1M : https://www.facebook.com/Skim-Latihan-1Malaysia-SL1M-399895230070551/
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Peluang menyertai program SL1M bersama Malaysia Airlines Berhad (MAB)
Satu sesi Temu Duga akan diadakan seperti butiran berikut:-
Tarikh: 2 Februari 2016 (Selasa)Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahariTempat: Malaysia Airlines Academy2, SS 7/13, Kelana Jaya47301, Petaling Jaya, Selangor
Sila rujuk poster untuk maklumat lanjut.
Tujuan SL1M diadakan boleh rujuk disini
http://nurmuhamad89.blogspot.my/2015/10/kursus-skim-latihan-1-malaysia.html

Semoga berjaya..

Permohonan secara online di KISMEC telah dibuka.

Setiap kursus memerlukan bilangan peserta yang secukupnya sebelum kelas INSEP dapat dijalankan. Jadi mohonlah bersama rakan2 untuk mencukupkan bilangan peserta.


Mohon di website. Call kismec sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai kursus yang diadakan.

Contact  KISMEC :

Website : http://kismec.org.my/v14-2/

Email : kismec@kismec.org.my

Facebook : http://www.facebook.com/kismec

All the best.




Kursus SHO di KISMEC telah dibuka. Rasanya, sudah lama tidak dengar kursus SHO diadakan disni.  Grab the this opportunity


Kursus    : Safety and Health Officer (SHO).
Tarikh    :  16 dan 17 Februari 2016 (2 hari pilihan)
Masa      :  9.00 pagi - 4.30 petang (1.00-2.00 rehat)
Alamat   :  KISMEC , Jalan PKNK 1/1,
                  Kawasan Perusahaan Sg. Petani,
                  08000 Sg. Petani, Kedah.

Bawak bersama Dokumen berikut :
1. Resume
2. salinan K/P
3. Transkrip atau slip exam
4. salinan Diploma/Ijazah. Bagi yg dah convo.

Untuk pengesahan kehadiran sila Hubungi :
Cik Badriah : 04-441 4619/4621.



Syarat sertai INSEP : http://nurmuhamad89.blogspot.my/2015/04/syarat-syarat-menyertai-insep.html

All the best


Website PUSPATRI : http://webhost.puspatri.edu.my
Facebook PUSpATRI : https://www.facebook.com/johorskillsdevelopmentcentrepuspatri/timeline

Check list dokumen yang perlu disediakan
1. Resume
2, Salinan kad pengenalan
3. Transkrip/ Slip exam ( salinan dan original )
4. Salinan diploma atau ijazah bagi yg dah convo
5. Sijil original ( akademik & kokurikulum )
6. Gambar passport ( Mungkin diperlukan )
7. Alat tulis dan kertas.

dan yang paling penting adalah "Datang & daftar awal "


Semoga berjaya, siapkan dengan segala persiapan dan ilmu berkaitan dengan kursus yang dipohon.
Rujuk post Syarat sertai INSEP : http://nurmuhamad89.blogspot.my/2015/04/syarat-syarat-menyertai-insep.html


Permohonan INSEP PUSPATRI di Johor telah dibuka. Jangan lepaskan peluang menyertai pusat latihan kemahiran yang terbaik di Malaysia. Semoga berjaya. Carilah kursus yang anda betul-betul berminat, kerana anda boleh sertai INSEP sekali sahaja seumur hidup. Tiada yuran, dan percuma.

Kursus terbaik yang ditawarkan bagi penulis yang tiada ditempat lain adalah :
- Plant Inspection Management

Maklumat dari Facebook PUSPATRI : https://www.facebook.com/johorskillsdevelopmentcentrepuspatri/timeline

SESI TEMUDUGA Kursus PLANT INSPECTION & MANAGEMENT (API) 
 2 HARI (1 & 2 Feb 2015)


Kepada anda yang ingin memohon Kursus PLANT INSPECTION & MANAGEMENT (API) tetapi tidak dapat panggilan temuduga pada 1 Jan 2016 (Isnin), anda BOLEH HADIR ke Sesi Temuduga Sesi 2 bagi Kursus API pada 2 Feb 2016 (Selasa).

Semoga berjaya, sekiranya penulis tahu tentang kursus ini, sebelum ini, sudah pasti penulis telah memohon untuk ke PUSPATRI. Namun, mungkin tempat di kursus puluhan ribu ringgit ini adalah rezeki anda.

Ebook percuma mengenai API boleh didapati disini: https://www.facebook.com/ipetroacademy

Apapun, all the best.




Kursus di MITI ( Malaysia Automotive Institute ) telah dibuka, mohon lah sekarang dan semoga berjaya menempuh cabaran...




Bila melangkah ke alam pekerjaan selepas bertahun menggunakan masa untuk belajar di Kolej/Universiti, pengalaman diinterview adalah perkara yang kekal di ingatan. Banyak pengalaman yang melucukan dan menyeronokkan apabila berjaya dipanggil interview. Semua kelengkapan semua tersedia, dan apabila tiba di depan interview, gugup apabila bercakap. Terutama apabila ditanya dalam bahasa Inggeris, ligat berfikir untuk menggunakan ayat yang sesuai.. Kenangan, lalu memang tak dapat dilupakan.

Tapi dari pengalaman interview itulah, kita akan lebih mudah yakin untuk menghadiri interview ditempat lain. Setiap interview pasti akan bertanya soalan yang agak sama pada permulaanya iaitu

1. Perkenalkan diri anda dan kelulusan.
2. Sebarang pengalaman yang berkaitan untuk jawatan yang dipohon.
3. Soalan teknikal berkaitan kerja yang dipohon.

Inilah yang ditanya, yang penting, jawab dengan yakin. Sekiranya anda tidak mampu bercakap Inggeris dengan lancar, mohon pertimbangan dengan interviewer untuk bercakap bahasa Melayu. Bila ditanya tentang pengalaman, ceritakan pengalaman berkaitan di universiti seperti kerja kursus, subjek ataupun club yang anda ceburi.,

Gagal sekali,bukan bermakna gagal selamanya. Cubalah lagi sehingga berjaya. Setiap pengalaman interview akan lebih mematangkan cara anda untuk menjawab soalan yang diutarakan.

Semoga berjaya, menempuh dugaan alam pekerjaan....


Alhamdulilah, telah hampir 3 bulan aku bekerja disini. Tidak sangka masa sangat cepat berlalu. Terlalu banyak dugaan yang aku lalui, dan semuanya memberikan keseronokan untuk aku kekal disni. Sepanjang 3 bulan ini, banyak interaksi antara aku dan manager serta gm syarikat. Banyak info dan maklumat yang aku terangkan, dimana tujuannya adalah untuk memajukan syarikat ini ke tahap seterusnya. Walaupun, aku bekerja lebih dari kemampuanku tapi aku gembira mengaplikasikan ilmu ku disini.

Bagi aku, sebuah syarikat yang telah bertapak lebih dari 5 tahun, adalah stabil dari segi kewangan dan operasi syarikat. Jadi suggestion yang aku keluarkan adalah lebih kepada untuk memastikan syarikat berkembang dengan lebih besar samada dari segi penambahan aset seperti mesin atau orang. Untuk memastikan perancangan yang dilakukan dapat ditrack dengan KPI yang aku letakkan.

Plan for the company

Buat masa ini, foundation untuk kilang telah aku siapkan. Antaranya, 5S, kerjasama, basic problem skill, engagement, visualization, WI, dan skill . Sekarang lebih kepada aku fokuskan untuk meneruskan usaha yang aku lakukan menjadi "habit" kepada pekerja-pekerja disini. Improvement yang dilakukan perlu dilakukan berterusan agar memastikan pekerja sedar bahawa syarikat ingin mengorak langkah untuk berkembang lebih maju. Diharap segala usaha yang aku lakukan membuahkan hasil. InsyaAllah.
Usaha, doa dan tawakkal
Dalam bidang manufacturing panggilan QC adalah biasa didengar dimana. QC adalah bermaksud Quality Control, dimana kebanyakkan kilang yang mengeluarkan komponen mekanikal atau elektrikal pasti ada quality control department. Fokus QC adalah lebih kepada memastikan barang yang dihasilkan menepati kriteria yang dikhendaki pelanggan/customer.

Metrolgy equipment ( QA manufacturing )
Upgrade kepada QC adalah QA iaitu Quality Assurance yang melibatkan analisis SPC, MSA, Chart ( Flow chart, Control chart, Pareto, etc)  untuk memastikan barang yang dihasilkan mencapai standard yang dikhendaki oleh syarikat dan pelanggan. Standard yang banyak diguna pakai adalah Ts, ISO, AS, etc .  Untuk mencapai tahap standard yang tinggi, lebih banyak analisis yang dilakukan untuk memastikan barang yang dihasilkan adalah menghampiri 0 defect/scrap. Ia lebih berkaitan kepada sigma ( bentuk graph, Cpk,Cpp, etc. )

X-Bar Chart, Sigma (Cpk Graph )

Perbincangan mengenai QA adalah agak panjang apabila memasuki analisis seperti SPC dan MSA. Namun, semua ini lebih banyak kepada untuk mencegah scrap/defect dari berlaku dalam manufacturing. Bidang yang saya dalami adalah lebih banyak kepada manufacturing berbanding oil n gas, tapi saya cuba menerangkan perbezaan diantaranya.

Dalam bidang Oil n Gas, QC/QA berperanan sama. Cuma ia lebih specific kepada bidang yang diceburi. NDT. ( Non-Destructive Testing ) dalam bahasa melayu dikenali sebagai ujian tanpa musnah. Tujuan utama adalah untuk mengenalpasti keadaan fizikal suatu bahan yang diuji, untuk mengelakkan sebarang accident berlaku sekiranya ia berfungsi. Setiap test memerlukan analisis yang teliti dan hanya certified personnel sahaja boleh melakukan kerja ini. Antara kursus ndt yang terdapat dimalaysia adalah Ultrasonic Testing, Magnetic partical testing, Eddy Current testing, liquid penetrant testing dan juga radiographic testing. Career banyak menjurus kepada oil n gas industry, steel manufacture dan aircraft service.

Ultrasonic Testing 
Setiap ndt personnel memerlukan lesen yang sah sebelum boleh berkerja. Antara pusat penyedia latihan yang bertauliah adalah Ruane-TATi di Terengganu. Antara pusat penyedia latihan ndt yang lain adalah adalah MINDT, SGS, INTEC, TWI dan banyak lagi.  Untuk memboleh kan seseorang diiktiraf sebagai Certified NDT, kursus dan exam perlu diambil. Yuran kursus juga boleh mencecah puluhan ribu.

Disini saya sediakan kursus berbayar yang terdapat di Ruane-TATi.


Setiap paip yang menyambungkan chemical, petrocarbon dan gas, paip yang telah diweld. casting compnonet, nozzle aircraft perlu dicheck secara berkala untuk mengelakkan kebocoran/defect yang boleh menyebabkan kemalangan sekiranya digunakan. Disebabkan itulah, plant oil n gas akan melakukan shutdown secara berkala untuk service dan maintenance dapat dilakukan.   Maka, disini lah NDT personnel bekerja untuk memastikan setiap testing yang dilakukan dapat memberikan bacaan sebenar mengenai bahan yang diuji dan langkah akan diambil apabila defect dikesan.
Ringkasan NDT 
Bidang ini sangat luas, jadi agak sukar untuk merangkumkan tugas sebenar NDT personnel. Tapi ini lah sedikit sebanyak penerangan yang boleh saya jelaskan. Dalam masa sekarang, dengan keadaan eknomi yang kurang stabil ( harga mnyak rendah ), permintaan untuk NDT personnel adalah agak berkurangan, namun lesen NDT yang dimiliki boleh digunakan untuk mendapatkan pekerjaan apabila keadaan ekonomi kembali stabil dan rancak seperti dulu.

Terima kasih kerana membaca, semoga berjumpa lagi..
Selamat tahun baru kepada semua pembaca blog...

Semasa post ini ditulis, harga minyak dunia adalah rendah iaitu diantara 30-35 dollar, dimana membawa kesan kepada ekonomi yang tidak menentu di Malaysia ( salah satu sumber eknomi malaysia adalah oil dan gas ). Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, ini turut membawa kesan kepada sektor pekerjaan bagi mahasiswa yang graduate dari universiti tempatan. Kekurangan pekerjaan akan berlaku disektor Oil & Gas dan manufacturing terutama elektronik. Ini kerana, majikan akan cuba mengawal kos operasi dengan mengurangkan bilangan pekerja. Maka pengganguran akan berlaku..

(Maklumat dari Facebook Feeds)


Di Penang sahaja, beberapa kilang telah menutup beberapa plant untuk mengurangkan kos. Ada yang berpindah ke Vietnam/China. Dengan nilai ringgit yang agak lemah kesan dari eknomi serantau, maka tahun ini adalah tahun yang agak sukar bagi pencari kerja mencari kerja sesuai dengan kelayakan masing-masing.

Artikel Surat Khabar bertarikh 4 Oktober 2015




Apa pun, carilah pekerjaan dan pengalaman pertama anda walaupun dari bawah... 
Itulah yang terbaik dari terus menunggu jawatan idaman masing-masing...

Semoga berjumpa lagi.....
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home