Perancangan berpanjangan untuk masa depan kilang

Alhamdulilah, telah hampir 3 bulan aku bekerja disini. Tidak sangka masa sangat cepat berlalu. Terlalu banyak dugaan yang aku lalui, dan semuanya memberikan keseronokan untuk aku kekal disni. Sepanjang 3 bulan ini, banyak interaksi antara aku dan manager serta gm syarikat. Banyak info dan maklumat yang aku terangkan, dimana tujuannya adalah untuk memajukan syarikat ini ke tahap seterusnya. Walaupun, aku bekerja lebih dari kemampuanku tapi aku gembira mengaplikasikan ilmu ku disini.

Bagi aku, sebuah syarikat yang telah bertapak lebih dari 5 tahun, adalah stabil dari segi kewangan dan operasi syarikat. Jadi suggestion yang aku keluarkan adalah lebih kepada untuk memastikan syarikat berkembang dengan lebih besar samada dari segi penambahan aset seperti mesin atau orang. Untuk memastikan perancangan yang dilakukan dapat ditrack dengan KPI yang aku letakkan.

Plan for the company

Buat masa ini, foundation untuk kilang telah aku siapkan. Antaranya, 5S, kerjasama, basic problem skill, engagement, visualization, WI, dan skill . Sekarang lebih kepada aku fokuskan untuk meneruskan usaha yang aku lakukan menjadi "habit" kepada pekerja-pekerja disini. Improvement yang dilakukan perlu dilakukan berterusan agar memastikan pekerja sedar bahawa syarikat ingin mengorak langkah untuk berkembang lebih maju. Diharap segala usaha yang aku lakukan membuahkan hasil. InsyaAllah.
Usaha, doa dan tawakkal
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment