Pandangan peribadi : INSEP menjamin peluang pekerjaan ?



Pada zaman dulu dan sekarang sudah tidak sama. Walaupun, kita mempunyai degree atau diploma sekalipun ia tidak menjamin kita mendapat kerja. Jumlah pelaburan asing ke dalam negara untuk industri perkilangan, pembuatan ataupun oil n gas sangat berkurangan pada tahun ini. Sekiranya saudara membaca link dibawah, saudaraakan faham situasi sekarang

http://www.thestar.com.my/business/business-news/2015/07/27/fairchild-to-sell-penang-factory/

http://www.malaysianchinesenews.com/2015/11/nine-major-foreign-factories-in-penang-shut-down-and-retrench-workers-silicon-valley-in-the-east-in-critical-situation/

Ini hanya sedikit info tentang situasi perkilangan di sebuah negeri iaitu penang. Tetapi penutupan plant/kilang dan operasi menyebabkan ribuan tenaga kerja mahir ( Engineer, Technician, Supervisor, QA, Purchasing dan lain-lain ) kehilangan pekerjaan. Disamping itu, penutupan kilang/ atau plant menyebabkan "domino" effect kepada kesan serantau. Apabila kilang tidak beroperasi, company yang menjalankan maintenance service tiada job untuk dijalankan, peniaga makanan disekitar kilang tiada pelanggan, dan lain lain lagi kesan sampingan. Rujuk post dibawah
http://nurmuhamad89.blogspot.my/2016/01/selamat-tahun-baru.html

Justeru, dengan tenaga kerja mahir mencari kerja, ditambah graduan dari universiti mencari kerja, pasaran kerja tempatan akan mengalami persaingan. Ditambah pula, dengan umur persaraan adalah 60 tahun, menyebabkan peluang kerja semakin mengecil.


Peluang pekerjaan adalah rezeki masing-masing. Walaupun menghadiri INSEP, tiada jaminan pekerjaan. Tapi anda akan mendapat kemahiran, kawan-kawan dan juga pengalaman. INSEP ini hanya batu loncatan mendapatkan kemahiran, yg membolehkan anda membeza kan diri anda dari graduan-graduan yang lain. Tapi peluang pekerjaan masih sama, kerana interviewer yang akan menilai anda dengan jawatan yang anda minta. Sekiranya anda berjaya menyakinkan interviewer bahawa anda betul2 layak, maka insyaAllah, anda akan berjaya.

Teknik yang boleh anda gunakan adalah, semasa anda menghadiri kursus INSEP, anda akan diberikan elaun bulanan RM500 untuk menampung wang poket dan juga kursus-kursus tertentu. Pada masa ini lah, anda gunakan masa anda untuk apply kerja yang anda ingini,, sepanjang tempoh kursus ini berlansung. Kursus berlangsung sekitar 4-6 bulan, jadi sekiranya anda mendapat pekerjaan semasa kursus semakin berjalan, anda dibenarkan berhenti tanpa sebarang penalti dikenakan berdasarkan perjanjian tahun 2015. Ini kerana tujuan insep adalah untuk mendapatkan pekerjaan. .

Tapi sekiranya anda ingin lengkapkan tempoh kursus , itulah yang terbaik, kerana perbelanjaan seorang student INSEP adalah kira-kira RM17-20k secara anggaran termasuk elaun, dan ilmu yang anda dapat adalah secara percuma, dan sekiranya anda ingin mendapatkan ilmu ini ditempat luar, harga nya ribuan ringgit, seperti kursus SHO, NDT, Plant Inspection, welding inspection dan lain2.  Rujuk website ttg harga kursus tersebut, anda akan faham betapa mahalnya kos tersebut. Setelah habis kursus, mintak peluang untuk praktikal di Industri, dan mudah-mudahan anda berjaya diserap masuk sebagai staff selepas praktikal tamat. 

Cara yang terbaik, semsa anda menyertai insep, hantar resume2 ke industri2 untuk jawatan yang diingini dan letakkan tarikh avaibility anda pada tarikh akhir kursus insep tamat. Jadi anda ada masa untuk belajar dan jugak mencari pekerjaan. Ingat, kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk program INSEP dijalankan, semuanya untuk memastikan generasi muda terutama graduan mampu mendapat kemahiran yang penting untuk memasuki alam pekerjaan. 


Grab this opportunities, find the best course to help yourself in future. Knowledge is power.  


All the best. 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment