Resignation ..... with experience....


Setelah berfikir sekian lama, akhirnya aku secara sukarela menghantar surat perletakan jawatan di kilang tempat aku bekerja. Aku pun tidak menyangka, yang aku akan meletakkan jawatan kerana aku memang sangat sukakan tugas yang aku lakukan sekarang. Namun, bagi aku, inilah jalan yang membolehkan aku pergi jauh dalam memahami lagi selok belok industri.

Benarlah, apa yang dikatakan pensyarahku sebelum ini, bukan lah jawatan yang kita kejar pada zaman sekarang, kerana jawatan akan hilang begitu sahaja, tapi pengalaman berharga untuk menyelesaikan masalah yang terdapat di industri

Terdapat beberapa concept/theory, penyelesaian masalah, idea, dan macam-macam lagi telah aku usahakan semasa aku memegang jawatan sebagai Production Engineer. Alhamdulilah, banyak usahaku diterima dan dihargai oleh bos-bos tempat aku bekerja. Tapi, tidak semestinya, langit sentiasa cerah atau biru, kadang-kadang pasti mendung/hujan berlaku disiang hari. Namun, disinilah aku belajar banyak mengenal emosi positif/negatif, erti "respect", penyelesaian masalah, dan motivasi.

Disebalik apa yang terjadi, banyak pengalaman yang aku perolehi semasa aku memegang jawatan disini. Bagi aku, pengalaman disini mematangkan aku dalam membuat keputusan apabila emosi turut diambil perhatian sebagai salah satu sudut utama. Sebelum ini aku banyak menggunakan logic dan self expression apabila membuat keputusan secara pantas.

Pengalaman adalah suatu yang dinamakan proses melakukan kerja secara persendirian/berkumpulan dengan mengikut job description yang disediakan. Kerja disiapkan mengikut kemahuan orang yang mengarah kita (bos), dan diakhir nya, kita akan dibayar dengan apa yang kita lakukan mengikut kontrak yang kita tandatangani. Apabila melakukan tugas, kita akan terdedah dengan proses membuat keputusan, berfikir, dan menyampaikan maklumat. Ilmu akan digunakan untuk membuat keputusan yang tepat. Itulah maksud sebenar pengalaman yang industri mahukan, disebabkan inilah, industri kurang berminat dengan graduan yang kosong pengalaman, ini kerana proses melatih seorang pekerja mencapai tahap pengalaman yang matang untuk membuat keputusan adalah lama dan mengikut motivasi pekerja tersebut.



Sekiranya, anda pernah melihat movie Inside-in-out, anda akan faham apa yang saya katakan. Pengalaman memang suatu yang berharga dalam kehidupan ini. Dari situ, ia akan mematangkan anda membuat keputusan dengan tepat dan pantas.


Masih jauhku perjalanan ku, namun, aku telah mengubah sedikit arah, supaya laluan cita-citaku tidak terpesong. Apa pun, rezeki ada dimana-dimana, cuma usaha yang berterusan pasti membuahkan hasil
InsyaAllah

 Peluang kerja kosong

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment