Apabila melihat iklan kekosongan jawatan, caranya bukan lah dengan terus menghantar resume melalui emel atau pos, kemudian menunggu jawapan. Sekiranya anda berbuat begitu, pasti anda akan menunggu kira-kira 2-3 bulan untuk mendapatkan pekerjaan. Ini kerana, bukan anda seorang yang akan memohon, tapi beratus ratus permohonan akan tiba ke HR setiap hari. Berdasarkan pengalaman penulis semasa bekerja sebelum ini, boleh dikatakan setiap hari akan kelihatan individu menghantar surat permohonan kerja/resume di guard kilang. Jadi komunikasi dengan HR adalah cara paling sesuai untuk menonjolkan diri anda dari orang lain.

Cara yang paling berkesan setakat ini bagi penulis adalah

1. Call company tersebut dan minta disambungkan ke HR untuk pertanyaan tentang jawatan kosong yang diiklankan.
2. Apabila panggilan ke HR telah disambungkan, perkenalkan diri dan terangkan sebab anda call HR tersebut. kemudian tanya tentang requirement kerja kosong tersebut, dan mintak e-mel HR untuk menghantar resume. Ataupun, post resume anda jika kerja berdekatan dengan kawasan tempat tinggal anda.
3.  Sebelum menamatkan panggilan, pastikan anda mengatakan anda akan menghantar resume anda pada tarikh dan waktu tertentu.

Itu lah caranya. Call dan berkomunikasi dengan HR secara terus, dan selalunya penggunaan Bahasa Inggeris adalah digalakkan.



Semoga berjaya...

Usaha, Doa & Tawakkal
Program intake INSEP di KISMEC telah dibuka ; program Electrical Maintenance Management dan Network Security Professional. Sekiranya baru graduate dan masih mencari pekerjaan yang sesuai, apa kata join program sebegini, dan dapatkan ilmu pembelajaran secara praktikal.

Untuk maklumat lanjut tentang tempoh kursus, sijil yang dikeluarkan dan praktikal , sila hubungi KISMEC.

Maklumat ttg insep, sila klik link dibawah

1. INSEP menjamin peluang pekerjaan ?
http://nurmuhamad89.blogspot.my/2016/02/pandangan-peribadi-insep-menjamin.html

2. Syarat sertai INSEP
http://nurmuhamad89.blogspot.my/2015/04/syarat-syarat-menyertai-insep.html

Semoga berjumpa lagi...

Berjalan sekitar bandar Sg Petani pada waktu malam...... Penuh dengan lampu-lampu menerangi bandar ini. Kelihatan kurang penduduk yang menjalankan aktiviti perniagaan, dimana, kebanyakkan menutup kedai masing-masing apabila tiba 10 malam........

Jadi, sambil tu, sempat la ambil beberapa gambar sebagai kenangan..... Tenang tanpa stress.... 





Semoga berjumpa lagi.....


Bagi sesetengah orang, mendapat panggilan interview adalah satu perkara yang mengembirakan. Ini kerana kita telah satu langkah untuk mendapat pekerjaan. Interview selalunya bertujuan untuk mengenali individu itu dengan lebih dekat dan melihat sekiranya seseorang itu berkebolehan untuk mengalas tanggungjawab yang akan diberikan. Jadi apabila aku, mendapat panggilan untuk interview, aku akan persiapkan diriku dengan maklumat company, job description dan dokumen-dokumen yang diperlukan. Latihan rehearsal akan dilakukan beberapa kali untuk memastikan kelancaran semasa bercakap.

Namun, kali ini, first time aku kecewa dengan interview kerja yang dilakukan. Walaupun aku telah menghadiri beberapa interview sebelum ini, kebanyakkan berjalan lancar, cuma bukan rezeki ku untuk bekerja disana. Tapi kali ini, dengan persiapan yang telah dilakukan, cover letter dan resume yang dikarang dengan baik sekali, aku terkelu apabila interview dijalankan.

Segalanya bermula dengan lancar, dengan resume, kertas permohonan kerja yg telah diisi, dan salinan original sijil-sijil dihulurkan kepada interviewer. Interview mengambil resume, dan minta aku bermula.

Jadi aku bermula dengan sesi memperkenalkan diri, dimana semasa aku menerangkan perihal tentang diriku secara ringkas, tiba-tiba aku diminta berhenti dan menerangkan tentang qualification yang aku ada. Aku terus menerangkan tentang qualification di universiti yang aku perolehi dan expertise dalam bidang-bidang tertentu, dan beberapa kejayaan yang aku perolehi, dan aku kaitkan dengan bidang kerja yang aku lalui dan kaitan kerja yang aku pohon.

Dan sekali lagi, semasa aku sedang menerangkan tiba-tiba, aku diminta menerangkan tentang persekolahan ku pulak. Aku mengikut dan menerangkan zaman persekolahan ku secara ringkas sebelum aku mintak keizinan untuk menerangkan tentang pekerjaan ku sebelum ini, setelah senyap sepi buat seketika selepas aku habis menerangkan tentang sekolahku. Aku sedar bahawa, interviewer ku telah menguap buat beberapa kali sewaktu aku menjawab soalan yang ditanya.

Jadi aku menerangkan kerja latest yang aku lakukan dan tugas-tugas yang aku pegang, tapi aku diminta berhenti meminta menerangkan tentang kerja pertamaku dahulu, kerana ia mengatakan aku memeningkan kepala dengan menerangkan dengan tidak mengikut aturan. Jadi aku mengikut dan menerangkan kembali dengan ringkas kerja ku sebagai technician sebelum ini, dan kerja-kerja yang dilakukan. Lebih kepada membaca kembali helaian resume yang telah aku ingati. Beberapa soalan ditanya , seperti apa maksud ISO, tugasku, sebab berhenti, gaji disini. Seperti biasa aku menjawab dengan apa yang aku ketahu. Jadi aku menerangkan pula tentang kerja latest yang aku lakukan, dan tugas-tugas yang aku lakukan. Soalan ditanya, tetapi lebih kepada apa yang aku lakukan. Jadi aku menjawab seperti mana yang aku tulis dalam resume ku.

Tiba-tiba, apabila interviewer menyelak helaian kedua resume, tersedar bahawa aku tidak menerangkan tentang pengalaman praktikal aku. Aku berhenti dan terus menerangkan praktikal ku, dan dimana aku praktikal, dari tugasku yang aku lakukan sebagai seorang praktikal. Pada masa itu, aku seperti merasakan bahawa interview tidak membaca helain resume ku sebelum ini, walaupun diatas cover letter yang dihantar minggu lepas telah diconteng sesuatu diatasnya.

Kemudian kembali kepada soalan , kenapa aku berhenti dari kerja sebelum ini, dan kira-kira 5 minit aku menerangkan sebab-sebab aku berhenti, walaupun aku melihat interviewer telah menguap beberapa kali didepan aku. Soalan terakhir yang ditanya adalah kelemahan aku ?

Soalan ini aku menjawab dengan agak kurang yakin, kerana aku tidak pernah ditanya soalan ini sebelum ini. Jadi aku cuba menerangkan dan interviewer tidak faham apa yang aku cuba katakan.

Kemudian dia masuk ke bilik nya buat seketika. Setelah kira-kira 3 minit, kembali dan menyuruh aku kembali menerangkan apa yang terhenti semasa ia masuk kebilik. Jadi aku menerangkan secara ringkas sahaja perbualan yang terhenti sebelum ini.

Setelah selesai, barulah perbincangan tentang gaji yang aku pohon, jawatan yang ada pada waktu sekarang dan tarikh melapor diri sekiranya dipanggil bekerja.

Kekecewaan ku bukan dengan soalan yang interviewer tanyakan, tapi lebih kepada sikap ancuh tak ancuh, seperti menguap beberapa kali , beralih kerusi, memperbetulkan suhu air cond 3-4 kali dan yang paling aku kesalkan apabila mengatakan jawatan sebagai production executive tidak ada pada waktu ini. Aku perlu tunggu 2 bulan lagi untuk jawatan ini ada, kerana budget constraint. Jadi sekiranya aku layak dan aku telah dikatakan sebagai 1st priority, aku perlu menunggu lagi 2 bulan untuk mendapat panggilan telefon, kerana tidak pasti bila projek itu akan berjalan.

Kemudian, aku kembali bertanya, sekiranya aku ingin memohon kerja sebagai technician di kilang ini sekiranya tiada jawatan itu. Ini aku mengatakan bahawa aku memerlukan pekerjaan buat masa sekarang, dan aku mengatakan aku mampu bekerja sebagai technician dengan gaji sebagai technician. Jadi sekiranya aku layak, aku boleh dipromote ke jawatan yang aku pohon apabila tempoh menunggu 2 bulan selesai. Namun, jawapan yang diberikan adalah lebih kepada tidak sesuai seorang degree holder memegang jawatan sebagai technician, dan dia tidak boleh menjamin aku akan mendapat kerja sebagai production executive kelak. Selain itu, dia mengatakan bahawa ini adalah company Chinese, jadi dia perlu meyakinkan pada board director sekiranya aku layak memegang jawatan itu.

Pada masa itu, baru aku sedar, interview 1 jam 15 minit ini tiada hasil.  Aku tunduk melihat kertas yang aku catatkan, dan mendiamkan diri sebentar. Aku seperti hilang motivasi, Bila aku mengatakan aku boleh bekerja sebagai technician buat masa sekarang kerana aku perlukan pekerjaan, permohonan ku ditolak, walaupun aku sedar jawatan kosong sebagai technician ada diiklankan di pejabat buruh.

Interviewer sedar dengan apa yang berlaku, dan aku rasakan dia turut tidak menjangka aku aku memohon jawatan technician pada waktu itu. Aku melihat dia seperti tidak pasti untuk menjawab. Kemudian, dia turut mengatakan bahawa dia ingin mencari seorang yang bukan chinesse untuk memegang jawatan production executive ini kerana memerlukan seseorang itu berinteraksi dengan operator, technician dan supervisor, dimana dia telah menolak permohonan chinese applicant yang ingin bekerja disitu. Dia seperti ingin menegaskan bukan memilih calon kerana bangsa.

Aku hanya berdiam diri, dan mengatakan aku faham apa yang hendak dia katakan. Kemudian, interview kelihatan tamat, dan aku bersalaman dan meninggalkan bilik interview dengan mengucapkan terima kasih. Aku sedar, aku bukanlah calon yang layak untuk jawatan ini, dari jawapan yang aku perolehi. Diluar, aku disapa dengan guard, dan bertanya bagaimana, bila masuk kerja. Aku hanya senyum dan mengatakan mungkin ada panggilan telefon kelak.

Guard itu tersenyum dan aku pun turut tersenyum.....................................

Aku berharap selepas ini, tiada lagi aku lalui interviewer seperti ini.. Sepatutnya, individu yang interviewer kita perlu membaca tentang resume dahulu, sebelum memanggil calon-calon. 

Semoga berjumpa lagi...............


Semasa sedang melayari internet, tiba-tiba tersedar apabila melihatkan kursus Kolej Komuniti telah keluar. Jadi, terus melihat kursus-kursus yang berminat. Tak sangka, salah satu kursus yang telah lama dicari sebelum ini terdapat di Kolej Komuniti Sg Petani. Apa lagi, terus pergi mendaftar untuk kursus tersebut. Yuran tidak perlu dibayar lagi, cuma hanya menulis nama dan no phone dan pihak kolej komuniti akan menelefon kembali sekiranya kursus tersebut akan diadakan.

Selalunya, kursus di Kolej Komuniti akan dijalankan apabila terdapat bilangan minimum peserta yang diperlukan. Sebagai contoh, kursus boleh dibatalkan apabila bilangan peserta  kurang dari 20 orang, dan apa pun, ia mengikut budi bicara pihak kolej komuniti sendiri.

Kali ini, kursus fotografi dijalankan, dengan kehadiran peserta kira-kira 14 orang, yang mana kelas bermula pada pukul 9 pagi. Yuran dikenakan sebanyak RM20.  Setiap peserta perlu membawa camera dslr sendiri untuk mempelajari teknik mengambil gambar yang sempurna. Didalam kelas diterangkan teori mengambil gambar untuk group, perseorangan, perkawinan, model, haiwan dan panorama. Setiap teknik adalah berbeza dan penggunaan apenture, flash, timing, adalah memainkan peranan penting untuk memastikan gambar yang diambil hidup dan istimewa. Semasa itu, penulis tak sangka banyak teknik mengambil gambar, dan kebanyakkannya adalah mudah dipelajari... Kreativiti adalah perkara paling penting apabila mengambil gambar.

Camera DSLR yang digunakan

Pengajar kali ini adalah seorang guru sekolah rendah yang memang meminati dunia fotografi. Belia telah terlibat dalam fotografi secara komersial lebih 10 tahun, dan mempunyai banyak pelanggan untuk majlis-majlis tertentu. Boleh dikatakan, dunia fotografi ni sesuai untuk seseorang yang berjiwa seni........ hm.... Apa pun, kelas yang diajarkan memang betul-betul bermafaat dan memberi keyakinan kepada peserta untuk mengambil gambar tanpa segan dan malu. Teknik-teknik yang diajarkan adalah sempurna apabila aktiviti praktikal dijalankan. Jadi kami beramai-ramai keluar bersama pengajar untuk mengaplikasi kan ilmu dengan mengambil gambar persekitaran.

Boleh dikatakan kelas adalah menarik dengan sesi soal tanya berlarutan hingga waktu tengah hari. Tak sangka, pengajar yang kolej komunit carikan antara yang terbaik. Antara contoh gambar yang penulis ambil, konsepnya adalah "arah aliran" yang menuju ke patung. Salah satu teknik yang banyak digunakan di jalan raya dan dalam gambar perkawinan. Terdapat banyak teknik lagi, dan setiap teknik memerlukan penggunaan setting manual yang berbeza, untuk memastikan gambar tersebut istimewa. Teknik mengambil gambar beberapa kali digalakkan oleh pengajar untuk membiasakan dengan subject, object dan background.

 Gambar amateur seperti dibawah.. hehe.. Setting pun pakai tekan je..... huhu



Kursus ini memang sangat bermafaat dan memberi satu dimensi baru pada penulis untuk mengambil gambar secara sempurna. Sebelum ini, hanya agak-agak apabila mengambil gambar, tapi kali ini, berdasarkan teknik yang diajar, telah menambah kan lagi kemahiran yang sedia ada.. Apa pun, seperti pesan pengajar kepada peserta adalah :

Practice make perfect, Try, try and try until you satisfied

Seperti biasa, selepas habis kursus, setiap peserta diberikan sijil penyertaan. Semoga kursus seperti ini akan dijalankan lagi pada masa depan.....


Semoga berjumpa lagi..... 

Bila disebut tentang ekonomi semasa, pasti yang ramai faham situasi sekarang. Tahun 2016, adalah tahun paling susah kepada graduan-graduan untuk mendapatkan pekerjaan, kerana jumlah pekerjaan yang setaraf dengan pengajian masing-masing berkurangan. Ditambah dengan harga minyak yang rendah, menyebabkan industri oil & gas mengurangkan perbelanjaan capex dan pekerja, jadi ia mewujudkan kesan berantai kepada industri yang lain. Masih ingat lagi penulis, pada bulan September yang lalu, semasa memohon kerja di sekitar Kemaman, semasa menghantar resume di guard post, tiba-tiba salah seorang pekerja disitu mengatakan service company ini akan ditutup tahun ini. Terkesima sebentar apabila mengenangkan peristiwa tersebut.

Kesan dari pengganguran yang meningkat, menyebabkan permohonan untuk jawatan yang memerlukan degree/diploma meningkat. Hanya untuk 1 jawatan kosong, terdapat kira-kira 300 yang memohon, dan dikalangan yang memohon adalah berpengalaman berbelas tahun, mempunyai master dan sebagainya.  ( Rujuk gambar dibawah ).

Persaingan untuk jawatan dan jumlah calon

Bagi penulis, persaingan untuk mencari kerja adalah agak sengit apabila menggunakan Jobstreet berbanding apabila menghantar sendiri permohonan ke syarikat melalui tangan atau pos. Kebanyakkan interview yang penulis dapat sebelum ini pun adalah dari permohonan secara tangan, phone call dan pos, jarang sekali dari email ataupun Jobstreet. Selalunya, penulis akan melihat iklan kekosongan jawatan yang diletakkan di Pejabat Buruh, Jobstreet, JobsMalaysia ataupun dari website company sendiri. Kemudian, barulah menghantar permohonan menggunakan pos, dan sekiranya rajin, penulis akan call dahulu dan minta disambungkan ke HR untuk mendapat maklumat lanjut tentang kerja yang ditawarkan.


Berdasarkan pengalaman penulis, permohonan terus ke syarikat masih lagi berkesan. Cuma tidak perlu spesifik kerja dan gaji yang ingin diperolehi, kerana melalui interview, anda boleh memohon kerja yang ada dan negotiate gaji yang anda inginkan. Jadi apabila meletakkan expectation gaji, pastikan anda turut quote "Negotiation". Buat masa sekarang, jumlah graduan yang mencari kerja adalah mencapai ratusan ribu, jadi kesabaran dan keyakinan adalah perlu semasa mencari kerja. Dengan stigma majikan yang enggan mengambil pekerja yang tiada pengalaman/kemahiran, menyebabkan pengganguran meningkat dari semasa ke semasa.

Kembali ke cara tradisional ( melalui pos )
Walaupun tiada jalan singkat untuk mendapatkan pekerjaan, tapi dengan memohon melalui kenalan adalah cara yang mungkin membantu bagi graduan yang belum ada pengalaman dalam industri yang dipohon.  Program kerajaan seperti INSEP, SL1M, mungkin membantu anda, tapi yang penting, harapan dan usaha.
"There are other ways to make a living," "There is hope."



Terkenang kenangan semasa pada waktu kecil, dimana sentiasa ke Tupah untuk mandi manda. Tempat favorite untuk berkelah dan bermain pada waktu itu. Kawasan ini jugak yang paling dekat dengan untuk bermandi manda air bukit di Sungai Petani.

Jadi, disebabkan kenangan lama dan cuaca yang agak panas, berangkat la ke Tupah untuk mandi manda. Sudah kira-kira 3 tahun tidak kesini kerana kesibukan kerja sebelum ini. Jadi tanpa apa-apa halangan, bertolak pada pukul waktu pagi lagi dan tiba pada waktu tengah hari yang agak panas.

Bila dah masuk ke kawasan tupah, redup je disini dan rasa nyaman udara yang sejuk disekeliling. Tapi melihatkan kawasa n sekitar, sunyi dari orang ramai, kurang kereta yang melalui kawasan ini, dan tidak kelihatan mana-mana pengunjung berkelah dimana-mana. Tapi jalan ke sini lebih baik dari sebelum ini, kerana tiada lopak seperti dahulu. Pokok-pokok disini pun terjaga tanpa ada kesan pembalakan.


Singah sebentar pada pit stop pertama, kawasan yang menempatkan surau, kedai makan dan tempat parking yang luas. Kelihatan segelintir pengunjung berkelah disini bersama keluarga, dan ada yang menangkap ikan-ikan kecil. Tapi kawasan ini, seperti kekosongan, tanpa ada kedai yang beroperasi, dan bunyi riuh rendah kanak2. Hanya bunyi kicauan birung kedengaran. Melihatkan air yang mengalir, memang agak terkejut, nampak perbezaan berbanding 3-5 tahun yang lepas. Cuba lihat gambar dibawah, anda akan sedar betapa kurangnya air disini. Mungkin kerana cuaca panas pada waktu ini. Keadaan sekitar adalah bersih dan terjaga, namun air adalah sangat kurang.


Berjalan sekitar aliran sungai menumukan dengan kawasan air yang kehijauan. Air ini kelihatan hijau kerana terdapat lumut/alga yang tumbuh di kawasan air yang mengalir perlahan. Ditambah dengan cuaca panas yang terik, kelihatan air kehijauan. Tidak pasti, siapa yang ingin mandi di kawasan air yang bertakung ini.




Kemudian, mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke atas lagi, untuk melihat sebab-sebab air kekeringan di bawah. Bila tiba disini, barulah sedar, sebab kurangnya air. Empangan tupah pun tiada air yang mengalir. Air celahan bukit yang mengalirkan ke hulu bukanlah dari empangan seperti sebelum ini.


Mirror image empangan tupah
Close up ke arah empangan menunjukkan air telah kekeringan, dan kelihatan tanah dan rumput telah tumbuh didalam kawasan takungan empangan ini. Melihatkan rumput yang tumbuh, boleh dianggarkan kawasan ini telah ketiadaan air pada waktu yang lama. Terkenang balik pada zaman semaktu kanak-kanak, empangan ini memang penuh dengan air, dan terdapat ikan2 sekitar kawasan ini, namun kini, semuannya telah menjadi memori. Tupah bukan lah tempat untuk mandi manda, sekiranya melihatkan kawasan seperti ini. 


Namun, masih terdapat pengunjung yang mengunjungi kawasan ini, bukan untuk mandi manda, tetapi untuk mengambil air mineral dari telaga tiub yang terdapat disini. Boleh dikatakan, kebanyakkan pengunjung singgah ke Tupah hanya untuk mengambil air ini.

Tempat mengambil air mineral
Walaupun begitu, kenangan semasa kecil masih lagi mengamit memori, walaupun Tupah tidak lagi seperti dahulu, penuh dengan orang ramai, dan aliran air yang deras, namun ia masih menjadi tumpuan kepada sesiapa yang ingin merasa air mineral. Jadi jangan lupa singgah kesini dengan botol air yang besar, untuk menikmati air kurniaan Tuhan ini. Walaupun penulis tidak berkesempatan untuk mandi, namun minum air disini telah menghilangkan rasa penat lelah dan dahaga.

Semoga berjumpa lagi..


Bila anda memasuki pekerjaan, pasti anda faham dengan gambar diatas. Apa pun, tawakal dan usaha ke arah yang lebih baik.

Terkenang balik waktu first time keje, selepas setahun bekerja akhirnya, diberikan bonus oleh bos... jumlahnya ialah RM100 sahaja.. Tersenyum dengan jumlah yang diberi.... Tak sangka dengan kejutan yang diberikan...


Semoga berjumpa lagi...
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home