Permohonan melalui Jobstreet ? Phone Call ? Email ? Surat ?


Bila disebut tentang ekonomi semasa, pasti yang ramai faham situasi sekarang. Tahun 2016, adalah tahun paling susah kepada graduan-graduan untuk mendapatkan pekerjaan, kerana jumlah pekerjaan yang setaraf dengan pengajian masing-masing berkurangan. Ditambah dengan harga minyak yang rendah, menyebabkan industri oil & gas mengurangkan perbelanjaan capex dan pekerja, jadi ia mewujudkan kesan berantai kepada industri yang lain. Masih ingat lagi penulis, pada bulan September yang lalu, semasa memohon kerja di sekitar Kemaman, semasa menghantar resume di guard post, tiba-tiba salah seorang pekerja disitu mengatakan service company ini akan ditutup tahun ini. Terkesima sebentar apabila mengenangkan peristiwa tersebut.

Kesan dari pengganguran yang meningkat, menyebabkan permohonan untuk jawatan yang memerlukan degree/diploma meningkat. Hanya untuk 1 jawatan kosong, terdapat kira-kira 300 yang memohon, dan dikalangan yang memohon adalah berpengalaman berbelas tahun, mempunyai master dan sebagainya.  ( Rujuk gambar dibawah ).

Persaingan untuk jawatan dan jumlah calon

Bagi penulis, persaingan untuk mencari kerja adalah agak sengit apabila menggunakan Jobstreet berbanding apabila menghantar sendiri permohonan ke syarikat melalui tangan atau pos. Kebanyakkan interview yang penulis dapat sebelum ini pun adalah dari permohonan secara tangan, phone call dan pos, jarang sekali dari email ataupun Jobstreet. Selalunya, penulis akan melihat iklan kekosongan jawatan yang diletakkan di Pejabat Buruh, Jobstreet, JobsMalaysia ataupun dari website company sendiri. Kemudian, barulah menghantar permohonan menggunakan pos, dan sekiranya rajin, penulis akan call dahulu dan minta disambungkan ke HR untuk mendapat maklumat lanjut tentang kerja yang ditawarkan.


Berdasarkan pengalaman penulis, permohonan terus ke syarikat masih lagi berkesan. Cuma tidak perlu spesifik kerja dan gaji yang ingin diperolehi, kerana melalui interview, anda boleh memohon kerja yang ada dan negotiate gaji yang anda inginkan. Jadi apabila meletakkan expectation gaji, pastikan anda turut quote "Negotiation". Buat masa sekarang, jumlah graduan yang mencari kerja adalah mencapai ratusan ribu, jadi kesabaran dan keyakinan adalah perlu semasa mencari kerja. Dengan stigma majikan yang enggan mengambil pekerja yang tiada pengalaman/kemahiran, menyebabkan pengganguran meningkat dari semasa ke semasa.

Kembali ke cara tradisional ( melalui pos )
Walaupun tiada jalan singkat untuk mendapatkan pekerjaan, tapi dengan memohon melalui kenalan adalah cara yang mungkin membantu bagi graduan yang belum ada pengalaman dalam industri yang dipohon.  Program kerajaan seperti INSEP, SL1M, mungkin membantu anda, tapi yang penting, harapan dan usaha.
"There are other ways to make a living," "There is hope."


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. salam admin. saya nak tanya. apply kerja tanpa tahu position apa. bagaimana saya nak ubah cover letter ye? sebab saya tak pernah ada pengalaman apply tnpa thu job pose. mohon bantuan utk share. tqvm. 😊

    ReplyDelete