Alhamdulilah, telah hampir sebulan berlalu, dari tarikh aku bekerja dikilang ini. Tidak ku sangka, masih ada lagi, peluang untuk aku bekerja di sekitar kawasan perumahan ku. Jika aku tidak bekerja disini, mungkin aku telah berhijrah ke Penang atau Selangor. Namun, syukur, diberi kepercayaan untuk bekerja dan membantu rakan2 di dalam kilang ini untuk mencapai target yang diberikan.

Jawatan yang aku pegang adalah sebagai QA Engineer. Nampak mudah, tapi sebarang masalah berkaitan quality, perlu aku ketahui dan kendalikan. Quality adalah last defence sebelum product yang dikeluarkan dari kilang dihantar kepada customer. Jadi apabila, ada masalah kualiti, aku lah orang pertama yang akan dicari untuk cuba membantu menyelesaikannya. Disebabkan itu, aku selalu pulang lewat ke rumah, dan banyak menghabiskan masa dikilang ini.

Sepanjang bekerja disini, aku bersyukur dan seronok dengan tugas yang diberikan. Walaupun, kadang-kadang diwaktu malam, aku tidak nyenyak tidur memikirkan quality barang yang akan dihantar keluar pada keesokkan harinya. Jadi apabila awal pagi, aku bergegas ke kilang untuk menyelesaikan perkara yang membelengu fikiranku, kemudian barulah aku berasa tenang...

Di sini, aku banyak belajar dari bos kilang ini, yang kadang-kadang menegur kesalahan yang aku lakukan. Namun, dari kesalahan itulah, aku belajar untuk lebih berhati-hati dari melakukan kesilapan yang sama. Hidup manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan, tapi dari pengalamanlah yang mematangkan kita untuk membuat keputusan yang tepat.

Bila dah bekerja dibahagian QA, banyak ilmu tambahan yang aku perolehi seperti Acceptance Sampling Plan, datum reference, CMM, etc. Aku berharap pada tahun 2020, aku akan berjaya melepasi exam Certified Quality Engineer (CQE). Itulah impian yang ingn aku gapai dalam masa beberapa tahun lagi. InsyaAllah.

Perjalananku masih lagi jauh...... dan bila aku terbaca artikel dari blog : http://jmbelog.blogspot.my/2016/05/dunia-hanya-persinggahan.html baru aku tersedar erti kehidupan ini, ..

Ya Allah, ampunilah dosaku, Jadikanlah aku dikalangan orang yang bersyukur dengan nikmat-Mu.

Learning curve adalah satu yang dipandang ringan oleh kebanyakkan orang. Apabila seseorang tamat pengajian universiti, kebanyakkan ilmu yang diketahui akan dilupakan sedikit demi sedikit. Semua pasti tahu, di universiti anda dinilai dari segi markah dalam menjawab soalan exam, dan lebih berunsurkan teori, berbanding praktikal. Diakhir pengajian, penilaian dalam bentuk cgpa akan dikeluarkan kepada setiap pelajar. Kebanyakkan pelajar akan fokus untuk berjaya dalam exam berbanding memahami bagaimana teori itu diaplikasi.

Namun, apabila memasuki sektor pekerjaan perkilangan, kebanyakkan fresh graduate tidak semestinya pakar dalam bidang yang dipelajari. Ini kerana di Universiti, pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis teori dan banyak yang tidak diaplikasi di industri kerana kekangan kos. Disini lah, dimana individu dapat belajar untuk menyesuaikan diri dan cuba mengaplikasi teori yang dipelajari untuk industri tempat anda bekerja. Dari situ, anda akan faham bagaimana ilmu tersebut dapat digunakan melalui perbincangan, dan pengalaman.



Jadi pada waktu bekerja inilah, pengembangan karier anda berlaku.

Semoga anda berjaya mencapai impian yang diingini.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home