Sebulan telah berlalu...


Alhamdulilah, telah hampir sebulan berlalu, dari tarikh aku bekerja dikilang ini. Tidak ku sangka, masih ada lagi, peluang untuk aku bekerja di sekitar kawasan perumahan ku. Jika aku tidak bekerja disini, mungkin aku telah berhijrah ke Penang atau Selangor. Namun, syukur, diberi kepercayaan untuk bekerja dan membantu rakan2 di dalam kilang ini untuk mencapai target yang diberikan.

Jawatan yang aku pegang adalah sebagai QA Engineer. Nampak mudah, tapi sebarang masalah berkaitan quality, perlu aku ketahui dan kendalikan. Quality adalah last defence sebelum product yang dikeluarkan dari kilang dihantar kepada customer. Jadi apabila, ada masalah kualiti, aku lah orang pertama yang akan dicari untuk cuba membantu menyelesaikannya. Disebabkan itu, aku selalu pulang lewat ke rumah, dan banyak menghabiskan masa dikilang ini.

Sepanjang bekerja disini, aku bersyukur dan seronok dengan tugas yang diberikan. Walaupun, kadang-kadang diwaktu malam, aku tidak nyenyak tidur memikirkan quality barang yang akan dihantar keluar pada keesokkan harinya. Jadi apabila awal pagi, aku bergegas ke kilang untuk menyelesaikan perkara yang membelengu fikiranku, kemudian barulah aku berasa tenang...

Di sini, aku banyak belajar dari bos kilang ini, yang kadang-kadang menegur kesalahan yang aku lakukan. Namun, dari kesalahan itulah, aku belajar untuk lebih berhati-hati dari melakukan kesilapan yang sama. Hidup manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan, tapi dari pengalamanlah yang mematangkan kita untuk membuat keputusan yang tepat.

Bila dah bekerja dibahagian QA, banyak ilmu tambahan yang aku perolehi seperti Acceptance Sampling Plan, datum reference, CMM, etc. Aku berharap pada tahun 2020, aku akan berjaya melepasi exam Certified Quality Engineer (CQE). Itulah impian yang ingn aku gapai dalam masa beberapa tahun lagi. InsyaAllah.

Perjalananku masih lagi jauh...... dan bila aku terbaca artikel dari blog : http://jmbelog.blogspot.my/2016/05/dunia-hanya-persinggahan.html baru aku tersedar erti kehidupan ini, ..

Ya Allah, ampunilah dosaku, Jadikanlah aku dikalangan orang yang bersyukur dengan nikmat-Mu.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

7 comments:

  1. Assalamualaikum
    Boleh bg no wasap x
    Nk tye pasal bidg kerja anda
    Trma ksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Handset saya masih lagi repair, jd mmg x pakai waasap skrg. . Just email je kat kotak pertanyaan tu, nanti saya jawab.

      Delete
  2. Subjek sains semua E.sy xkisah jika trpkse brmula dr bwh.course yg abg syorkn utk sy,bersesuaian dgn kehendak pasarn skrg.maksud sy bhagian mane yg sng utk dapt kerja dlm bidang yg abg ceburi skrg.trima ksh

    ReplyDelete
  3. xdapat pon email.ikm dah tutup dah

    ReplyDelete