Alhamdulilah, sudah masuk bulan september. Syukur dikurniakan kesihatan dalam meneruskan ranjau kehidupan. Baru sahaja kita meraikan hari kemedekaan pada 31 Ogos 2017 yang lalu, dan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha beberapa minggu lagi.

Setiap hari apabila kita bekerja, kita akan terdedah dengan hazard/risiko kemalangan. Kali ini, aku mengalami kesakitan dibahagian mata apabila melihat sinaran welding dan kemungkinan habuk besi telah masuk ke dalam rongga bebola mata. Memang pedih yang aku rasakan semasa hendak tidur, bagaikan ada benda asing yang mencucuk. Dengan segera aku bergegas ke hospital dengan bantuan ayahku.


Disana, aku dirawat dengan beberapa ubat titis mata, ujian lihat, dan test mengesan calar di bebola mata, Memang ada beberapa calar halus yang kelihatan apabila doktor memeriksa. Cuma, aku hanya boleh menahan kesakitan dengan memejam mata, itulah yang aku lakukan sepanjang dirawat. Dari pukul 1 pagi hingga lah ke 9 pagi, barulah selesai. Masa banyak dihabiskan untuk menunggu doktor memberikan rawatan.

Jika permukaan kornea yang tercalar tidak di rawat, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan komplikasi seperti ulser korea. Pada tahap teruk, hilang penglihatan mungkin terjadi.

Barulah aku sedar betapa penting nya nikmat kesihatan yang diberikan, betapa susahnya kehidupan tanpa mata yang sihat dan dengan pancaindera inilah kita boleh melihat. Syukur aku diberi kesempatan untuk menggunakan nikmat ini sekali lagi. Alhamdulilah... dan terima kasih kepada Ayahku . 

Alhamdulilah, syukur kepada Tuhan, kerana aku masih lagi bernafas dan sihat untuk melakukan tugas harian ku. Syukur kepadanya kerana memberi aku peluang untuk berbakti kepada ibubapaku dan menjaga mereka. Umurku sudah pun mengapai 28 tahun, tersedar aku bahawa, tiada apa-apa yang berharga didunia ini selain ibadah yang kita lakukan. Duit, pangkat, jawatan, hanyalah sementara, kerana semuanya akan hilang jugak akhirnya.

Segala yang berlaku pada waktu dahulu adalah pengajaran yang membentuk diri kita pada masa sekarang. Setiap hari kita bernafas, semakin dekat waktu kita akan menghadap Allah S.W.T.  Tanpa muhasabah diri, sesiapa pun akan hanyut dengan kerja didunia ini.



"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah al-Asr, ayat 1-3)










Setiap perjalanan, membawa pelbagai pengalaman dan dugaan. Bersyukurlah dan belumbalah membuat kebaikan. Namun. ingatlah, jawatan, pangkat dan wang hanyalah sementara, kerana ia akan hilang jugak, namun ibadah yang dilakukan akan kekal tercatit di buku amalan masing-masing.


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home