Kehidupan itu kosong tanpa ibadah


Alhamdulilah, syukur kepada Tuhan, kerana aku masih lagi bernafas dan sihat untuk melakukan tugas harian ku. Syukur kepadanya kerana memberi aku peluang untuk berbakti kepada ibubapaku dan menjaga mereka. Umurku sudah pun mengapai 28 tahun, tersedar aku bahawa, tiada apa-apa yang berharga didunia ini selain ibadah yang kita lakukan. Duit, pangkat, jawatan, hanyalah sementara, kerana semuanya akan hilang jugak akhirnya.

Segala yang berlaku pada waktu dahulu adalah pengajaran yang membentuk diri kita pada masa sekarang. Setiap hari kita bernafas, semakin dekat waktu kita akan menghadap Allah S.W.T.  Tanpa muhasabah diri, sesiapa pun akan hanyut dengan kerja didunia ini.



"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah al-Asr, ayat 1-3)










Setiap perjalanan, membawa pelbagai pengalaman dan dugaan. Bersyukurlah dan belumbalah membuat kebaikan. Namun. ingatlah, jawatan, pangkat dan wang hanyalah sementara, kerana ia akan hilang jugak, namun ibadah yang dilakukan akan kekal tercatit di buku amalan masing-masing.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. Sy nx tnye, sy dip in offshore structure engin n dapat apply insep tati kolej e. Operatiin n mntanance.. Ok x? Pasal backgroud diploma in o&g

    ReplyDelete
  2. Kalau boleh try sambung dalam bidang yg tak terlalu specific spt O&G.Saya cadangkan anda apply degree in Mechanical sbb cabangnye lebih luas dan senang utk mendapat kerja bukan hanya pada satu2 bidang.Antara universiti yg saya syorkan adalah UTM & UiTM.

    ReplyDelete