Berdasarkan kajian sample yang saya lakukan, kebanyakkan pembaca blog adalah dikalangan orang muda yang berumur dari 18 tahun- 30 tahun dalam blog ini. Ini menunjukkan generasi Gen X dan Gen Y menguasai carta pembacaan dalam media yang lebih tinggi dari kalangan kelompok yang lain.

Melihat kepada carta  penggunaan handset yang tinggi melalui stats dari Blogger sendiri. Pengguna Android adalah paling tinggi yang merangkumi dalam 48% dari pembaca mingguan blog ini.

Untuk memastikan maklumat yang disampaikan kepada kalangan kelompak 18-35tahun, kebanyakkan isi kandungan blog ini pada masa akan datang akan berkisar kepada kerjaya, teknik dan program-program yang dianjurkan pihak kerajaan dan swasta untuk mafaat bersama.

Walaubagaimanpun, blog ini masih lagi menjadi tempat buah fikiran penulis untuk mencatat secebis pengalaman yang mungkin berguna untuk pembaca sekalian. Untuk mengenali penulis, boleh ikuti instagram yang disediakan. Segala soalan yang ditanya melalui Contact From akan dijawab secara private/persendirian.

Terima kasih kerana membaca. 


Alhamdulilah. Sejenak berfikir setelah bertahun blog ini diwujudkan, untuk merakam detik-detik memori dan perjalanan hidup, yang mana di mungkin berguna untuk pembaca-pembaca blog yang dahagakan ilmu dan pengetahuan yang baru.

Dalam menulis blog ini, banyak rintangan yang dilalui, Diharapkan, segala yang dicurahkan dapat memberi mafaat dan kemudahan kepada pembaca sekalian.

Buat tahun 2018, lebih banyak buah fikiran yang saya boleh kongsikan, yang saya harap dapat memberi ilham kepada pembaca sekalian. 

Buat pembaca yang inginkan maklumat yang terus, boleh terus berhubung dengan penulis melalui kotak contact form yang disediakan.

Terima kasih


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home