Sekiranya anda melalui titian jambatan Merdeka, anda akan dapat melihat sebuah replika mesin padi bersaiz sebenar berlatarbelakangkan sawah padi . Ia kini menjadi tarikan terbaharu di Tikam Batu dimana Kedah adalah negeri yang terkenal sebagai jelapang padi ini. 

Jika mai disini, jangan lupa untuk bergambar dengan monumen ini . Ia akan menjadi gambar yang menarik berlatar belakangkan sawah padi. 

Pada 26 Disember 2004 tarikh yang menjadi ingatan setiap orang di Asia Tenggara. Pada tarikh itu, berlaku gempa bumi kuat di Lautan  sehingga membentuk tsunami gergasi yang meragut puluhan ribu nyawa di 14 negara. Yang teruk terlibat adalah Indonesia.

Pulau Pinang menerima kesan terburuk dari bencana itu, dan juga Kampong Sungai Muda, Kota Kuala Muda, Kedah yang mencatatkan 11 kematian.

Walaupun sudah hampir 15 tahun tragedi itu berlaku. Namun ia masih lagi menjadi igauan mimpi bagi penduduk terutama mangsa yang masih setia berada di Kampong Sungai Muda.

Kedah telah membangunkan Galeri Tsunami di kampung ini sebagai satu peringatan kepada orang ramai untuk memahami tragedi yang berlaku. 

Terdapat beberapa gambar infografik yang disediakan dan pengunjung dapat melihat sendiri kediaman penduduk yang rosak akibat ombak tsunami, dan menjadi tinggalan sejarah yang akan menjadi memori tragedi tersebut.

Disuatu sudut,. terdapat bot sampan yang bertingkat yang melambangkan keadaan sampan yang bertindan antara satu sama lain semasa ombak tsunami berlaku. 

Jangan lupa singgah ke sini, jika tiba di Kota Kuala Muda. Ia berdekatan Pantai Merdeka.




Dalam kita mengerjakan ibadah, jangan lah lupa untuk meminta kepada Allah segala yang kita inginkan. Kepada-Nya lah kita berserah, bermunajat dan memohon segala keampunan. Kita disyariatkan untuk doa pada bila-bila masa dan berdoa untuk apa jua hati ini.

Setiap waktu kita berdoa itu, mintalah kepada Allah 4 perkara untuk dimakbulkan. 

1. Dibersihkan/sucikan hati dan jiwa dari perkara kemungkaran.  
- Hatilah adalah cerminan bagi setiap perbuatan yang kita lakukan. Jika baju telah terkena  kotoran, maka kotor otu akan melekat sehinggalah kita mencuci dengan air dan sabun. Kadang-kadang kita perlu gosok dengan berus kerana kotoran itu terlalu kental untuk dihilangkan. Begitu jugaklah hati manusia, sudah pasti noda-noda hitam tercalit sedikit demi sedikit dari dosa-dosa yang kita lakukan. Maka hendaklah ia dibersihkan, antaranya dengan berdoa, beribadah dan mengingat akan kematian. 

Dari Ibn Umar ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wassammam bersabda: hati ini berkarat seperti berkaratnya besi jika terkena air. Lalu beliau ditanya: Apa pembersihnya? Sabda beliau: banyak mengingat mati dan membaca Al-Quran.” (HR.  Al Baihaqi)

2. Mudahkan urusan yang kita lakukan.
-Setiap hari, terlalu banyak urusan yang kita lakukan setiap hari. Kita berdoa semoga segala yang kita rencanakan segala urusan sepanjang hari itu, dimudahkan urusannya sebelum kita menghampiri tidur dikala malam menjelma. Untuk itu, perlunya kita bantuan dari Allah semoga dipermudahkan tugas kita pada hari itu. 

3. Lancarkan lisan dan akhlak kita 
- Lisan adalah bahasa ungkapam dari mulut yang kita sampaikan kepada yang lain. Semoga apa yang disebut isteri difahami suami, apa yang suami kata, isteri akan dengar. Apa yang dicakap kepada orang ramai didengari dan difahami. Kita minta segala ucapan kita mendapat rahmat dan tidak menyakiti hati yang lain. Lidah itu umpama pedang yang tajam. 

4. Lapangkan dada kita agar bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan
-Selagi kita bernafas didunia ini, ujian pasti akan datang dari setiap penjuru. Setiap ujian itulah mematangkan manusia. Dengan ujianlah kita akan menyedari betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan. Dengan lapangnya, kita akan menjadi orang yang tenang. Yang boleh memaafkan dan menerima kekurangan orang lain. Yang boleh menerima teguran. Yang boleh menerima ujian yang dilalui. Yang hidupnya mahu memudahkan dan menghiburkan hati yang lain. Yang mengingat kematian akan tiba bila-bila masa sahaja. 

Semoga kita semua boleh beramal dengan  ini agar menjadi insan yang positif dan diberkati Allah. 

Popular Malaysia menawarkan potongan harga 20% kepada semua buku yang dibeli. Harga potongan ini akan berakhir pada hujung tahun ini. Jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan buku dengan harga diskaun.






Kali ini, burger king menawarkan harga diskaun yang paling murah untuk burger Whopper Junior dan Chick n Crisp. 

Dengan harga RM2.50, anda boleh dapat kan salah satu menggunakan Touch N Go ewallet. Jangan lepaskan peluang ini, hanya sehingga 31 Dec 2019.


Berkebun adalah aktiviti yang sangat digalakkan. Ia memberi banyak kelebihan dari segi mengurangkan rasa tekanan atay stress. Biasanya, di awal pagi sebelum bergerak ke pejabat, aktiviti harian adalah menyiram air dahulu ke tanaman. Disamping, mencabut rumpai dilakukan selang 2 minggu sekali. 

Kaedah digunakan adalah jenis hydroponik tanah ( bekas digunakan untuk menampung air dalam pasu. ) Rasanya teknik ini adalah paling mudah untuk dipraktikkan kepada sesiapa yang tiada ruang tanaman yang luas. 

Pokok yang mudah ditanam adalah kankung. Disebabkan ia mudah membesar, tanah digunakan sebagai medium tanaman. Hanya taburkan beberapa biji benih kankung di tanah yang lembab ( atau rendamkan biji benih untuk sehari semalam ) kemudian, pasti tunas hijau muncul sebelum ia berkembang dengan pesat apabila diberikan air, cahaya dan ruang yang cukup. Untuk memastikan pembesaran pokok adalah lebih cepat, digalakkan menggunakan baja organik yang terdapat dipasaran. 

Kebanyakkan beji benih, tanah, baja dan bekas didapati di Kedai RM2. Jadi, kos adalah sangat minima. 

Pembesaran 2 minggu

 3-4 minggu

5-6 Minggu


La Putri Boutique hotel adalah salah satu tempat penginapan budget yang terdapat di Bangi. Bersebelahan deretan kedai butik, menyebabkan ia menjadi pilihan sesiapa yang ingin melancong di sekitar Bangi.

Antara bilik yang menjadi pilihan adalah bilik keluarga yang mempunyai saiz bilik agak besar berbanding yang lain. Selain itu, dengan perkhidmatan lif disediakan, ia amat memudahkan sesiapa yang menginap disini. 

Untuk booking disini, digalakkan untuk menggunakan OYO Apps. Disini, harga yang ditawarkan adalah lebih murah dari hrga walk-in. Dengan lokasi berdekatan dengan pasaraya dan pusat perniagaan menyebabkan ia sentiasa penuh pada hujung minggu. Jadi digalakkan untuk booked hotel ini dengan apps sebelum tiba disini.

Cara booked dengan Apps adalah
1. Install Apps OYO Hotel di Google Store
atau klik link dibawah untuk harga promosi bagi pertama kali booking. 
https://share.oyorooms.com/MUHA22QNW6 or use code MUHA22QNW6.

2. Register maklumat diri anda dalam Apps.
3. Masukkan nama bandar yang ingin dituju dan tarikh penginapan.

4. Pilih antara hotel yang diingini.
5. kemudian, pilih jenis bilik yang diingini.
6. Tekan booked jika sudah pasti. "Booked Now"

Setelah itu, anda akan mendapat wasap atau SMS dari pihak OYO.Reply YA untuk confirm penginapan atau Tidak untuk Cancel.

Pembayaran boleh dibuat secara Walk In atau Online.

Sangat mudah, jadi booked menggunakan Apps untuk mendapat tawaran yang terbaik.

Laluan ke bilik

Harga walk-in Hotel

Pemandangan hotel pada waktu malam.


Antara pemandangan yang dapat diambil sekitar Tanjung Kling dan Pantai Puteri. Disebabkan kawasan pantai adalah bersih dan berteluk, membuatkan ia tempat yang sering dikunjungi orang luar untuk berehat dan berkhemah. 

Terdapat banyak homestay dan hotel yang beroperasi disini jika anda memilih penginapan berdekatan pantai. 







Umur 30 tahun, adalah waktu pertengahan bagi seorang insan. Dia telah melalui zaman kanak-kanak, remaja dan mengenal erti ke-dewasa-an. Waktu dimana ia mengetahui segala yang dilalui itu akam menjadi kenangan yang tidak dapat lagi diulang. Betapa setiap zaman itu, akan mengajar seorang insan erti sebenar kehidupan yang sementara ini.

Masa yang berlalu mencorakkan usia kita didunia. Tiada yang dapat  mengulang masa yang berlalu, dan ia terus berlalu mengikut kehendak Penncipta-Nya, Allah S.W.T. Dalam setiap detik, terdapat suruhan wajib yang diamanahkan kepada setiap insan. Islam mengajar kita erti Rukun Islam yang menjadi pegangan setiap muslim.

1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah
2. Solat Lima Waktu Sehari.
3. Berpuasa pada bulan Ramadhan.
4. Menunaikan zakat.
5. Menunaikan haji jika berkemampuan. 

Kelima rukun Islam ini lah yang memegang tiang tiang akidah untuk seorang muslim. Ia kerana, manusia diciptakan Allah untuk beribadah kepada-Nya. 

Dan tidaklah Aku menciptakan Jin dan Manusia kecuali hanya untuk beribadah kepada-Ku” (QS Adzariyat : 54)

Sejarah penciptaan manusia telah dirakamkan di dalam al-Quran, Allah SWT berfirman melalui surah al-Mukminun, “Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dari tanah kemudian Kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang bertakung (rahim) kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging kemudian dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging kemudian Kami jadikan dia makhluk yang lain (berbentuk) Maha suci Allah Pencipta yang paling baik.”

Indahnya ciptaan Tuhan ini, sehingga kita masih lagi bernafas di hari ini melihat keindahan ciptaan-Mu. 


Warehouse clearance untuk barang sukan berjenama kembali di The Mines. Kali ini, kedai yang menawarkan diskaun adalah Sport Planet. Jika anda memandu disekitar Seri Kembangan, terdapat banyak bunting yang dipasang mengenai jualan warehouse clearance ini. Ia bermula dari 29 November 2019 sehingga 1 January 2020

Sepanjang berjalan disini, terdapat banyak pengunjung yang tertumpu dibahagian kasut-kasut sukan. Cuma bagi saya, lebih banyak menhabiskan masa untuk melihat beg-beg yang digantung sepanjang dinding kedai. Boleh dikatakan, kebanyakka beg galas menawarkan harga yang berpatutan dengan diskaun yang diberi.

Antara gambar yang sempat dirakamkan disini











Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home