Keindahan Ukiran Rumah Kayu di Mini Asean Melaka



Kali ini perjalanan ke salah satu tempat pelancongan di Negeri Melaka, iaitu Mini Asean. Telah lama perasaan dihati ingin kesini, Cuma baru-baru ni diberi kesempatan untuk kesini, alhamdulilah. Salah satu sikap ingin tahu itulah yang membawa kami kesini, untuk melihat apa keistimewaan nya. Setiap saat yang kami habiskan disini membawa erti yang bermakna, dengan setiap ukiran kayu, jenis rumah dan perkara baru yang tidak terdapat dimana-mana tempat lain.

Fave Apps :





Bayaran masuk adalah sekitar RM10-12 untuk seorang dewasa. Cuma kali ini aku menggunakan apps Fave untuk medapatkan tawaran yang menarik. Dari Fave, dalam RM10 dan terdapat pemotongan dari voucher yang diberikan. Lebih banyak penjimatan yang diberikan jika anda redem menggunakan code diatas. 


Semasa masuk, anda akan disapa oleh seorang yang berpakaian tradisional dipintu masuk. Anda boleh memohon phamplet peta untuk memudahkan anda mengetahui kawasan-kawasan menarik. 




Masuk sahaja disini, kami tergamam sedikit dengan senibina rumah-rumah kayu yang terdapat disini. Unik dan tiada ditempat lain. Kami berada di hadapan rumah Panjang bumbong perlis, tepat sebelah kanan apabila memasuki mini asean. Terdapat beberapa pengunjung yang telah pun memasuki rumah dan melawat didalamnya. Tersenyum kami apabila disapa oleh mereka. Setiap bilik yang ada di rumah ini seperti mempunyai “angin” yang melalui setiap rumah. Tidak rasa kepanasan walaupun tiada sebarang kipas yang dipasang. 



Setiap alatan yang dipamerkan adalah barangan lama 60-80an yang susah didapati lagi. Television ini mengingatkan aku tentang kehidupan ku semasa kecil, dirumah Datuk ku. TV seperti ini lah yang menjadi peneman kami semasa kecil apabila pulang ke kampung. Tingkap-tingkap yang terbuka ini juga memberi memori-memori akan kehidupan ku dikampung sebelum ini. Berasa sangat nyaman dan tiada kepanasan disini.  






Setelah itu, kami berjalan ke rumah pulau pinang , Melaka,  



Setiap ukiran dan bentuk unik ini mengingatkan aku zaman kecil dikampung lalu. Seronok bercerita tentang keunikan setiap rumah itu.

Isteri berkata : “Sejuk sahaja disini, walaupun tiada kipas. Ingin sekali berumah seperti ini dikampung”

Kata saya : “Memang selesa, seperti berada dikampung. Ada pokok-pokok sekeliling rumah ini memberi rasa nyaman disetiap penjuru. InsyaAllah. ”




Setiap perjalanan ke rumah-rumah kayu lain memberi kami rasa keterujaan untuk melawat lebih banyak rumah. 


Setiap bentuknya adalah berbeza dari tempat lain. Dan ini yang membuatkan kami seperti berada zaman-zaman dahulu. Tidak ingat penat lelah, berjalan, menaiki tangga dan berpusing disetiap rumah. 

Rumah Brunei



Ya Allah, kami datang untuk melihat keindahan ciptaanmu, pohon pokok yang tumbuh subur, air yang mengalir dengan aturanya dan hasil ciptaan hamba-hamba mu dalam menyiapkan rumah-rumah yang disini. Sunggu terpersona keindahan ini, kadang-kadang aku terbayang sekiranya mempunyai rumah seperti ini di kawasan kampung. Tenang dengan bunyi burung berkicauan dan angin sempoi-sempoi bahasa.



Sepanjang perjalanan ini, aku bersyukur kepada Allah kerana menjodohkan aku kepada isteriku yang memahami sifat ku. Penat lelah yang ada hilang saat senyuman dari pipi nya. Alhamdulilah. Memang dari dahulu lagi, aku ingin sekali berjalan/melihat tempat-tempat baru. Setiap perjalanan yang dilalui itu aku rekodkan dalam apps untuk mengingatkan kawasan yang telah aku lawati. Lebih banyak perjalanan dilalui, lebih banyak pengalaman dibenak fikiran. 




Untuk rumah-rumah negeri, rasanya semua telah kami lawati. Cuma rumah di Asean, hanya dari luar sahaja kami perhatikan, kerana banyak yang masih dalam pengubahsuaian dan banyak yang nampak terlalu gelap untuk dimasuki. Harap, kerajaan Negeri boleh memulihara kembali rumah-rumah ini ke lebih baik untuk masa depan. 



Kawasan ini amat sesuai individu yang ingin mencari ketenangan dari bandar, photoshoot gambar kahwin dan rekreasi.

Terima kasih kerana membaca. 

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment