Hebatnya Buku “Kembara Peniaga Jalanan”


Alhamdulilah, diberi kesempatan untuk menghabiskan buku “Kembara Peniaga Jalanan” yang ditulis oleh Ikram Al-Banjari”. Ia adalah penceritaan Ikram Al-Banjari dalam menempuh dugaan dalam perniagaan yang diceburinya sejak kecil. 


Memang tidak dijangka, aku sendiri dapat menghabiskan membaca buku yang penuh dengan intipati pengalaman ni dalam 2 hari. Siapa sangka, buku ini ditulis oleh seorang yang sangat berpengalaman dalam perniagaan jalanan, pasar malam, pasar lambak, pasar ikan, etc. Segala jenis perniagaan Malaysia ini telah diceburi oleh beliau dan dinukilkan didalam buku ini. Dengan muka depan buku yang agak menonjol, tak salah aku memilih buku ini di Pesta Buku Kuala Lumpur.


Antara point penting yang terdapat dalam buku ini adalah, perlunya kesungguhan dalam perniagaan, dan berani mencuba apabila nampak peluang yang ada. Kata kunci dalam perniagaan adalah mencuba, mencuba, dan terus mencuba. Apabila kita telah biasa dengan alam pernigaaan barulah peluang lain akan terbuka. Perniagaan adalah perhubungan peniaga dan pelanggan. Untuk mahir selok belok perniagaan, maka perlu lah mencuba dengan satu perniagaan dahulu. Ia umpama, perniagaan pertama yang diceburi adalah kunci kepada perniagaan yang lain terdapat di Malaysia.

Konsep buku adalah santai, dengan bahasa yang mudah difahami tanpa memerlukan pembacaan yang teliti. Kerana susunan nya seperti perjalanan cerita, maka sangat mudah untuk memahami Ikran Al -Banjari dari dekat melalui pembacaannya. Setiap yang ditulis nya sangat dekat dengan persekitaran yang kita lalui. Bersyukur dapat membaca antara karya jujur yang ditulis oleh beliau. Ingin sekali berjumpa dengan beliau jika berkesempatan. Boleh dikatakan setiap pengalaman yang diceritakan adalah seumpama kita dapat membayangkan kita sendiri adalah peniaga tersebut.

Ia adalah buku yang terbaik untuk dibaca secara santai, dan paling penting, ia adalah antara buku perlu dimiliki oleh setiap peniaga di Malaysia yang menjalankan perniagaan dijalanan. Ia umpama membuka mata tentang perniagaan yang dipandang remeh oleh masyarakat tapi mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat dilihat oleh semua orang.

Tersedar perniagaan pertama aku yang diceburi sebelum ni adalah jualan pop-corn coklat. Walaupun tidak lama, tapi ia memberi erti bagaimana perniagaan itu bermula. Betullah, apa yang ditulis, setiap perniagaan pasti ada keseronokan sendiri, yang kita akan sentiasa mencuba. Buat masa ni baru sahaja cuba untuk perniagaan bundle online. InsyaAllah, dengan suasana perniagaan sekarang, peluang itu telah wujud, cuma aku sendiri perlu membuka jalannya.

Terima kasih Ikram Al-Banjari kerana menghasilkan sebuah buku yang sangat mudah difahami.
Ia sangat membuka minda. 

Untuk pembaca, yang ingin mendapatkan buku ini, boleh terus ke website Tukul Buku

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment