Pengalaman ke Mapex 2019



Kali ini tergerak hati untuk bersama isteri pergi ke MAPEX 2019 pada 28 April di Midvaley Exthibition Centre di KL. Kerana pertama kali ke sini, jadi agak susah untuk mengagak lokasi exthibition ini. Berdasarkan panduan melalui internet dan juga guide list tenant, maka berjaya juga kami temui lokasi exthibition ini.


Terletak di tingkat paling atas, ia menempatkan berpuluh-puluh exthibition developer yang menawarkan harga rumah dari RM300k sehinggalah RM2 juta. Ia seperti persaingan merebut pelanggan kerana setiap developer akan memberikan handout rumah untuk anda lihat dan pilih. Seperti yang kita tahu, pada masa ini, unit perumahan bertingkat seperti kondominium dan apartment menjadi keutamaan pemaju. Untuk unit landed house, harga nya bermula dari Rm500k. Tidak terjangkau fikiran untuk mendapatkan rumah landed house jika harga nya sebegitu.


Cuma kami tertarik dengan beberapa unit perumahan seperti di Sg Besi, Cheras dan juga Putrajaya. Ia menjadi pilihan kami kerana unit-unit yang ditawarkan mempunyai akses pengankutan awam.  . Berdasarkan penilaian kami, setiap rumah yang terdapat disini adalah jenis service apartment. Ia dilengkapi gym, kolam renang, dan beberapa fasiliti lain. Kebanyakkan rumah berharga RM350K ke atas dan terletak di kawasan bandar yang sedang membangun seperti Kajang, Bangi, Semenyih, Puchong, Ampang. Dengan harga rumah RM350K, anda perlu membayar kira-kira RM1500 sebulan untuk 35 tahun, ini tidak termasuk service maintenance. Jadi pastikan anda melihat semua prospect rumah sebelum membuat keputusan. Rumah adalah liabiliti yang perlu anda jelaskan bayaran sepanjang hidup anda. Jadi buatlah pilihan menggunakan masa yang secukupnya.


Cuma nasihat yang perlu dipegang, jangan terburu-buru untuk booking rumah. Terdapat agen yang akan memfokuskan kepada hard sell, iaitu membayar deposit dahulu, tapi tahukah anda, setelah anda membayar deposit, maka secara rasminya anda telah menyatakan minat untuk mendapatkan rumah tersebut. Dalam beberapa minggu anda perlu memohon pembiayaan bank dan melihat sama ada permohonan anda diluluskan atau tidak. Jadi deposit hanya akan dipulangkan jika permohonan pembiayaan pinjaman anda gagal atau anda meminta pemulangan kembali deposit dalam tempoh masa yang ditetapkan ( Rasanya dalam 24 jam , tapi mengikut pemaju ). Ingat kebanyakkan agen pasti menggunakan Hard Sell ini untuk pembeli rumah pertama. Jadi pastikan anda boleh menilai sebelum menandatangani sebarang dokumen pembelian rumah. 

Walaupun ada beberapa tarikan yang diberikan seperti voucher kupon,diskarun harga rumah melalui putaran, dan bermacam-macam lagi. Ia kerana rumah adalah satu pelaburan panjang yang memerlukan penelitian teliti. Dapatkan seberapa banyak nasihat yang perlu sebelum meneruskan pembelian rumah pertama anda . Anda boleh rujuk dari Loywat Forum untuk lebih lanjut.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment