Penginapan selesa di Oriental Crystal Hotel, Kajang



Antara hotel yang telah aku duduki, hotel ini antara yang terbaik ditawarkan dari segi harga dan bilik yang diberikan. Tak sangka, hotel 4 bintang ini menawarkan harga mampu milik untuk pelanggannya. Kami menempah masuk melalui Booking.com di apps, dan mendapatkan harga bilik yang ditawarkan. Bilik diatas adalah jenis Bilik Deluxe Twin.  (Link Website)

Apps Booking.com di Apps Store. ( Klik untuk ke halaman apps)

Antara sebab utama aku sering menggunakan apps Booking.com adalah mudahnya untuk memilih bilik yang ditawarkan. Fungsi List ni yang membuatkan aku selesa apabila memilih bilik. Disebabkan, harga yang berbeza ditawarkan setiap waktu, maka aku akan pilih dahulu bilik mengikut tarikh yang diingini dan saved bilik yang diingini. Sebagai contoh, kita oleh menyemak pilihan kita mengikut hari. Ini atara caranya yang aku gunakan untuk mendapatkan tawaran bilik istimewa. Apabila kita booking dahulu bilik, harga yang ditawarkan adalah lebih murah, berbanding walk in. 


Web Booking.com

Harga bilik untuk rujukan ( Dengan Sarapan atau tanpa Sarapan)

Oriental Crystal Kajang adalah terletak berdekatan dengan MRT Kajang dan Metro Plaza Kajang. Lokasi nya adalah strategik kerana di tengah bandar, Cuma jalan masuk ke sini agak berliku kerana dipenuhi kedai di kiri dan di kanan. Parking disediakan ditingkat bawah, yang mana anda perlu mengambil kupon di pintu halangan dan membawa kupon untuk disahkan di kaunter penginapan tanpa bayaran asalkan anda adalah penginap dihotel ini. Staff hotel disini sangat ramah dengan pelanggan dan memang mereka adalah terlatih dalam perhotelan.



Antara kelebihan hotel ini, adalah kelengkapan biliknya adalah sempurna dari segi hiasan dan susun aturnya. Ia seperti telah diperbaharui dengan tv lcd, katil yang empuk dan bantal yang lembut. Walaupun ia kelihatan sunyi, namun, terdapat banyak penginap diwaktu malam. Tanda kiblat turut terdapat disini, peti ais, sterika, peti besi dan alat kawalan air-condition. Ia mempunyai view sekitar yang menarik, atara gambar yang dapat diambil adalah seperti dibawah.





Cuma untuk penginap hotel, jika anda akan terdengar bunyi bising compressor dari atas pada waktu siang. Jadi, pilihlah untuk menginap di level bawah sedikit, kerana pada waktu malam ia akan menjadi lebih kuat. Pihak hotel akan menukar bilik baru dengan percuma untuk anda.


Di tandas, disediakan tub mandi, dan air pancuran air panas. Susun aturnya kelihatan seperti dihotel baru. Terdapat juga kolam renang dan gym dibawah untuk pengunjung hotel.




Pada waktu pagi, breakfast disediakan, ada banyak pilihan seperti dibawah. Machine minuman caffe, coppucino, mocha disediakan. 







Jadi apa tunggu lagi, untuk pengunjung yang ingin singgah di Putrajaya/Cyberjaya/Kajang, ini atara hotel yang menawarkan tawaran yang terbaik untuk mendapatkan tidur yang selesa dimalam hari.



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment