3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor



Baru-baru ni terasa hendak pergi bercuti-cuti ditempat yang tidak pernah dikunjungi. Rancangannya adalah pulau di semenanjung, jadi pilihan bersama yang kami buat adalah ke Pulau Pangkor.. Walaupun kami menetap di Perak selama 5 tahun semasa belajar disana, namun tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke pulau ini.

Bagi yang menetap di Melaka, jarak perjalanan dari sini ke Lumut adalah kira-kira 4 jam jika melalui lebuh raya. Kos perjalanan tidak lah mahal, jika dicampur dengan minyak dan tol pergi balik hanyalah dalam RM 80. Jadi dengan persiapan bersama isteri, bertolak lah kami ke sana menaiki kereta.


Dalam banyak banyak tempat kenapa nak pilih Pulau Pangkor. Ada lagi pulau yang orang kata best macam Pulau Perhentian, Pulau Rendang, Pulau Langkawi. Sebab utamanya adalah jarak perjalanan kesini dan memang nak cari tempat yang santai-santai tanpa perlu bergerak jauh. Lagipun jika dikira perjalanan ulang balik pun dah mengambil 1/2 hari. Jadi kurang sedikit kepenatan semasa memandu.

Kalau sesiapa yang pergi Pulau Pangkor ni mesti tak tahu nak buat apa kan. Jadi kali ini saya terangkan apa yang boleh dibuat sini.. Dari penginapan, pusat membeli belah sehinggalah aktiviti yang boleh dilakukan disini. Jadi anda tidak perlu bergantung kepada agent pelancongan untuk membuat keputusan jika melancong disini.

Lokasi Pulau Pangkor adalah di Perak, daerah Manjung. Untuk ke sini, anda boleh memilih sama ada menggunakan feri di jeti Marina atau Lumut Waterfront. Macam saya dan isteri, kami memilih untuk pergi ke Lumut Waterfront kerana terdapat parking bertingkat. Jadi mudah untuk meletakkan kereta dengan selamat. Bayaran parking dikenakan berdasarkan hari. Anggaran dalam RM6 satu hari (Overnight).

Jadi kalau hotel, banyak orang akan pilih dekat chalet dan dekat pantai. Namun kali ni, kami pilih tempat yang happening sikit, Coral Bay Resort. Jarak pantai Bogak dan Hotel adalah kira-kira 300meter, tapi yang penting, suasana bilik yang sunyi pada waktu malam dan tiada nyamuk walaupun balkoni terbuka pada waktu malam. Ini yang membuatkan aku memilih penginapan disini. Kalau ada yang bawa anak-anak, boleh lah menginap ke sini, kerana terdapat swimming pool diground floor untuk penginap hotel. Cuma, pastikan anda booked dahulu online, kerana harga walk in dan harga online adalah sangat berbeza. Nanti kami ceritakan bagaimana untuk mendapatkan kadar yang lebih murah di online.

Hari Pertama



Perjalanan kami bermula dari Melaka (9oagi) dan tiba di Lumut Waterfront dalam kul 3 petang. Kalau yang terus drive tanpa berhenti RnR boleh lebih cepat lagi sampai. Pemanduan kami adalah santai sambil melihat keindahan alam. Cuma nasihat saya, pastikan anda mengikut jalan Ipoh-Lumut, kerana kondisi jalan yang lebih baik berbanding jalan exit Sungkai- Teluk Intan -Lumut. Disebabkan pemanduan yang agak lama, pastikan bekalan makanan ringan seperti kekacang dan minuman terseda, jika tidak pasti anda mengantuk dengan perjalanan di jalan yang lurus ini.

Setelah kami tiba di lumut, perkara pertama yang kami lakukan adalah mencari parking. Disini terdapat bagunan parking bertingkat. Terdapat kira-kira 5 tingkat, jadi boleh la pilih di tingkat mana yang ingin anda parking. Terdapat kemudahan lif disini.


Selepas parking di parking bertingkat, kami berdua terus berlari-lari anak ke Jeti Lumut. Risau jika tiada feri, tapi lega kerana feri ada setiap 1 jam sehinggalah pukul 8 malam. Dekat sini, akan ada beberapa orang akan mendekati kami untuk menawarkan pakej sewa motor, sewa kereta, dan sebagainya. Cuma kami tak ambil semua pakej sewa kenderaan semua tu disini, sebab ingin ambil terus di Pulau Pangkor. Jika anda tidak ingin mengambil sebarang pakej disini, hanya beritahu semuanya telah tersedia di Pulau Pangkor.

 Dekat Jeti Lumut, ada beberapa kaunter menjual tiket feri. Harga pergi balik adalah RM14 per pax. Kemudian kami, terus berjalan masuk ke Jeti kerana Ferry sedang menunggu.


Perjalanan ke Pulau Pangkor memakan masa dalam 30-40minit. Tapi jika anda rasa bosan didalam feri, anda boleh keluar berjalan-jalan di luar anjung ferry. Cuma bunyi engine ferry yang agak membingitkan. Suasana disini sangat tenang dengan pemandangan kem tentera laut di Lumut. .

Bagi kami, duduk didalam feri yang disejukkan dengan air condition sudah mencukupi. Yang penting tiba di pulau pangkor dengan selamat.









Bersambung ke part 2.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment: