Bangi Wonderland Water Themepark


Waktu cuti persekolalah andalah masa yang sesuai digunakan untuk aktiviti bersama anak-anak. Disamping dapat merehatkan diri, kita jugak dapat bermain air dengan puas. Terdapat beberapa taman tema air di Selangor, cuma kali ini, kami telah pergi ke  Taman Tema Air Bangi Wonderland yang terletak di Bangi Avenue.   

Water Theme Park

Kali ini pihak Company telah melakukan team building di sini. Jadi dapat lah melihat apakah yang terdapat disini. Selain itu, ia merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki disini. Untuk parking, anda boleh meletakkan kereta di parking bertingkat disini yang bayaran menggunakan kad touch n go atau tiket parking. Cuma anda boleh jugak meletakkan kenderaan diluar taman tema ini ( sekitar tepi jalan ) jika mahu berjimat. 

Peta Taman Tema
Peta Taman Tema Bangi Wonderland. Boleh dikatakan terdapat banyak tarikan disni jika melihat kepada peta yang dipamerkan. Pastikan anda membawa payung kerana cuaca disini agak panas dan kurangnya pokok-pokok. 

Hari Pendaftaran 

Team di Tempat Kerja

Harga tiket adalah RM 55 untuk seorang dewasa. Namun, terdapat promosi dimana untuk 2 orang adalah RM 80 (Hari biasa) dan RM90 (Cuti Sekolah ). Untuk 6 Month Unlimited Pass, RM95 dikenakan untuk dewasa dan RM85 untuk kanak-kanak.

Unlimited Pass Promotion

Team Building OHTA PRECISION 

Tarikan utama disini bagi kanak-kanak adalah "Kids Adventure". Disini kebiasaanya, ia adalah tempat tumpuan disini.

Untuk makanan pulak, sudah pastilah harga nya agak mahal sedikit. Namun terdapat beberapa cafe yang anda boleh lawati. Cuma kami hanya bertumpu di cafe ini kerana ia adalah yang terdekat.  Harga boleh didapati digambar bawah. 


Untuk permainan yang menjadi tumpuan adalah Magic Funnel, Insane Racer, Anaconda Trails, Body Slide, Boomeriang, Green Pearl, dan Pirates Spa. Setiap permainan disini mempunyai had limit berat. Kebanyakkan adalah tidak melebih 80kg. Jadi, kami lebih banyak berendam saja disini. Cuma jika anda malas hendak berjalan-jalan jauh, pergi sahaja ke Pirates Spa yang berupa jakuzi yang memberi keselesaan semasa berendam disini. Ia berdekatan cafe ini.


Magic Funnel , Insane Racer 

Pemandangan Sekitar Cafe 

Pirates Bay dan Meander River
Antara tips yang boleh digunakan adalah semasa tiba disini, boleh lah anda chup tempat di meja makan di cafe ini. Cafe ini adalah cafe terbuka, dimana ia berbumbung. Letakkan barang anda di meja sini kerana ia sentiasa penuh semasa waktu tengah-hari. Untuk barang berharga boleh disimpan dilocker yang berharga sekitar RM10-RM30 ( Mengikut saiz ).

 Pelampung jugak boleh disewa yang berharga RM15 dan deposit RM10. Cuma bila dah sewa pelampung, perlu bawa kemana yang anda pergi jika tidak pulangkan kembali, maka deposit akan burn.

Cafe dan tempat makan di Bangi Wonderland
Yang penting sekali, jangan lupa untuk menggunakan sun lotion. Jika tidak, pasti anda sedar perbezaan kulit anda pada hari ini dan keesokkan harinya. Itulah coretan kali. Terima kasih kerana membaca

Setiap perjalanan itu adalah satu memori.  Jadi "Bring your memories Home " 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment