Pasar Besar Kajang terletak berdekatan Hospital Kajang dan Metro Point Kajang. Lokasinya ditengah-tengah pekan menjadikan ia satu tempat tumpuan pada masa hujung minggu untuk para pembeli membeli belah. Segala barang keperluan memasak boleh didapati disini, dari ayam segar, santan, jintan manis, herba, buah buahan, sayuran, dan pelbagai lagi. 

Walaupun dari jauh, pasar ini nampak lama, tapi ia telah dimodifikasi berulang kali  untuk keselesaan pengguna. Jejambat turut dibina untuk menghubungkan bahagian atas pasar dengan jalan yang menghadap MetroPoint. Ia telah beroperasi lebih dari 20 tahun dan masih lagi kekal relevan untuk penduduk setempat. 



image dari https://www.klik.com.my/item/story/5938956/nafas-baru-pasar-kajang

Anta yang uniknya disini, bahagian bawah adalah untuk barang basah dan bahagian atas pasar menempatkan jualan pakaian. Terdapat banyak penjual disini, jadi anda boleh memilih bahan mentah yang paling segar mengikut kaca mata anda. 

Dibahagian luar pasar terdapat banyak penjual sarapan pagi seperti nasi lemak, kuih muih, susu dan turut terdapat peniaga ikan hiasan yang telah dipack untuk memudahkan pengguna memilih. Cuma dinasihatkan, apabila datang kesini, pastikan anda memakai pakaian yang biasa , kerana bilangan pengguna adalah agak sesak dan anda mungkin bertembung bahu ke bahu semasa berjalan disepanjang deretan peniaga ini. 

Untuk kemudahan pengguna, terdapat parking bertingkat MKH yang terletak bersebelahan pasar ini. Jadi anda tidak perlu risau dengan keadaan kereta anda. 








Promosi hanya pada 29 November 2019 sahaja untuk Dinner Plate Combo. RM15 sahaja.

Semasa di KFC Aeon Cheras Selatan.




Masjid Taman Sutera masih lagi dalam pembinaan. Ia terletak  berdekatan Kawasan Perindustrian Bukit Angkat dan sebelah surau Taman Sutera. Sepanjang pembinaan masjid, masih lagi boleh berwakaf. 

Wakaf merupakan salah satu cara ibadah atau cara menghampiri diri kepada Allah(taqarrub ilallah)menerusi harta kekayaan. Wakaf juga merupakan salah satu ibadah yang awal di dalam Islam yang diizinkan oleh syarak. (https://www.ywm.gov.my/wakaf/pengenalan

Dalil Pensyariatan.
Surah Al-Baqarah, ayat 261:
Bermaksud:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meluputi ilmu pengetahuanNya.
Surah Ali ‘Imran, ayat 92:

Dari Abu Hurairah RA., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya
 Hadith Riwayat Muslim

Untuk berwakaf, boleh rujuk gambar dibawah.



Lokasi masjid boleh rujuk peta dibawah :

Antara gambar yang sempat diambil






Galeri Muzik yang dipamerkan diMuzium Negara adalah satu lagi tarikan untuk kesini pada musim sekolah. Selalunya, terdapat pameran tambahan selain dalam bagunan muzium. Lokasinya adalah di bahagian luar bagunan, yang anda perlu berjalan kira-kira 30 meter.

Ia menempatkan segala jenis alat muzik yang digunakan di setiap Negeri di Malaysia. Uniknya, setiap negeri mempunyai alat muzik yang tersendiri. Dari rebana, kompang, gendang, gong, rebana dan bermacam-macam lagi. Penilulis sendiri tidak mengenali semua jenis alat ini jika tidak mengunjungi galeri muzik ini.

Lokasi Galeri Muzik di Muzium Negara
Setiap alat muzik, diceritakan sejarah yang dikaitkan dengannya.  Jadi ia memudahkan pengunjung yang ingin memamhi secara mendalam. Setiap alat muzik akan menghasilkan melodi dan nada yang unik bagi penggunanya, dimana ia selalu dimainkan semasa majlis keramaian, perkahwinan dan upaca melibatkan raja-raja. Sebenarnya tradisi memainkan alat muzik ini turun dari generasi ke generasi, kerana budaya orang Melayu mempunyai sifat kesenian yang tinggi nilainya. Antara yang biasa kita dengar alunan bunyi kompang semasa majlis perkahwinan.

Penulis sendiri sangat tertarik dengan Kompang yang dipamerkan disini. Teringat zaman kanak-kanak apabila mengikuti rakan sebaya maasuk ke kelas muzik diwaktu petang. Bermain kompang untuk majlis sekolah dan jugak majlis di sekolah yang lain. Setiap kompang sebenarnya dibuat dari kulit lembu atau kulit kambing yang telah dikeringkan. Dengan penjagaan yang elok, ia boleh bertahan bertahun-tahun. Jika ingin memastikan kompang yang ada dalam keadaan yang tegang, perlunya menjemur kompang untuk beberapa minit di panas terik matahari. Faktor yang kecil dan mudah dipegang, membolehkan ia menjadi salah satu alat muzik yang sangat mudah dimainkan oleh sesiapa. Cuma, ia perlu dimainkan beramai untuk mendapatkan alunan nada yang menarik.

Bagi penulis terasa gembira apabila melihat pengunjung dari usia kanak-kanak sehinggan golongan emas yang berminat melawat ke sini. Melihat dari pandangan, rasanya semua nya ingin meneroka kesemua alat-alat muzik yang berada disini, namun hanya boleh melihat dari pameran yang dipamerkan sahaja.

Antara gambar yang sempat penulis rakamkan semasa disini.

Ruang Pameran Muzium

Serunai dan Canang

Ruang Pameran Galeri

Susun Atur Galeri Muzik
Diharapkan galeri muzik yang dipamerkan disini akan terus dikekalkan dijadikan sumber didalam buku-buku untuk para remaja di zaman persekolahan. Ini kerana alat muzik yang dihasilkan adalah unutk dan setiap irama dan melodi yang dimainkan tidak akan sama dengan alat muzik moden yang dimainkan pada zaman sekarang.


Buat masa sekarang sehingga 28November 2019, Burger King menawarkan promisi beli satu percuma satu untuk Whopper. Harga adalah RM 10.60 setiap ala carte.

Nak tahu macam mana saiz nya. Ia berukuran 5 inci. Kenyang sesiapa yang memakannya.





Unifi untuk pakej langganan Mobile package hanya RM59 dengan kontrak selama 12 bulan. Lebih jimat dengan unlimited data untuk digunakan.

Setahun kira-kira RM708 dibelanjakan.  Rasanya ini lah pakej yang ditunggu oleh ramai pelanggan. Ia berakhir pada Bulan December 2019. 

Seminar Percuma oleh NIOSH pada 28 Nov 2019. Sijil disediakan.
Untuk pendaftaran : http://intranet.niosh.com.my/ikkpn/kalendar%20kursusV2.nsf/index%20niosh?OpenFrameset


Kaison adalah jenama brand Malaysia yamg telah wujud sejak 2008. yang menjual barangan perhiasan rumah dan hadiah. Sekarang kebanyakkan outlet tertumpu di pasaraya besar dan hiasan dalamanya pasti membuatkan anda tertarik untuk datang ke sini.

Motto “To Make Good Design Affordable to As Many People As Possible”  memang telah membantu rakyat Malaysia mendapatkan barangan hiasan ini dengan lebih berpatutan. Kebanyakkan outlet yang telah kami lawati, barangan nya agak berbeza dari segi wallpaper dan bunga yang dijual. Jadi disinilah pilihan kami untuk mendapatkan barang perhiasan rumah. 





Antara pusat beli belah yang baru sahaja wujud di area Seri Kembangan adalah Amerin Mall. Lokasinya berdekatan Econsave dan Aeon Cheras Selatan. Dengan lokasi yang bersebelahan lebuhraya Silk, maka ia mudah dijumpai. Ia merupakan pembagunan bersepadu yang menempatkan apartment service dibahagian atas dan pusat beli belah dibahagian bawah. Dari jauh, anda akan nampak ada dua menara service apartment yang mempunyai 304 unit setiap satu.


Amerin residence apartment yang menariknya adalah ia turut mempunyai taman riadah dan ianya menyediakan zon riadah seperti kolam renang. Jadi dengan kemudahan pusat beli belah dibawah, pemilik apartment  boleh terus turun ke shopping mall. 




Pembinaannya bermula sejak tahun 2014, dan siap sepenuhnya pada tahun 2017. Melihat kepada keadaan sekitar, terdapat pembagunan yang bersebelahan bagunan yang turut menempatkan apartment service. Jika diikutkan antara kedai yang terdapat di mall ini adalah Burger King, Chef Ben Dinner, SKM Market, Yeoju BBQ, pusat reflekseologi, Kedai Aneka, Supersave, 7eleven, Kedai Computer Canon dan Amerin Cineplex. Ia penuh dengan kedai yang anda boleh dapatkan sebarang barang keperluan. Cuma kedai pakaian dan elektrik amatlah kurang disini, yang mana terdapat beberapa kedai kecil yang menyewa tapak untuk jualan cadar, baju baju wanita. Cuma yang menjadi pilihan pastilah kedai makan iaitu Burger King dan Chef Ben Dinner yang menjadi tumpuan setiap hujung minggu.





















Terdapat parking bawah tanah, yang mana harga nya adalah RM1 bagi 3 jam pertama. Selain itu. Kompleks ini selalu nya mengadakan acara-acara tertentu seperti Karnival Thai Food yang baru sahaja berlangsung.










Alhamdulilah, dikurniakan kesihatan untuk menulis coretan kali ini. Jika melihatkan perkembangan, banyak yang boleh ku tuliskan untuk tantapan pembaca. Rasanya, sudah hampir 6 tahun bekerja di industri. Banyak asam garam kehidupan sudah dilalui. Benarlah, kehidupan itu satu anugerah Allah berikan kepada hamba-hambanya. Setiap yang bernyawa itu pasti ada tujuan diciptakan dimuka bumi. Setiap masalah yang berlaku pasti ada hikmahnya, dan sudah pasti akan lahir penyelesaian.

Lihatlah masalah dengan pandangan mata hati,  kita pasti akan banyak bersangka baik dan berdoa. 

Dikala aku menulis, terdengar bunyi gurauan rakan-rakan, yang menjadi perhatian orang ramai. Pada zaman sekarang, sudah menjadi satu budaya dimana FB menggantikan interaksi sesama manusia, dimana rakan maya di anggap sebagai rakan sebenar tetapi rakan dialam nyata tidak dihargai. Kita terlalu ingin menunjukkan kehidupan kita yang baik dengan jumlah like yang kita terima dalam setiap post di FB. Setiap like yang menunjukkan diterima populariti bagi seseorang dan lebih banyak dia terima, semakin banggalah empunya diri. Pada masa hadapan, apa yang tinggal, hanyalah rekod like yang tiada makna dalam kehidupan seseorang.

Indah hidup ini jika kita bersyukur dengan apa yang kita ada.  Dari kesyukuran itu, lahirlah erti cinta kepada pencipta kita.




Antara pusat beli belah yang terdapat di KL Sentral, ia menempatkan berpuluh kedai dan juga panggung wayang.

Dibuka setiap hari dari pukul 10pagi sehingga 10 malam, ia merupakan pusat beli belah yang bersampung dengan KL sentral. Jadi bagi penginjung, agak mudah untuk tiba ke sini dengan menaiki mrt, ktm dan lrt.

Disini, terdapat banyak pilihan kedai makanan seperti Chicken Rise Shop, The Manhattan, Subway, Sushi King, Starbuck, Sakae Sushi, Peranakan Place, Nasi Kandar Kayu dan lain lain. Selain itu, Parkson turut beroperasi disini.



Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home