Colour Fun Run Rembau 2019


Telah lama tidak menyertai larian beramai-ramai, rasanya kali terakhir adalah pada Ipoh Run 2012. Itulah kali terakhir sehinggalah masuk tahun 2019. Jadi kali ini, aku akhirnya mendaftar diri untuk suatu acara larian beramai-ramai yang diadakah di daerah Rembau. Jauh perjalanan kali ini untuk tiba disana, disebabkan ingin sekali mencari sedikit kelainan kerana tidak pernah lagi tiba di Rembau sebelum ini.

Pengambilan kit dilakukan sehari sebelum acara larian.




Acara larian kali ini dinamakan sebagai Karnival Rembau 2019 yang diadakan di Pusat Memandu Rembau dengan sokongan beberapa badan NGO dan sponsor individu. Peserta larian pula perlu mendaftarkan diri di Jom Apps dengan bayaran mengikut kategori yang didaftar. 



Acara larian bermula pada pukul 7.40 pagi, dengan kehadiran Adun, untuk merasmikan acara larian ini. Cuma para peserta dimint berkumpul pada pukul 6.30pagi untuk melancarkan perjalanan majlis. Selain itu, sebelum acara larian dimulakan, terdapat acara senam robik untuk memanaskan badan supaya otot-otot tidak tercedera semasa larian berlangsung. Ia benar-benar sebuah pengalaman yang menarik dimana jarang sekali rasaya dapat menyertai acara senam robik beramai-ramai seperti ini.


Setiap orang ada cara sendiri untuk menghilangkan rasa stress yang ada disetiap diri masing-masing. Rasanya inilah larian inilah yang benar-benar membuatkan segala masalah diminda hilang sekelip mata. Biasanya perkara yang membuat aku hilang stress adalah dengan berjalan-jalan di sekitar pasaraya, taman-taman dan tempat-tempat menarik, cuma kali ini, rasanya larian adalah salah satu terapi stress yang sangat berkesan.

Dengan kepenatan yang amat sangat, segala keringat tertumpu untuk menamatkan larian dalam masa yang ditetapkan. Bila dapat berlari ini, terasa indahnya kawasan disekitar Rembau ini. Kebanyakkan rumah-rumah yang dibina mempunyai laman yang agak luas dan kawasan yang laluan trek yang berbukit-bukit menampakkan struktur rumah yang dibina agak unik berbanding tempat lain.



Terdapat banyak gerai atau booth yang dibuka sepanjang karnival ini berlangsung. Rasanya tidak lengkap karnival tanpa penyertaaan gerai makanan yang dibuka disini. Antara yang menjadi tumpuan pastilah gerai air minuman yang menjadi tumpuan setiap pelari yang menamatkan larian.

Yang paling pemting dalam larian ini, bukanlah masa yang diambil, tetapi kemampuan untuk menamatkan larian. I am finisher. 😁


Semoga acara larian seperti ini lebih banyak diwujudkan untuk melahirkan insan yang sihat dari segi jasmani dan emosi. Bagi aku, ini adalah permulaan dalam perjalanan aku untuk menjadi lebih sihat.

Terima kasih kepada krew Jom Managment yang berjaya menganjurkan program ini dengan sempurna dan juga Pusat Memandu Rembau yang merupakan venue Karnival Rembau ini.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment