Kehidupan satu Anugerah


Alhamdulilah, dikurniakan kesihatan untuk menulis coretan kali ini. Jika melihatkan perkembangan, banyak yang boleh ku tuliskan untuk tantapan pembaca. Rasanya, sudah hampir 6 tahun bekerja di industri. Banyak asam garam kehidupan sudah dilalui. Benarlah, kehidupan itu satu anugerah Allah berikan kepada hamba-hambanya. Setiap yang bernyawa itu pasti ada tujuan diciptakan dimuka bumi. Setiap masalah yang berlaku pasti ada hikmahnya, dan sudah pasti akan lahir penyelesaian.

Lihatlah masalah dengan pandangan mata hati,  kita pasti akan banyak bersangka baik dan berdoa. 

Dikala aku menulis, terdengar bunyi gurauan rakan-rakan, yang menjadi perhatian orang ramai. Pada zaman sekarang, sudah menjadi satu budaya dimana FB menggantikan interaksi sesama manusia, dimana rakan maya di anggap sebagai rakan sebenar tetapi rakan dialam nyata tidak dihargai. Kita terlalu ingin menunjukkan kehidupan kita yang baik dengan jumlah like yang kita terima dalam setiap post di FB. Setiap like yang menunjukkan diterima populariti bagi seseorang dan lebih banyak dia terima, semakin banggalah empunya diri. Pada masa hadapan, apa yang tinggal, hanyalah rekod like yang tiada makna dalam kehidupan seseorang.

Indah hidup ini jika kita bersyukur dengan apa yang kita ada.  Dari kesyukuran itu, lahirlah erti cinta kepada pencipta kita.



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment