Muzium Rembau dan Adat Pepatih


Apabila tiba di Rembau, jangan lupa untuk singgah Muzium ini. Muzim ini adalah replika Istana Raja Melewar yang merupakan Dipertua besar Negeri Sembilan yang pertama dan uniknya ia dibina di atas tapak istana lama ini. Terletak di Kampung Nerasau, Rembau.Kali ini, sempat singgah sebentar di sini setelah selesai larian untuk Karnival Rembau.




Muzium ini menjadi tempat rujukan tentang asal-usul Negeri Sembilan. Terdapat artifak dan peninggalan sejarah yang boleh mejadi rujukan pengunjung yang tiba disini. Antara yang menjadi perhatian adalah galeri Dato’Undang dan galeri Y.T.M Dato’ Lela Maharaja yang merupakan undang luak rembau yang ke-21 (sekarang). Kebanyakkan sejarah tokoh ini dimuatkan ke dalam galeri di muzium ini.





Aama Rembau turut diterangkan, dan secara ringkasnya ia diambil dari nama pokok Merbau, yang ada disini. Cuma details mengapa dari Merbau jadi Rembau, kena lah datang mentelaah disini untuk ketahui lebih lanjut.

Dibahagian galeri Dato’Undang, terdapat lebih banyak menceritakan mengenai asal-usul pentadbiran di Rembau. Dari pingat kebesaran, pelajaran sehinggalah jawatan yang pernah dipegang. Terdapat beberapa artifak yang memberi lebih kefahaman mengenai sejarah Dato’Undang.

Di bahagai galeri Y.T.M Dato Lela Maharaja pula banyak memuatkan sejarah kehidupan beliau sendiri. Artifak-artifak sejarah Negeri Sembilan, dan replika batu timbang yang digunakan pada zaman dahulu turut terdapat disini.




Sedikit info mengenai batu timbang adalah berasala dari Alam Minangkabau, Sumatera Barat Indonesia. Batu ini dijadikan ujian kepada anak-anak raja di sana.. Hanya anak raja yang berjaya lulus dari ujian ini boleh ditabalkan menjadi Raja. Antara ujian yang ditulis adalah anak-anak raja ini harus tidur di batu ini dilapik dengan daun ‘jelatang’ yang sangat gatal. Hanya yang berjaya bertahan dalam tempoh masa yang ditetapkan dianggap sebagai lulus. Mengikut rekod, Raja Melewar telah lulus ujian ini dan ditabalkan sebgai Raja Negeri Sembilan pada masa dahulu.


Keunikan Negeri Sembilan adalah adat perpatih yang masih lagi diamalkan sehingga sekarang. Disini, segala maklumat yang berkaitan asal usul penubuhan nya di terangkan secara mudah difahami. Sebagai contoh kedatangan Raja Melewar ke Rembau dan undang luak. Selain itu, ciri-ciri bagunan atap rumah yang berunsur kan seni orang Minangkabau, dan agak unik. Antara gambar seni ukiran kayu dapat dirakam kan lensa kamera.





Terdapat banyak info yang diperolehi semasa berada disini, dan terdapat staff yang akan membantu anda apabila anda ingin lagi memahami mengenai asal-usul Negeri Sembilan. Semoga, muzium ini ditambah baik lagi dari masa ke semasa, kerana terdapat beberapa bahagian yang agak kosong kerana masih lagi diperbaiki dan bahagian artifak yang amat kurang seperti pakaian-pakaian yang digunakan oleh orang Minangkabau pada masa dahulu. . Walaubagaimanapun, struktur bagunan adalah sangat untuh ditambah ukiran kayu yang menjadi penghias kepada rumah ini.

Waktu Operasi adalah dari pukul 10 pagi sehingga 5 petang. jika hendak ke sini, cari sahaja Muzium Rembau di google maps, pasti anda akan tiba disini.




Mari kita kunjungi Muzium. 😁
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment