Nash Bistro, Kajang : Terbaik


Jika ingin makanan mamak yang terbaik disekitar Kajang, apa kata singgah sebentar di Nash Bitro. Terletak di Pearl Avenue, Sg Chua ( Nash Bistro FB : https://www.facebook.com/nashbistro/ ), ia antara kedai mamak yang baru sahaja dibuka sejak 2018, dengan memperlihatkan ruang dekorasi berunsur moden untuk pelanggannya.


Dibuka 24 jam, maka ia menjadi tumpuan kerana keenakan makanan yang dihidangkan, dan kebersihan yang tetjaga.


Menu kali ini adalah Nasi Kandar iaitu ayam masak kari, kacang panjang goreng dan telur dadar goreng . Harga RM8.90. Agak berpatutan dengan hidangan yang diambil. Ternyata rasanya memang sedap.




Walpaper makanan yang ditampal disekeliling dinding, ia memberikan satu keinginan untuk merasa semua makanan yang ada disini. Betullah, kata orang, psikologi minda adalah peranan utama yang menyebabkan rasa lapar ini.

Selain menawarkan nasi kandar, restoran ini juga turut menghidangkan makanan barat dengan variasi sendiri. Melihatkan gambar menu ini, ia boleh dikatakan berpatutan dengan harga yang ditawarkan.







Jika anda singgah disini pada waktu malam, keadaan agak ramai dengan kehadiran anak muda yang bersantai bersama rakan mereka disini.

Jadi jangan lupa singgah apabila tiba disini. 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment