Restoran Serai' Sg Balak, Kajang


Antara restoran pilihan bersarapan di Kajang adalah Restoran Serai’. Ia bukanlah franchise yang terkenal itu, tetapi salah satu restoran yang terdapat di Kajang. Dengan menu pilihan dari mee goreng, nasi lemak, spagheti, koey teow goreng, ia antara makanan masakan melayu yang menjadikan restoran ini popular dikalangan penduduk setempat.


Dibuka setiap hari untuk sarapan pagi, ia salah satu spot pilihan bagi penulis semasa cuti hujung minggu untuk singgah kesini. Yang paling penting, kebersihan restoran ini amatlah terjaga. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dengan lokasi di Kajang.

Antara makanan pilihan penulis adalah nasi lemak. Cuma kali ini, penulis tiba agak lewat ke sini, jadi telah banyak pilihan makanan yang telah habis. Pada waktu 10.30 pagi, kebanyakkan pekerja sedang bersedia untuk menyiapkan makanan tengah hari disini.


Harga yang ditawarkan adalah agak murah menyebabkan ia salah satu faktor ia menjadi pilihan pengunjung ke sini. Antara menarik perhatian adalah menu ikan bakar dan ayam goreng berempah. Ia pasti menggamit rasa jika dimakan bersama belacan.

Menu Pagi
Menu Tgh Hari

Menu Tgh Hari

Jadi jika anda ingin merasai makanan setempat disini, jangan lupa singgah disini. Terdapat jugak pilihan kuih muih untuk pelanggan yang ingin makan ringan disini. Selain makanan masakan melayu menjadi pilihan keluarga untuk bersarapan disini, ia turut menawarkan variasi roti canai yang dimasak apabila di-order. Sudah pastinya bagi penulis, ia adalah checklist untuk pelanggan yang tiba di Kajang.




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment