Shopping di Bangi Gateway


Perjalanan kali ini adalah ke Bangi Gateway, di Bandar Baru Bangi yang merupakan pembagunan berkelompak dengan Bangi Apartment residence. Ia adalah pusat perniagaan yang didominasi pelbagai peniaga tudung, baju kurung, dan restoran-restoran. Jadi sekiranya anda ingin mencari pakaian wanita, disinilah satu tempat pilihannya. Terdapat beberapa butik yang membuka kedai disini yang pastinya menawarkan promosi yang menarik.


Pilihan kedai makan dan pelbagai variasi pakaian wanita, menyebabkan pusat perniagaan ini menjadi tumpuan dikalangan orang melayu. Boleh dikatakan 80% peniaga pakaian disini adalah dari orang Melayu. Jadi dengan pelbagai rekaan terbaru dan pilihan yang banyak, sudah pastilah ia rambang mata bagi perempuan yang tiba disini.

Agak menarik disini, adalah ia turut menempatkan beberapa restoran yang popular, iaitu Burger King, Kenny Rogers Roaster, Secret Recipe, Jaya Grocer, MOH, Sushi King, Mr Diy, John Glory Coffee. Turut terdapat kedai buku MPH disini yang sentiasa dikunjungi orang ramai. Antara pilihan butik yang menempatkan kedai disini adalah CK Rahim, Butik Muslimah Jennifer Collection, Fresco tailor, Quzan, Shazmin, Batik Plaza, Syazara dan banyak lagi jika ingin ditulis. Farmasi, Kedai Cermin Mata dan kedai hadiah/Florist turut terdapat disini di bahagian ground floor. Jadi jika anda ingin mendapatkan bunga untuk buah hati, rasanya disini tempat yang anda boleh dapatkan.



Sudah pastinya, antara kedai pilihan, MPH adalah tempat yang pertama sekali dituju. Beberapa buku yang menarik hati pernulis adalah dari Penulis Hilal Asyraf iaitu “Sebelum Kita Bernikah” yang memang adalah buku top seller sebelum ini. Bagi pemuda yang ingin berkahwin, rasanya inilah buku yang perlu anda baca untuk anda mengenali pasangan anda dan merancang dalam perkahwinan. Banyak isi buku ini yang memberi pengetahuan berharga untuk pasangan yang bakal berkahwin atau sudah berkahwin. Ia seperti satu refreshing untuk setiap insan. Terima kasih saya ucapkan kepada Hilal Asyraf yang menghasilkan buku ini.


Semasa berjalan disini, tersedar terdapatnya Restoran #KoreanSteetFood yang dalam proses pengubahsuaian. Rasanya ia mungkin dibuka dalam beberapa bulan lagi berdasarkan progress yang dilakukan. Walaupun tempat ini adalah pusat perniagaan, turut terdapat Hotel Bangi Gateway di tingkat dua, cuma lobi adalah diground floor. Jika anda ingin shopping disini, tidak salah menginap di hotel ini kerana ia bersambung terus dengan mall. Mesin atm pula terletak di sebelah Jaya Grocer.





Untuk barangan rumah, anda boleh terus ke bagunan sebelah iaitu Gateway Perdana yang menempatkan kedai Starbuck, Hotel Gateway dan Kedai Romantika.

Untuk parking, tiada masalah kerana terdapat basement parking dan tiada bayaran dikenakan.


Berjumpa lagi untuk perjalanan seterusnya.




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment