Galeri Tsunami, Kuala Muda, Kedah

Pada 26 Disember 2004 tarikh yang menjadi ingatan setiap orang di Asia Tenggara. Pada tarikh itu, berlaku gempa bumi kuat di Lautan  sehingga membentuk tsunami gergasi yang meragut puluhan ribu nyawa di 14 negara. Yang teruk terlibat adalah Indonesia.

Pulau Pinang menerima kesan terburuk dari bencana itu, dan juga Kampong Sungai Muda, Kota Kuala Muda, Kedah yang mencatatkan 11 kematian.

Walaupun sudah hampir 15 tahun tragedi itu berlaku. Namun ia masih lagi menjadi igauan mimpi bagi penduduk terutama mangsa yang masih setia berada di Kampong Sungai Muda.

Kedah telah membangunkan Galeri Tsunami di kampung ini sebagai satu peringatan kepada orang ramai untuk memahami tragedi yang berlaku. 

Terdapat beberapa gambar infografik yang disediakan dan pengunjung dapat melihat sendiri kediaman penduduk yang rosak akibat ombak tsunami, dan menjadi tinggalan sejarah yang akan menjadi memori tragedi tersebut.

Disuatu sudut,. terdapat bot sampan yang bertingkat yang melambangkan keadaan sampan yang bertindan antara satu sama lain semasa ombak tsunami berlaku. 

Jangan lupa singgah ke sini, jika tiba di Kota Kuala Muda. Ia berdekatan Pantai Merdeka.




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment