Keenakkan Sushi Japan : Restoran Miyagi, Bangi


Antara restoran makanan Jepun yang popular di Bangi adalah Miyagi. Ia terkenal bukan sahaja kerana keenakan makanannya tetapi dengan harga yang berpatutan dengan portion yang besar. Sesiapa yang telah ke sini, pasti sedar betapa besarnya portion makanan yang diorder. Dengan dekorasi dalaman yang seakan kedai makan jepun yang anda dapat lihat di drama jepun, pasti membangkitkan keseronokan untuk menjamu selera disini.Apabila tiba disini, anda akan dapat melihat susunan kerusi untuk yang datang seorang seperti dibawah. Untuk yang datang berkumpulan meja besar yang boleh memuatkan 8 orang dalam satu meja pun ada. 


Untuk yang datang secara solo boleh lah menikmati makanan dimeja seperti dibawah. Semasa kami tiba ke sini, bokeh dikatakan terdapat banyak pelanggan yang datang untuk makan tengah hari. Sambil mengambil mood untuk menikmati makanan jepun, boleh dikatakan bau enak makanan yang sedang dimasak membuatkan kami tidak sabar untuk melihat menu yang diberikan. 

Kami bersembang ketika dengan rakan-rakan sebelum memilih order dari helaian menu yang diberikan. Masing-masing memilih mengikut citarasa masing-masing walaupun tidak mengetahui dengan jelas apa yang dipesan melainkan melihat gambar-gambar makanan yang ada dalam menu. Cuba tengok menu dibaawah, pasti anda sendiri susah untuk menyebut nama yang diberikan.


Jika datang secara berkumpulan' anda boleh memilih meja yang lebih besar.  Dikala menunggu makanan dihidangkan, pelayan memberikan kami tuala basah sejuk yang digulung. Ia bertujuan untuk mengelap tangan dan membasahkan muka supaya kita kembali segar sebelum menjamu selera. 

"Tuan, Chicken Teppayaki" dengan beberapa perkataan jepun disebutkan oleh Pelayan.

Aku hanya mengganguk dengan untuk bersetuju dan yang lain ketawa dengan gelagat aku yang kurang arif dengan bahasa jepun ini.

Setelah semua makanan yang diorder tiba, barulah kami menjamu selera. Dengan ucapan Bismillah, terus sushi dimasukkan kedalam mulut. Memang berbeza rasanya dari yang selalu aku makan, terasa kesegaran ikan yang digunakan. Setiap kali makan, pasti ada suara mengusik potongan ikan segar mentah yang dimakan bersama sushi dan wasabi.  Kadang-kadang ketawa kendengaran kerana kami telah terbiasa untuk mengingatkan tentang ikan mentah yang dijadikan hidangan. Mungkin sudah terbiasa, jadi nampak rilek dan cool.

Sushi

Set Daging

Setelah menghabiskkan hidangan disini, barulah kami berangkat pulang. Boleh dikatakan, semuanya puas dan kenyang dengan hidangan yang diberikan. Syukur, apabila bos belanja makan yang di-order. Bagi aku, makanan jepun adalah tasteless tapi ia unik dengan pelbagai rasa dari campuran makanan yang lain. Jadi tiada lagi rasa ajinomoto atau manis semasa anda menjamu selera disini. Ini lah uniknya makanan jepun, dan sudah pasti ia lebih sihat dari segi kandungan nutrien yang dihidangkan.



Untuk yang ingin ke Restoran ini, gunakan google maps kerana ia agak susah untuk dicari. Sesiapa yang tinggal di Bangi mungkin sudah biasa, tapi jika anda dari kawasan lain, pasti sesat sebentar. Keadaan pintu masuk kedai dan signboard restoran ini seperti dibawah. Dari jauh kelihatan tirai-tirai putih yang menutupi pintu restoran ini. 



Jika melihatkan menu yang ditawarkan pasti senang memahami jika anda pernah berkunjung ke Sushi King. Cuna disini makanan akan dibuat apabila order telah diambil. Tiada susi bergerak yang anda lihat di Sushi King. Masakan yang dimasak adalah berdasarkan order yang dibuat, jadi anda boleh expect makanan yang diberikan adalah segar. 

Menu yang ditawarkan adalah dibawah, 











Antara menu yang diorder. Chicken Terapayaki. 


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment