Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:
أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنَ الْعَطَشِ فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا
Maksudnya: Sesungguhnya soerang pelacur wanita melihat seekor anjing mundar-mandir mengelilingi telaga pada hari yang sangat panas dengan lidahnya yang terkeluar kerana kehausan, lalu perempuan itu memberi minum menggunakan kasutnya, maka dia diberi pengampunan segala dosanya
Riwayat Muslim (2245)
Jika kita mengikut arus semasa, perkembangan ekonomi akan menurun apabila pelaksaaan kawalan pergerakan . Ini kerana pergerakan penduduk terbatas untuk ke tempat kerja, ke rumah dan membeli barang keperluan. Kalau kita lihat pasaraya di pusat bandar, boleh dikatakan jumlah pengunjung telah turun dengan sangat ketara sekali. Banyak kedai terpaksa menutup operasi mereka dan jumlah pekerja yang menggangur turut meningkat dari semasa ke semasa. Ditambah dengan graduan yang telah tamat belajar pada tahun ini, dengan kemelesetan ekonomi ni akan menyebabkan lebih banyak yang menggangur
Semua orang ada tanggungjawab, samada dari pihak kerajaan, swasta dan diri sendiri untuk mengekang penularan covid 19 dengan mematuhi SOP yang telah diwartakan sebelum ini sepatutnya dilaksanakan secara konsisten dan displin, namun kita sedar. pada waktu ini, penularan berlaku dengan ketara dengan warga asing yang bekerja di kilang-kilang besar. Ia disebabkan penularan mudah berlaku apabila tempat tinggal pekerja tidak mengikut guideline yang dikeluarkan oleh kementerian.Rentas daerah dan negeri yang dibenarkan bertujuan untuk memulih dan memulakan semula perniagaan yang terjejas sebelum ini. Di luar negara, kebanyakkan telah mengamalkan kawalan secara berkelompok dan pematuhan SOP. Eknonomi kecil-kecilan akan terjejas jika kwalan pergerakan dilaksanakan dengan lebih lama. Namun norma-norma baharu perlu sentiasa dipraktikkan dari semasa ke semasa sehinggalah perebakan virus ini dapat dikurangkan ke paling minimum
Palm Hotel Seremban adalah tempat yang dituju kali ini. Sampai jugak kami ke seremban, dan apa yang membuatkan kami tertarik dan menarik adalah hotel ini berkongsi sekali dengan pasaraya. Ia boleh diakses dengan berjalan kaki kerana ia didalam bagunan yang sama. Apa yang menariknya, terdapat banyak kedai di pasaraya ini dan ia membuatkan perjalanan kami disini tidak selesai pada satu hari.
Pasaraya ini dikenali sebagai Palm Mall.Disini terdapat macam-macam barang-barang, dengan pakaian wanita, pakaian lelaki, dan barang-barang ekslusif tempatan/international. Rambang mata apabila berjalan sepanjang deretan kedai disini. Ada nya pelbagai kedai disini, antaranya brand brand popular seperti Aeon Max Valu, Aeon Wellness, Bata, Black Canyon, Sushi King, Burger King dan panggung wayang. Banyak kedai makanan yang ada disini dan ia memberikan anda banyak pilihan semasa ingin menjamu selera. Boleh dikatakan memang banyak pengunjung di restoran-restoran ini. Jadi nak makan sedap sedap, memang boleh singgah sini dan banyak kedai yang menawarkan makanan halal. Kunjungi website pasaraya untuk maklumat lanjut: www.palmmall.my. Jika anda datang ke seremban, jangan lupa singgah ke pasaraya ini, kerana ia memang meriah.
Apabila tiba disini, terus saja parking kereta untuk hotel terletak ditingkat 5. Cuma parkingnya berkongsi dengan pasaraya , jadi agak keliru semasa mencari tingkat untuk parking kereta. Ambil lif terus pergi ke ground area dan jumpa lah lobby hotelnya. Sangat cantik walaupun agak kecik. Yang uniknya, ada mesin penggilap kasut ini yang pertama kali penulis jumpa. Rupanya ada mesin automatik, cuma mungkin tidak dikomersialkan. Untuk pendaftaran, kerana telah booking melalui Agoda, maka ia lebih mudah. Cuma memberi nombor tempahan kemudian menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti pemilik booking. Kemudian selesai dan diberikan kunci bilik. Cuma deposit hotel adalah RM100, jadi pastikan anda membawa duit yang secukupnya.
Disebabkan tiba pada pukul 3 petang, boleh dikatakan tidak ramai orang dilobby. Sempatlah aku melihat dikeadaan sekeliling hotel ini. Diluar hotel terdapat programme yang Future Jobs oleh Penjana. Mungkin ia belum dirasmikan, jadi pengunjung yang ada agak berkurangan.
Terdapat banyak hotel terdapat disini, cuma aku memilih hotel ini disebabkan ia bersambung dengan pasaraya. Jadi aku tidak penat untuk memandu ke tempat lain pada hari pertama. Dengan kepenatan memandu dari rumah kesini, sudah pasti aku ingin mencari hotel yang menawarkan segalanya dikawasan berdekatan.
Apa yang aku boleh katakan, hotel ini memang sangat sesuai untuk keluarga yang ingin kan moment shopping didalam hotel kerana segalanya adalah berdekatan. Sejujurnya, aku merasakan ia adalah hotel yang terbaik di Seremban. Ia bukanlah satu-satunya hotel premium disini, terdapat jugak Royale Chulan Hotel jugak terdapat disekitar seremban, namun ia tidak menawarkan akses ke pasaraya seperti ini.
Biliknya agak luas dan menawarkan katil yang besar, walaupun perabot nya agak kelihatan lama dan warna cat yang agak unik. Memang jarang dapat jumpa hotel yang menggunakan cat warna hijau untuk tema warna bilik. Sambil berehat disini, terdapat beberapa channel Unifi yang boleh dipilih.
Kerusi merah yang disediakan memang sangat selesa, umpama berada di rumah sendiri.
Tandas nya pula berkonsepkan mewah, namun tiada tub mandi. Tetapi air pancuran panasnya memang cukup kuat dan sangat puas.
Untuk sarapan, ia memang mengikuti SOP dari kerajaan, yang mana, pelayan hotel akan menolong memasukkan hidangan yang diigini kedalam pinggan anda. Jadi tiada masalah, kerana hidangan yang di sediakan memang sedap. Terutamanya Omelete dan Rendang daging. Memang terbaik. Semasa tiba disini, terdapat beberapa pengunjung yang menjamu selera sambil menonton televisyen.
Seperti yang saya katakan, Palm Hotel ini adalah sebuah hotel yang berkonsepkan integrasi hotel dan pasaraya yang menawarkan segalanya dengan akses berjalan kaki. Mudah dan selesa. Boleh dikatakan, hotel ini menawarkan segalanya dalam satu.
Jika anda hendak menginap disini, boleh lah booking dahulu menggunakan Apps Agoda/Booking.com. Kerana harga booking adalah lebih murah berbanding check in. Apapun, bagi kami berdua, hotel ini memang terbaik.
Palm Hotel, Jalan Sungai Ujong, 70200, Seremban, Negeri Sembilan.
Website : https://www.palmseremban.my/