Kecantikan Panorama Pagi di Pantai Puteri, Melaka

Keindahan pagi di Pantai Puteri memang tidak dapat digambarkan. Angin yang sejuk membuatkan sesiapa tertarik untuk berjalan menyentuh pasir disini.
Di sepanjang pantai ini, ia merupakan tempat rekreasi yang dipenuhi penduduk tempatan dan pelancong pada waktu petang. Dikala pagi hari, jarang ada pelancong yang ramai kecuali untuk memancing dan berkhemah. 
Angin sejuk yang segar dan ombak yang membadai pantai, membuatkan suasana tenang jauh dari bunyi dan asap kenderaan dibandar. 
Tiba saja waktu petang, gerai penjaja yang menjual bermacam macam makanan seperti air kelapa, pisang goreng, ais krimberdan banyak lagi makanan terdapat di sini. Dilengkapi dengan tandas dan medan selera, membuatkan ia menjadi tumpuan ramai.

Pelbagai aktiviti seperti perkhemahan dan bbq boleh dilakukan di sini pada waktu menjelma malam. Pada waktu senja, ramai pengunjung yang datang untuk melihat panorama indah matahari terbenam di selat melaka.
Di pantai ini juga,  terdapat Hotel Pantai Puteri, Homestay dan apartment untuk pemginapan AirBnB. Barangan ukiran kayu dan tradisional turut dijual disini.
Dengan udara yang segar dan angin yang sejuk, Pantai Puteri menawarkan suasana menarik ketika anda berkunjung ke Tanjung Kling.


Pada waktu malam pula, terdapat restoran yang sangat popular disini. Ia adalah Malaqat Barkat Roti John. Menu istimewanya sudah pasti Roti John nya yang tidak jemu dimakan berulang kali.
Dipesisiran pantai pula terdapat banyak khemah diwaktu malam. Dengan cahaya lampu putih yang terang di tepi pantai, ia membuatkan tempat ini nampak bercahaya. 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. "Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 9 games
    ayo mampir kemari ke Website Kami ya www.arenadomino.com

    Wa :+855964967353
    Line : arena_01
    WeChat : arenadomino
    Yahoo! : arenadomino"

    ReplyDelete