Dikala matahari hampir melabuhkan cahanyanaya, barulah aku mula untuk berangkat pulang. Itulah rutin kerja harian aku dari pukul 8 pagi hingga ke 6 petang. Selama 10 jam aku berada di office melakukan kerja dari 24 jam masa dalam sehari. Dalam 5 hari, sudah hampir 50 jam masa aku berada di office. Ia umpama 41% masa sehari aku gunakan untuk bekerja dan 8 jam masa yang aku ada untuk tidur, 33%. Apabila kita tambah kedua dua masa bekerja dan masa tidur 41%+33% : 74%. Aku hanya ada masa kira kira 6 jam atau bersamaan 26% yang ada untuk melakukan aktiviti yang dingini, seperti bersukan, membaca, menonton television, check facebook,  dan sebagainya. 

Itulah masa yang aku ada setiap hari. Daripada 24 jam, 74% digunakan untuk bekerja dan tidur. Baki masa yang ada lah digunakan untuk aktiviti harian. 

Cuma aku sangat bersyukur dengan kerja yang aku ada sekarang. Dengan kerja inilah, aku dapat memahami diri aku dengan lebih baik. Mengenal erti kerjaya sebagai jurutera yang sentiasa sibuk dalam menyiapkan tugasan harian. Tidak sangka, akhirnya aku berjaya mencapai cita-cita yang aku ingini. Dalam liku kehidupan bekerja, anda akan menemui pelbagai dugaan yang kadang - kadang membuatkan anda sedih, gembira, murung. Namun, alhamdulilah, aku dapat hadapi dugaan ini dengan tenang. Betullah orang kata, dikala usia makin meningkat, ia akan mematangkak kita dalam pemikiran dan keputusan yang diambil. 

Terkenang aku kepada arwah Ayah aku (Al Fatihah untuk Ayah aku), dari didikannya dan tidak putus asa memberi aku semangat untuk aku mencapai cita cita aku. Teringat lagi, dikala aku bersedih kerana keputusan peperiksaan yang teruk, kata kata semangatnya membuat aku lebih teguh untuk menghadapi ujian yang mendatang. Bila aku dapat berbual panjang dengan ayahku, segala topik kami bincangkan. Darilah perkerjaan, berita sehinggalah politik. Semuanya dibualkan terutama semasa dalam kenderaan. 
Walaupun, Ayahku telah tiada, namun segala didikan dan kata semangatnya yang membentuk diri aku yang sekarang. Jika anda masih ada ibu dan ayah, layanlah sebaik mungkin, kerana mereka lah yang membesarkan dan mendidik kita pada waktu kecil. Kita jugak akan mengharapkan anak-anak soleh untuk mendoakan kita apabila kita tiada nanti.

29/08/2020
3.37pm


Hotel Grand Bluewave Hotel terletak di pusat bandar Shah Alam. Lokasinya berdekatan masjid Biru Shah Alam dan Muzium Shah Alam. Dengan susunan bilik yang nampak mewah dan tandas yang dihiasi hiasan marmar, ia membuatkan sesiapa yang menginap disini terpegun dengan view yang sangat menarik. Untuk breakfast turut ada, namun pada waktu kami menginap , ia hanya menawarkan penghantaran makanan ke bilik, jadi kami tidak mengambil pakej breakfast yang disediakan. Namun, disebabkan ia terletak di tengah bandar, jadi tempat makan adalah sangat dekat antara satu sama lain.

Sekiranya anda menginap disini, pohon lah bilik yang menghadap masjid biru. Pemandangan nya amat menakjubkan pada setiap masa. 
Harga yang ditawarkan adalah sangat murah untuk hotel 4 bintang ini. Mungkin disebabkan Covid-19, banyak hotel menawarkan pemotongan harga untuk menarik pelancong tempatan/ dosmetik untuk menginap disini. Walaupun hotel ini dikatakan lama, tetapi hiasan dalaman telah dinaik taraf seiring dengan peredaran zaman.


Tandas dilengkapi dengan air panas dan tub mandi untuk sesiapa yang ingin manjakan diri dan berehat dari kepenatan bekerja. Cuma siaran television adalah limited dengan free view dan wifi susah untuk mendapat access. Namun ia hanyalah kekurangan kecil berbanding segala kelebihan yang ditawarkan.

Harga bilik adalah seperti dibawah 

Jadi jika anda ingin ke sini pasti kan booking telah dilakukan kerana ia sentiasa sold out pada waktu weekends. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari website dibawah




Pasukan dalam bekerja adalah umpama aur dan tebing. Ia saling memerlukan antara satu sama lain. Setiap orang adalah unik dengan ilmu dan pengalaman masing-masing. 

Satu pasukan bekerjasama mengikut kemahiran masing-masing. Setiap perbezaan ini membezakan antara satu sama lain dan menyebabkan kita memerlukan bantuan sesama kita. Kita tidak mampu menguasai  segala cabang ilmu yang ada, disinilah tolong menolong akan bermula. Sebagai contoh ada yang mahir berbicara, ada yang mahir dalam membuat report, ada yang mahir berbincang, ada yang mahir membuat keputusan. Setiap kemahiran inilah yang mengerakkan satu pasukan kerana ia saling melengkapi antara satu sama lain.

Untuk bergerak dalam satu pasukan, apa yang penting adalah saling percaya antara satu sama lain dengan tanggungjawab yang diberikan. Dalam membuat keputusan, segala perkembangan diterangkan dan dari situ, keputusan dibuat berdasarkan dari segi kos, risiko dan keperluan pada masa itu. Dari situ lah, kita akan menghargai idea orang lain dan cuba bersama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi. 




Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home