Bekerja dalam Pasukan


Pasukan dalam bekerja adalah umpama aur dan tebing. Ia saling memerlukan antara satu sama lain. Setiap orang adalah unik dengan ilmu dan pengalaman masing-masing. 

Satu pasukan bekerjasama mengikut kemahiran masing-masing. Setiap perbezaan ini membezakan antara satu sama lain dan menyebabkan kita memerlukan bantuan sesama kita. Kita tidak mampu menguasai  segala cabang ilmu yang ada, disinilah tolong menolong akan bermula. Sebagai contoh ada yang mahir berbicara, ada yang mahir dalam membuat report, ada yang mahir berbincang, ada yang mahir membuat keputusan. Setiap kemahiran inilah yang mengerakkan satu pasukan kerana ia saling melengkapi antara satu sama lain.

Untuk bergerak dalam satu pasukan, apa yang penting adalah saling percaya antara satu sama lain dengan tanggungjawab yang diberikan. Dalam membuat keputusan, segala perkembangan diterangkan dan dari situ, keputusan dibuat berdasarkan dari segi kos, risiko dan keperluan pada masa itu. Dari situ lah, kita akan menghargai idea orang lain dan cuba bersama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi. 




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment