Kerja Harian


Dikala matahari hampir melabuhkan cahanyanaya, barulah aku mula untuk berangkat pulang. Itulah rutin kerja harian aku dari pukul 8 pagi hingga ke 6 petang. Selama 10 jam aku berada di office melakukan kerja dari 24 jam masa dalam sehari. Dalam 5 hari, sudah hampir 50 jam masa aku berada di office. Ia umpama 41% masa sehari aku gunakan untuk bekerja dan 8 jam masa yang aku ada untuk tidur, 33%. Apabila kita tambah kedua dua masa bekerja dan masa tidur 41%+33% : 74%. Aku hanya ada masa kira kira 6 jam atau bersamaan 26% yang ada untuk melakukan aktiviti yang dingini, seperti bersukan, membaca, menonton television, check facebook,  dan sebagainya. 

Itulah masa yang aku ada setiap hari. Daripada 24 jam, 74% digunakan untuk bekerja dan tidur. Baki masa yang ada lah digunakan untuk aktiviti harian. 

Cuma aku sangat bersyukur dengan kerja yang aku ada sekarang. Dengan kerja inilah, aku dapat memahami diri aku dengan lebih baik. Mengenal erti kerjaya sebagai jurutera yang sentiasa sibuk dalam menyiapkan tugasan harian. Tidak sangka, akhirnya aku berjaya mencapai cita-cita yang aku ingini. Dalam liku kehidupan bekerja, anda akan menemui pelbagai dugaan yang kadang - kadang membuatkan anda sedih, gembira, murung. Namun, alhamdulilah, aku dapat hadapi dugaan ini dengan tenang. Betullah orang kata, dikala usia makin meningkat, ia akan mematangkak kita dalam pemikiran dan keputusan yang diambil. 

Terkenang aku kepada arwah Ayah aku (Al Fatihah untuk Ayah aku), dari didikannya dan tidak putus asa memberi aku semangat untuk aku mencapai cita cita aku. Teringat lagi, dikala aku bersedih kerana keputusan peperiksaan yang teruk, kata kata semangatnya membuat aku lebih teguh untuk menghadapi ujian yang mendatang. Bila aku dapat berbual panjang dengan ayahku, segala topik kami bincangkan. Darilah perkerjaan, berita sehinggalah politik. Semuanya dibualkan terutama semasa dalam kenderaan. 
Walaupun, Ayahku telah tiada, namun segala didikan dan kata semangatnya yang membentuk diri aku yang sekarang. Jika anda masih ada ibu dan ayah, layanlah sebaik mungkin, kerana mereka lah yang membesarkan dan mendidik kita pada waktu kecil. Kita jugak akan mengharapkan anak-anak soleh untuk mendoakan kita apabila kita tiada nanti.

29/08/2020
3.37pm

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment: