Paip Ekzos Patah. (Saga LMST)

Dalam proses nak start kenderaan dan mengundur ke belakang, baru tersedar ekzos telah terlanggar bonggol tanah. Dalam hati aku, "Tak sangka, tiba tiba bunyi seperti kereta turbo yang sedang berlumba." Cuma aku tidak sangka, bunyi itu berpanjangan sampai la tiba di office. 

Dalam hati aku sentiasa bersangka baik semasa dalam perjalanan, ia hanya sementara dan tiada masalah. Jika rosak sudah tentulah memerlukan mengeluarkan belanjawan tuk membaiki ekzos itu. Cuma kali ni, aku berasa seperti memandu kereta turbo disebabkan bunyi vroom, vroomm. haha. Terasa macam kereta lumba bila memotong. 

Bila periksa balik keadaan ekzos setelah habis pejabat, baru sedar ia telah pun bengkok ke bawah, dan pipe ekzos memang audah longgar. Ia umpama menanti masa sebelum jatuh. Memang malang kali ni, dan jika nak cari kedai membaiki ekzos, memang kena cari di sekitar pekannya. Kalau ikutkan, ekzos patah, kena tukar, bukan nak welding lagi. 

Setelah berminggu memandu dengan keadaan sama, akhirnya aku berjumpa jgk dengan sebuah kedai. Siap sop semua sebelum masuk ke kedai. Memang terbaik.

Bila tengok bermacam muffler kat kedai ni, memang tertarik, cuma tak rasa nak tukar ke yang ni. Lebih kepada mencari yang standard ekzos. Bila berbincang dengan tokey kedai, standard ekzos sudah mencukupi. Harga yang ditawarkan pun boleh diterima berpatutan


Jadi cost keseluruhan pipe ekzos sistem adalah RM270. Nasib baik la tak mahal sangat, kalu baca online, blh sampai rm500 lebih.  Tokey kedai tu siap bawa pipe ekzos baru sepanjang 1.7 meter tu tuk bagi kefahaman apa tu sistem ekzos. 

Kalu tengok gambar atas ni, dah tak de dah pipe ekzos tu. Pemasangan ini dalam setengah jam, sambil tu sempat pekena nasi kandar beriyani dekat sekitar sini. 

Sepanjang ekzos ni patah, boleh dikatakan bunyinya memang masyuk, cuma masalahnya, risau jika ada kebocoran ekzos dan memang akan makan minyak disebabkan masalah ni. Jadi jalan penyelesaiannya adalah tukar yang lebih baru. Kereta saga lmst ni memang dah lama, dekat 13 tahun usianya, dan ia masih lagi berbakti. 

p/s : Alhamdulilah, selesai satu masalah,


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment