Dr Stone Anime Berkonsepkan Sains


Dah lama sebenarnya tidak menonton cerita berdasarkan anime. Kalau ada pun, selalunya Upin Ipin dan Boboi, itu pun sebab ditayangkan di TV3 semasa waktu senggang. Cuma bila terbaca sebuah artikel mengenai drama ini, baru lah terdetik untuk menonton. 

Nak cari cerita ni sebenarnya sangat mudah. Boleh tonton di IFLIX atau di Netflix. Kalau di Iflix iia adalah percuma tapi di Netflix berbayar. Kalau tiada sambungan inernet yang stabil, boleh saja beli DVD cerita ini di Popular. 
Boleh dikatakan cerita yang dipaparkan memang membuatkan kita berfikir yang sains boleh digunakan untuk mempercepatkan pembagunan sebuah tamadun. Dari kajian sains secara berterusan, ilmu perubatan, fizik, kimia dan pembuatan mesin berkembang dari sedikit demi sedikit. Ia menjadi satu anime check list jika anda ingin memahami sains dengan lebih lanjut. 

Ia berkisar Senku Ishagami (Dr Stone), seorang peajar genius yang menjadi orang pertama pulih dari letupan sinaran cahaya yang membuatkan manusia menjadi batu selama beribu tahun. Disebabkan semua manusia menjadi batu, maka beliau telah mengkaji masalah ini, membina kem penyelidikan dan ubat untuk menyelamatkan manusia yang lain. Penggunaan acid nitric yang diperolehi dari gua yang mempunyai banyak kelawar, maka ramuan yang sesuai telah dikaji dan dibangunkan untuk memulihkan manusia yang telah menjadi batu. Tujuan nya adalah satu, untuk membina semula tamadun manusia yang berteraskan sains. Namun, rancangan ini sudah pasti mempunyai halangan dari individu yang telah pulih. Siapa dia, dan apakah rancangan mereka, maka tonton lah cerita ini untuk ketahui lebih lanjut. 

Boleh dikatakan, ini antara cerita anime terbaik yang penulis telah tonton. Dan ia memang terbaik sebab ia melibatkan sains. Teringat kembali zaman masa sekolah, masa proses pembuatan sabun, sama seperti mana dalam cerita anime ini. 😉

Buat masa ini, siri kedua telah ditayangkan di Jepun, dan menunggu masa sebelum ia ditayangkan di Malaysia. 

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment