Kucing Jalanan Kelaparan

Tersedar seketika apabila melihat kucing dalam kelaparan. Bunyi Meow yang kedengaran, menantikan makanan dari insan yang lalu lalang di hadapan kedai. Terasa sedih apabila melihat banyak kucing-kucing tidak bertuan di sekitar bandar. Tiada makanan yang didapati kerana kedai makanan yang menjadi tempat ia menjamu selera telah tutup. Diwaktu pandemik ini, banyak kedai-kedai telah ditutup termasuk kedai makanan kerana kekurangan pelanggan. Dengan kucing yang masih berkeliaran mencari makanan disekitar kedai, memberi seribu keinsafan.

Berbekalkan makanan kucing yang ada dalam kereta, dapat jugak memberi sinar kegembiraan kepada kucing-kucing yang menunggu makanan. 

Tidak dilupa kucing yang berada sekitar perumahan. Terasa senang hati, walaupun jasa ku hanya lah sekecil ni apabila melihat betapa lajunya kucing makan dengan berselera. 

Semoga kucing kucing ini sentiasa dibantu orang ramai. InsyaAllah. 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment