Kucing Jalanan perlukan Kasih Sayang Anda

Kucing jalanan telah menjadi haiwan yang kita akan selalu jumpa semasa dijalan dan kedai-kedai. Sebenarnya kucing betina dewasa boleh melahirkan anak sebanyak 3 kali dalam setahun. Jumlah anak yang dilahirkan setiap kelahiran adalah sebanyak 1-5 anak kucing. Maka disebabkan itu, bilangan nya semakin banyak. Namun, boleh dikatakan dari 1-2 sahaja selamat untuk membesar menjadi dewasa kerana kucing dijalanan mudah terkena penyakit dan ada yang dilanggar kenderaan. 

Cuma jika kita melihat kucing-kucing ini djalanan, jangan lah membiarkan sahaja. Berikan lah makanan, ini kerana kucing sebegini mendapat makanan dari ihsan manusia. Jika ia memburu pun, antara haiwan yang boleh diburu di kawasan bandar adalah tikus dan burung sahaja.  
Sediakan pack makanan untuk mereka, ini kerana setiap kucing yang anda memberikan makanan, mungkin mereka akan mendoakan kebaikan untuk kita. 

Mungkin kita tak sedar, namun mereka jugak mintak dikasihi dan disayangi. Jangan lah lupa. 
Kucing jalanan yang menikmati makanan yang diberikan 

Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:

أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنَ الْعَطَشِ فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا

Maksudnya: Sesungguhnya soerang pelacur wanita melihat seekor anjing mundar-mandir mengelilingi telaga pada hari yang sangat panas dengan lidahnya yang terkeluar kerana kehausan, lalu perempuan itu memberi minum menggunakan kasutnya, maka dia diberi pengampunan segala dosanya

Riwayat Muslim (2245)

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment