PKPB dan Rentas Negeri ( Situasi 7 Dec 2020 )

Diwaktu Covid 19 masih lagi membelengu negara dengan kes 4 angka, kerajaan telah membenarkan pergerakan rentas negeri untuk negeri-negeri sebelum ini melaksanakan PKPB mulai 7 December 2020. Kita sedia maklum PKPB di Selangor telah dilaksakan sejak bulan Oktober lagi, setelah pilihan raya negeri Sabah dilaksanakan. Tiada arahan kuarantine kepada pelawat dari Sabah ke Semenanjung pada waktu itu telah menyebabkan virus ini merebak dikalangan orang tempatan. Mengikut keadaan semasa, sasaran kerajaan adalah mengawal penularan virus ini agar terkawal dan pada masa yang sama memulihkan eknonomi dan perniagaan tempatan. Jika sebelum ini, KKM banyak mengeluarkan data R Nought (RO) sebagai  penanda aras untuk menghapuskan virus ini dari merebak, sekarang ia lebih kepada mengawal agar ia tidak terlalu besar sambil menunggu penghantaran Vaksin Covid-19 Pfizer/BioNTech  pada awal tahun 2020. Kita juga sedia maklum vaksin ini akan digunakan secara besar-besaran oleh United Kingdom (UK) mulai December ini pada rakyatnya. 

Jika kita mengikut arus semasa, perkembangan ekonomi akan menurun apabila pelaksaaan kawalan pergerakan . Ini kerana pergerakan penduduk terbatas untuk ke tempat kerja, ke rumah dan membeli barang keperluan. Kalau kita lihat pasaraya di pusat bandar, boleh dikatakan jumlah pengunjung telah turun dengan sangat ketara sekali. Banyak kedai terpaksa menutup operasi mereka dan jumlah pekerja yang menggangur turut meningkat dari semasa ke semasa. Ditambah dengan graduan yang telah tamat belajar pada tahun ini, dengan kemelesetan ekonomi ni akan menyebabkan lebih banyak yang menggangur 

Semua orang ada tanggungjawab, samada dari pihak kerajaan, swasta dan diri sendiri untuk mengekang penularan covid 19 dengan mematuhi SOP yang telah diwartakan sebelum ini sepatutnya dilaksanakan secara konsisten dan displin, namun kita sedar. pada waktu ini, penularan berlaku dengan ketara dengan warga asing yang bekerja di kilang-kilang besar. Ia disebabkan penularan mudah berlaku apabila tempat tinggal pekerja tidak mengikut guideline yang dikeluarkan oleh kementerian. 


Rentas daerah dan negeri yang dibenarkan bertujuan untuk memulih dan memulakan semula perniagaan yang terjejas sebelum ini. Di luar negara, kebanyakkan telah mengamalkan kawalan secara berkelompok dan pematuhan SOP. Eknonomi kecil-kecilan akan terjejas jika kwalan pergerakan dilaksanakan dengan lebih lama. Namun norma-norma baharu perlu sentiasa dipraktikkan dari semasa ke semasa sehinggalah perebakan virus ini dapat dikurangkan ke paling minimum

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment