Bila disebut Engineer, sudah pasti orang beranggapan jawatan ini menjanjikan gaji besar. Jauh dari sudut hatiku, banyak yang terbuku ingin aku luahkan mengenai kerjaya sebagai Engineer. 

Sepanjang bekerja, sudah 5 kilang mencari tempat aku mencari sesuap nasi. Dengan gaji pertamaku sebagai QA technician, masih teringat lagi moment interview dengan HR untuk jawatan yang aku pohon. Gaji yang aku mintak untuk kerja pertamaku, tidaklah banyak, hanya RM1200 pada tahun 2014. Ia sudah sedikit sebanyak membuka mataku tentang industri perkilangan terutamanya SME. Dicampur dengan OT,  sekurang kurangnya RM 1800 boleh aku bawa pulang. Ia sudah cukup untuk belanja diriku dan berbakti dengan ibubapa ku. 



 


Alhamdulilah, selesai dah kursus asas keusahawanan yang diadakan oleh pihak INSKEN. (Institut Keusahawanan Negara. Kursus diadakan selamat 2 hari menerangkan asas dari Business Model Canvas, pemasaran, 

 


Sekiranya anda seorang usahawan atau individu yang ingin masuk ke bidang indusri Food and Beverage, ada beberapa langkah yang perlu anda lakukan sebelum memulakan perniagaan. Antaranya, menghadiri latihan kursus pengendalian makanan. Disebabkan PKP yang dilaksanakan sekarang, maka ia dapat diadakan secara online sahaja.

Pembelajaran mengikut silibus yang ditetapkan oleh KKM supaya setiap individu memahami cara sebenar semasa mengendalikan makanan untuk mengelakkan keracunan makanan kepada pembeli/pelanggan. 

Cara untuk menyertai, boleh klik dibawah. Disinilah saya berjaya mendapatkan latihan tersebut

https://myedufood.com/register/kursus-pengendalian-makanan-online/

Ada banyak benda yang perlu diketahui sebelum memulakan perniagaan makanan. Rasanya, latihan online ini mengajar tentang erti sebenar langkah selamat apabila kita melakukan apa-apa perniagaan meilbatkan makanan. 


 Dikala sedang mengemaskini dokumen folder dalam komputer, terjumpa beberapa gambar semasa belajar di MRSM Beseri. Bilik tidurku di sana. 

Teringat lagi, sengaja memilih berdekatan tingkap, agar mendapat udara segar. Benarlah, setiap impian itu akan menjadi kenyataan sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh. 







 Cryptocurrency Dunia. 


Antara faktor berubah yang menjadi pemankin kepada harga adalah jumlah circulation supply. 

Apabila jumlah yang ditawarkan berkurangan, harga akan meningkat dengan mendadak. 

Perlu diketahui, cryptocurrency dapat dibeli diseluruh dunia, maka, demand adalah tinggi mengikut sentimen pelabur. Jadi setiap perubahan demand akan menyebabkan harga yang berubah. Cuma untuk cryptocyrrency seperti Bitcoin yang merupakan pencetus kepada permulaan Bitcoin telah dimiliki oleh pelabur-pelabur besar (whale trader ) yang mengawal harga-harga pasaran seterusnya di exchange currency. Setiap perubahan Bitcoin akan memangkin sentimen kepada harga-harga cyrptocurrency yang lain. Ia turut didorong oleh penggunaannya didunia seperti penggunaan PayPal. 








https://goldprice.org/cryptocurrency-price/bitcoin-price




Walaupun Malaysia agak lewat memiliki vaksin Covid-19, tetapi dengan bantuan dan sokongan kerajaan untuk mendapatkan vaksin yang berkualiti dari Pfizer, akhirnya ia tiba. Selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Limpur (KLIA) pada pagi 21/2/2021. Setelah hampir 4 bulan diluluskan oleh FDA United States, kita dapat mengakses vaksin ini. Kelewatan ini tidak dapat dielakkan kerana kebanyakkan negara telah menandatangani kontrak pembekalan vaksin ini dari pengeluar sebelum ia diluluskan lagi. Selain, pengeluar menfokuskan penghantaran bekalan ke United States yang merupakan negara pengeluar vaksin ini. Dengan penerimaan vaksin fasa pertama ini, diharap ia dapat memberi sinar baharu dalam pembekalan vaksin ini ke seluruh Malaysia. 

Berdasarkan kajian yang dilakukan, terdapat banyak suntikan telah dilakukan pada orang awam, walaupun terdapat sedikit kesan sampingan, seperti ruam, lenguh di bahagian suntikan, kebaikan dari suntikan vaksin ini melebihi semua kelemahan yang ada. 

Ia akan di agihkan ke semua fasiliti kesihatan malaysia (KKM) dan hanya akan dikendalikan oleh kerajaan Malaysia. Pengurusan vaksin ini dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. 



Setelah berbulan-bulan berfikir untuk melancarkan kembali channel youtube dengan content yang sesuai untuk kanak-kanak, akhirnya, LeoKis-Log diwujudkan. Ia hanyalah wadah untuk kanak-kanak yang meminati kucing untuk melihat reaksi kucing di alam maya.  Kebanyakkan video didalam Channel ini dikategori kan dibawah "Restricted to Kids" di listkan supaya video ini boleh ditonton kanak-kanak tanpa mempunyai kandungan-kandungan tidak sesuai. Masalah video di Youtube, banyak kandugan yang tidak disesuai untuk kanak-kanak yang sepatutnya hanya boleh diakses oleh orang dewasa. 


Selain itu, tujuan channel ini turut akan menyelitkan sedikit sifat kucing yang boleh menjadi pembelajaran kepada semua. 


Semoga ia menjadi satu medium kanak-kanak menonton video dan melahirkan perasaan cintakan haiwan pada masa hadapan. Untuk memudahkan ia ditonton, Video ditangkap dengan camera DSLR agak dapat menghasilkan video berkualiti HD untuk TV/Telefon yang mempunyai setting HD. 


Antara dua bintang utama di dalam video ini adalah


1) Kucing Munchkin American Curl atau turut dikenali sebagai Leo



2) Kucing Kacukan Parsi dan American Curl yang dikenali sebagai Lea



Untuk menonton, sila ke click link dibawah

Leokis-Log Channel Youtube.

Post ini adalah mengingati zaman-zaman lama semasa muda remaja. Di waktu belajar sebagai pelajar di MRSM Beseri, Perlis. Diwaktu, kami akan menghadapi peperiksaan SPM, kami melakukan beberapa aktiviti yang telah menjadi memori indah kepada kami semua. 

Sebelum bermulanya aktiviti menjelajah gua, kami diberikan penerangan ringkas tentang keselamatan dan cara meneroka gua disini. 


Dari luar, kelihatan batu kapur, tetapi didalam nya terdapat gua yang boleh diteroka. 



Disebabkan ruang dalaman gua yang agak gelap, kami hanya bergambar diluar gua. 
Boleh lah, yang penting muka kelihatan. Bila diteliti kembali, ini gaya tak tengok kamera. 



Apabila telah selesai, bergambar dengan guru pengiring yang memberi tunjuk ajar kepada kami semua. 
Antara guru yang paling sempoi di MRSM dan pengajar subjek Biologi yang paling hebat di zaman kami belajar. 



Antara gambar kenangan terakhir bersama-sama sahabat yang sentiasa ingat di hati 



Indahnya kenangan di masa zaman belajar terutama waktu sekolah, kerana tiada yang perlu difikirkan selain belajar dan meneroka benda baru. Benarlah, pengalaman mengajar kita, dan ia memberi kita sinar baru dalam menghadapi kehidupan dihari yang mendatang. 












Tak terfikir masalah yang dialami orang lain akan dialami diri sendiri. Pernah baca keadaaan macam ni berlaku kepada orang lain, cuma ini lah first time terjadi. Barang dah delivered tapi bukan saya penerimanya. 

Masa, tracking semua ada, cuma barang tak sampai. Delivered but we not received. 


Dimasa melihat nama orang lain ang menerimanya, dah tentu rasa tak puas hati. Kenapa ada nama Ali dalam sistem tu, dan pelbagai persoalan muncul. Pengalaman membeli online selama ni, Posmen akan call dulu tanya nama dan confirmation tempat. Kita sendiri akan semak nama dan alamat sebelum sign barang yang akan diterima. 

Terus report ke Shoppe, dan Pos Laju. Cuma bila hantar complaint ke pos laju melalui sistem website yang disediakan, macam biasa, guna ayat standard, Telah diterima oleh Ali, pada waktu sekian dan sekian. Jadi harap kan Shoppe akan review the case. 

Kalau baca blog blog yang lain, memang akan nampak banyak kes yang sama. Dan selalunya orang lain akan redha ja dengan apa yang terjadi selepas komen dispute di Shoppe. Jika dapat refund, maka itu yang terbaik, jika tak dapat, tiada apa yang boleh dibuat. 

Walaupun jumlahnya tak lah besar, namun masa yang digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku ini sememangnya membuang masa jika Pos Laju mengamalkan polisi procedure yang memihak kepada mereka sendiri. 


Setelah report dibuat ke PosLaju dan Shoppe, akhirnya keesokan harinya, pihak pos laju kembali mengambil bungkusan yang telah silap diserahkan untuk dihantar kembali kepada saya. Alhamdulilah, bungkusan telah selamat diterima. Bersyukur, bungkusan itu masih ada. Pihak pos laju (delivery guy) telah memohon maaf berikutan kesilapan penghantaran yang dilakukan semalam. Syukur, tiada masalah dari barang yang diterima. Dalam keadaan baik. 


Boleh lah, kembali online untuk sesi belajar. Pengajaran dari sini, jangan pabik apabila perkara sama berlaku. Report melalu shoppe dengan menekan butang "Refund" dan terus ke website pos laju untuk membuat complaint. 


Cara Report ke Pos Laju

Tekan Track dan Trace. Isi maklumat penghantaran. Dapat kan details dari sini dahulu 




Log in seterusnya di https://efeedback.pos.com.my/
Isikan dibahagian delivery dan pilih masalah yang dihadapi

Masukkan butir-butir tracking no yang telah diperolehi. Dan tekan proceed. 

Kemudian isi maklumat seterusnya. Masukkan sebab mengapa barang tidak diterima di bahagian description. Terangkan bahawa barang tidak diterima seperti yang ditulis tracking. 


Setelah selesai, tekan submit. Anda akan mendapat no complaint untuk digunakan apabila berhubung dengan pihak pos laju selepas ini. 

Begitulah cara yang dilakukan. Keesokan harinya, pihak pos laju telah menyelesaikan masalah tersebut dengan menghantar kembali barang. 








Banyak dilalui, yang dirasai, cuma satu menjadi ingatan, kesederhanaan dan kesabaran. 
Betapa hebat nya manusia itu, pasti ia melakukan kesilapan. Dan ia belajar dari kesilapan yang dilakukan. 
Dikala pandemik masih lagi berlarutan hampir. Rasanya, ia memberi satu tamparan kepada mana-mana industri. Lebih banyak company yang terpaksa menutup operasi, apabila gagal menghadapi kesan berlarutan ini. Tidak terkecuali industri yang sedang aku bekerja, mungkin saja ia menutup operasi apabila ia gagal menampung hutang yang sedia ada. Biarlah masa menentukannya, cuma persedian perlu dilakukan dari semasa ke semasa. 

Benarlah, ia memberi kesan dari segi emosi dan pemikiran. Perubahan ini telah mengubah segalanya. Dari harga makanan yang meningkat, norma baharu yang dipraktikkan, dan bilangan kes yang meningkat setiap hari, memberi kesan trauma kepada yang bekerja pada waktu ini. Rasa tidak selamat, membuatkan kita mengeluarkan stress hormon berpanjangan. Langkah yang disarankan, tarik nafas panjang dan lepaskan dengan perlahan. Jauhkan diri dari membaca berita-berita mengenai pandemik kerana ia akan meningkatkan lagi stress secara berterusan. 

Permata, semoga bersabar dan menghadapi dugaan ini dengan hati yang tenang. 

 


Setelah kes aktif Covid mencapai sekitar 3,000 lebih setiap hari, akhirnya PKP kembali dilaksanakan. 


Semoga keadaan kembali pulih seperti sediakala.




Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home