Pos Laju hantar barang ke orang yang salah ( Delivered but not received )

Tak terfikir masalah yang dialami orang lain akan dialami diri sendiri. Pernah baca keadaaan macam ni berlaku kepada orang lain, cuma ini lah first time terjadi. Barang dah delivered tapi bukan saya penerimanya. 

Masa, tracking semua ada, cuma barang tak sampai. Delivered but we not received. 


Dimasa melihat nama orang lain ang menerimanya, dah tentu rasa tak puas hati. Kenapa ada nama Ali dalam sistem tu, dan pelbagai persoalan muncul. Pengalaman membeli online selama ni, Posmen akan call dulu tanya nama dan confirmation tempat. Kita sendiri akan semak nama dan alamat sebelum sign barang yang akan diterima. 

Terus report ke Shoppe, dan Pos Laju. Cuma bila hantar complaint ke pos laju melalui sistem website yang disediakan, macam biasa, guna ayat standard, Telah diterima oleh Ali, pada waktu sekian dan sekian. Jadi harap kan Shoppe akan review the case. 

Kalau baca blog blog yang lain, memang akan nampak banyak kes yang sama. Dan selalunya orang lain akan redha ja dengan apa yang terjadi selepas komen dispute di Shoppe. Jika dapat refund, maka itu yang terbaik, jika tak dapat, tiada apa yang boleh dibuat. 

Walaupun jumlahnya tak lah besar, namun masa yang digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku ini sememangnya membuang masa jika Pos Laju mengamalkan polisi procedure yang memihak kepada mereka sendiri. 


Setelah report dibuat ke PosLaju dan Shoppe, akhirnya keesokan harinya, pihak pos laju kembali mengambil bungkusan yang telah silap diserahkan untuk dihantar kembali kepada saya. Alhamdulilah, bungkusan telah selamat diterima. Bersyukur, bungkusan itu masih ada. Pihak pos laju (delivery guy) telah memohon maaf berikutan kesilapan penghantaran yang dilakukan semalam. Syukur, tiada masalah dari barang yang diterima. Dalam keadaan baik. 


Boleh lah, kembali online untuk sesi belajar. Pengajaran dari sini, jangan pabik apabila perkara sama berlaku. Report melalu shoppe dengan menekan butang "Refund" dan terus ke website pos laju untuk membuat complaint. 


Cara Report ke Pos Laju

Tekan Track dan Trace. Isi maklumat penghantaran. Dapat kan details dari sini dahulu 




Log in seterusnya di https://efeedback.pos.com.my/
Isikan dibahagian delivery dan pilih masalah yang dihadapi

Masukkan butir-butir tracking no yang telah diperolehi. Dan tekan proceed. 

Kemudian isi maklumat seterusnya. Masukkan sebab mengapa barang tidak diterima di bahagian description. Terangkan bahawa barang tidak diterima seperti yang ditulis tracking. 


Setelah selesai, tekan submit. Anda akan mendapat no complaint untuk digunakan apabila berhubung dengan pihak pos laju selepas ini. 

Begitulah cara yang dilakukan. Keesokan harinya, pihak pos laju telah menyelesaikan masalah tersebut dengan menghantar kembali barang. 








Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. Nak, tanya ni. Kalau panggilan dari pejabat pos tu , tak terjawap.. dorg akan hantar sms atau macam mana?

    ReplyDelete
  2. Sudah dapat number complaint tetapi pos laju system show number ticket salah

    ReplyDelete