Vaksin Pfizer Akhirnya Tiba Di Malaysia


Walaupun Malaysia agak lewat memiliki vaksin Covid-19, tetapi dengan bantuan dan sokongan kerajaan untuk mendapatkan vaksin yang berkualiti dari Pfizer, akhirnya ia tiba. Selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Limpur (KLIA) pada pagi 21/2/2021. Setelah hampir 4 bulan diluluskan oleh FDA United States, kita dapat mengakses vaksin ini. Kelewatan ini tidak dapat dielakkan kerana kebanyakkan negara telah menandatangani kontrak pembekalan vaksin ini dari pengeluar sebelum ia diluluskan lagi. Selain, pengeluar menfokuskan penghantaran bekalan ke United States yang merupakan negara pengeluar vaksin ini. Dengan penerimaan vaksin fasa pertama ini, diharap ia dapat memberi sinar baharu dalam pembekalan vaksin ini ke seluruh Malaysia. 

Berdasarkan kajian yang dilakukan, terdapat banyak suntikan telah dilakukan pada orang awam, walaupun terdapat sedikit kesan sampingan, seperti ruam, lenguh di bahagian suntikan, kebaikan dari suntikan vaksin ini melebihi semua kelemahan yang ada. 

Ia akan di agihkan ke semua fasiliti kesihatan malaysia (KKM) dan hanya akan dikendalikan oleh kerajaan Malaysia. Pengurusan vaksin ini dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. 



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment