Jauh, dan masih jauh perjalanan

Terasa jauh perjalanan ni, untuk mencapai sehingga kini. Memberi satu erti baharu dalam kehidupan. Ia umpama mimpi yang menjadi realiti. Dimana tiada yang menghalang, cuma ia adalah permainan dalam fikiran sendiri. Jauh aku memikirkan, masa depan berpandukan masa lepas, tiada yang lain hanya Allah Tuhan Semesta Alam yang Maha Mengetahui. 

Diri ini umpama semut dikalangan ribuan dan jutaan kelompok semut, yang bersama-sama mengenali dunia dari pandangan sendiri. Jauh dari sudut hati, mengetahui betapa besarnya hikmah dan nikmat yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama manusia. 

Dikala pagi menjelma, semangat baru muncul semula, maka aku tekadkan diriku untuk belajar mengenali apa yang ada disekitarku. 

Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment