ABOUT

Blog ini khas untuk isteriku, Nurul Shahida dan tatapan pembaca yang inginkan tahu tentang perjalanan hidup insan yang bekerja sebagai Engineer. Sejak kecil telah ku letakkan cita-cita untuk menjadi Engineer, alhamdulilah sejak umurku 12 tahun , sehingga lah tamat pembelajaran di Universiti, azamku tidak pernah pudar.


Walaupun dengan peluang pekerjaan yang semakin mengecil semasa aku graduate pada tahun 2013, namun dari celah-celah peluang pekerjaan yang ada,  aku mula ceburi pekerjaan pertama sebagai technician, dan ia telah membuka minda ku tentang erti kerja di industri. Walaupun aku memengang ijazah selepas graduate, tidak aku fikirkan tentang jawatan yang aku ingin sandang, kerana bagi ku pengalaman yang paling utama. Walaupun aku diperli semasa memegang jawatan yang rendah dari ijazahku, namun aku tidak pedulikan kerana inginkan pengalaman kerja yang aku sangat hargai. Dengan pengalaman, kita boleh membuat keputusan yang tepat dan aku bersyukur setelah setahun memegang jawatan sebagai Technician, kemudian melanjutkan pelajaran di INSEP (TATI) selama 7 bulan, akhirnya aku berjaya mendapat pekerjaan sebagai Engineer.

Setiap kerjaya, memerlukan pengorbanan dan aku bersyukur kerana aku diberi peluang mencapai cita-citaku. Bagi aku, semua orang boleh berjaya, apa yang diperlukan adalah azam yang kuat, walaupun rintangan yang dihadapi adalah besar.



Semoga berjaya mencapai cita-cita kepada semua pembaca...

0 comments:

Post a Comment